telagabiru...
Salam, Terima kasih kepada anda yang sudi menjadi ejen borang langganan majalah solusi, Anda diminta untuk menyediakan:
.
Nama penuh
Alamat surat menyurat
No Telefon
Nama Blog
Alamat Blog
.
Kami akan menghantar kepada anda banner borang tersebut pada tarikh yang bakal kami beritahu kelak. Sila hantarkan maklumat tersebut kepada saya di faruqzahran@gmail.com
Terima Kasih!
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Tajuk Buku :
Masjid Itu Hidupku
Pengarang :
Ustaz Mohd Gunawan Che Ab Aziz
Terbitan :
Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga :
RM 19.90 (Semenanjung) /
RM 21.90 (Sabah & Sarawak)

Masjid berasal daripada perkataan Arab “sa-ja-da” yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri.

Maksud sujud di sini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Hakikatnya seluruh muka bumi ialah rumah Allah. Sebab itu kita boleh sujud di mana-mana sahaja. Namun begitu, masjid ialah tempat yang paling Allah cinta bagi sesuatu kawasan. Masjid ialah gedung rahmat Allah.

Secara umumnya bolehlah didefinisikan bahawa masjid ialah tempat umat Islam mengerjakan ibadat khusus seperti solat dan iktikaf. Begitu pun masjid juga merupakan pusat aktiviti, sosial, kebudayaan, muamalat dan perkembangan dakwah Islamiah.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima pakai masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak diadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musalla.

Hari ini masjid sudah dilengkapi dengan penghawa dingin, pejabat, dewan serba guna, kedai, pusat latihan dan perpustakaan. Malah ada masjid yang mempunyai hotel, gim dan klinik.

Ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana sejak zaman permulaan Islam lagi, kemajuan umat dan gerakan Islam bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah sahaja malah penyebaran ilmu pengetahuan, perdagangan, perundangan, peperangan dan kenegaraan.

Ada 3 masjid utama yang paling suci dan dimuliakan dalam Islam iaitu Masjidilharam di Makkah, tempat letaknya Kaabah iaitu kiblat solat umat Islam, Masjid Nabawi di Madinah, tempat dimakamkan Rasulullah s.a.w. serta Masjidilaqsa di al-Quds (Jerusalem), Palestin tempat Nabi mikraj (naik ke langit).

Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat Islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.

Buku ini menyorot satu perspektif dan sketsa yang sangat menarik tentang liku-liku, peranan serta peristiwa yang berlaku di sekitar masjid. Pembaca dibawa mengintai kembali senario masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Buku terbitan Telaga Biru ini ditulis oleh Ustaz Gunawan Che Ab Aziz bagi menarik perhatian umum mengenai kepentingan masjid sebagi sebuah institusi yang sangat penting dalam menerus serta memajukan lagi tamadun umat Islam.

Ia berikutan semakin terhakisnya amalan ke masjid-masjid di kalangan generasi muda kebelakangan ini. Masjid tidak lagi dilihat sebagai sebuah tempat yang memainkan peranan terpenting bagi umat Islam. Para remaja serta dewasa lebih gemar bersama rakan-rakan serta keluarga untuk berhibur ke tempat-tempat yang kurang mendapat keredaan Allah serta para nabi Muhamamad s.a.w.


Sudah pasti dengan terbitnya buku ini, umat Islam diharap dapat membaca serta menyedari betapa ruginya mereka yang tidak diberi hidayah oleh Allah untuk bersama-sama dengan para jamaah yang lain melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di masjid. Sesungguhnya, keberkatan Allah itu hanya bagi mereka yang ikhlas dalam mencarinya.

Untuk maklumat lanjut mengenai buku ini, sila hubungi 03-26914070 ataupun sila layari www.telagabiru.net.my
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Assalamualaikum semua...

saya ada satu pengumuman yang nak diberitahu:

Ustaz Zahazan akan menganjurkan program umrah (bersama Takzim Travel Agency) pada (antara) 15/16/17/18 hb Jun 2009 ini selama 12 hari. Kosnya ialah RM5950 dan ustaz akan terlibat dalam program tazkiran/usrah serta sebagai pembimbing program semasa di sana nanti.

Kepada yang berminat, jangan terlambat tau. Hantarkan no telefon anda kepada saya di faruq@telagabiru.net.my. InsyaAllah, saya akan call anda untuk maklumat lanjut. Tq.

Faruq: Semakin dekat dengan Pesta Buku ni makin sibuk la pulak!
2 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Assalamualaikum w.b.t.

KERJASAMA MEMPROMOSIKAN “BORANG LANGGANAN MAJALAH SOLUSI” DI BLOG / LAMAN WEB ANDA

Bagi memantapkan lagi plan pemasaran majalah Solusi, pihak TBSB bercadang mengadakan kerjasama dengan anda bagi mengedarkan borang langganan menerusi blog / laman web anda menggunakan kaedah berikut:

Anda hanya perlu menyediakan satu ruangan khusus untuk banner Langganan Majalah Solusi” di blog anda secara tetap. - Unit Perhubungan Awam TBSB akan menyediakan banner tersebut dalam bentuk JPEG.
Sekiranya anda kurang bersetuju untuk meletakkan banner tersebut di blog anda, anda boleh menggunakan kaedah lain untuk ke laman web Telaga Biru.
Banner tersebut akan dilink terus ke borang permohonan (dalam bentuk PDF) di laman web Telaga Biru. Header borang tersebut adalah berdasarkan nama blog anda.

Pelawat yang bersetuju untuk melanggan perlu memuat turun borang tersebut (secara percuma) dan mengisi borang tersebut. Mereka perlu print borang terlebih dahulu sebelum mengisi borang tersebut.

- Borang tersebut seterusnya perlu dihantar oleh pelanggan ke bahagian akaun TBSB dengan 2 cara:
1. Pelanggan boleh print, isi borang dan fax / pos / hantar (by-hand) ke bahagian akaun TBSB ataupun;
2. Pelanggan boleh print, isi borang, scan borang yang telah lengkap dan emailkan ke bahagian akaun TBSB.

Bahagian akaun TBSB akan email / fax salinan borang penghantaran dan receipt kepada anda sebagai bukti langganan. Cek bayaran turut disertakan sekali. (Bayaran akan dibuat sekali setiap bulan – tarikh mengikut persetujuan).

Pelanggan akan mendapat 15% diskaun manakala anda (blogger) akan memperolehi komisyen 10%.


- Kepada yang bersetuju boleh emailkan persetujuan / soalan anda ke faruq@telagabiru.net.my

Faruq: Hah, tunggu apa lagi? Rugi woooo kalu tak turut serta!!!
14 comments | | edit post
Reactions: