telagabiru...
Pemenang kedua Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009
(kategori bukan fiksyen)
.
Pemenang Ketiga Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009
(kategori bukan fiksyen)
.
Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular -Berita Harian 2009 sememangnya telah membuka lembaran baru dalam pencapaian produk-produk kami. Untuk pengetahuan semua, Telaga Biru telah mencalonkan 2 buah buku untuk anugerah tersebut iaitu buku "Hadiah Buat Muslimah" tulisan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & Ida Ezyani Othman dan "langkah Bijak Usahawan Terbilang" tulisan Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah & Hj. Muhammad Bin Zakaria. Alhamdulillah walaupun hanya mencalonkan 2 buku sahaja, kedua-dua buku tersebut berjaya mendapat tempat kedua dan tempat ketiga dalam kategori bukan fiksyen. Tahniah kepada penulis terlibat dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pembaca setia yang sentiasa menyokong Telaga Biru.

Sumber: <klik di sini>

Novel pertama bawa kejutan

KUALA LUMPUR: Pendatang baru dunia penulisan, Siti Rosmizah Semail, muncul pilihan pertama Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009 Kategori Fiksyen Bahasa Melayu, semalam menerusi Andai Itu Takdirnya, sekali gus merangkul wang tunai RM 1,500.
.
"Kejayaan ini amat mengejutkan kerana Andai Itu Takdirnya adalah novel pertama saya," kata Siti Rosmizah yang juga seorang peguam.
.
Aisya Sofea muncul pilihan kedua pembaca dengan karya Selagi Ada Dia dan membawa pulang RM1,000 manakala tempat ketiga dirangkul Ramlee Awang Murshid yang mempertaruhkan novel Hijab Sang Pencinta.
.
Bagi Kategori Bukan Fiksyen, tempat pertama dimenangi Dr Tengku Asmadi menerusi buku motivasi, Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif dan kedua, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dengan buku Hadiah Untuk Muslimah. Ketiga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria dengan bukunya, Langkah Bijak Usahawan Terbilang.
.
Hadiah disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarulbaid Shahid dan Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
.
Dr Tengku Asmadi bersyukur atas kemenangan selepas penyertaannya tersenarai dalam 10 terbaik pada anugerah yang sama tahun lalu, tidak memperoleh sebarang kejayaan.
.
Jumlah keseluruhan undian yang diterima Popular Book Co (M) Sdn Bhd adalah 9,600, manakala undian yang menggunakan keratan borang di akhbar Berita Harian meningkat sebanyak 1,700 berbanding 400 pada tahun lalu.
.
Hadiah disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarulbaid Shahid dan Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
.

0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Kami (team yang sama ke rumah Dato' Fadzilah Kamsah pada hari sebelumnya) tiba agak lewat iaitu pada jam 4.00 petang. Ustaz Wan yang baru sembuh dari demam menyambut kami dengan baik sekali walaupun kelihatan agak letih. Photo shoot berlangsung dengan lancar kerana masing-masing memang pandai bergambar. Dato' kelihatan sangat ayu dengan 2 persalinan baju kurung berwarna biru. Ustaz pula sangat lembut melayan anak-anak serta cucu beliau. Beliau malah sempat memperkenalkan anak angkat beliau yang baru berumur 2 tahun setengah kepada kami. Photo shoot berakhir pada jam 5.30 petang. Ustaz mengajak kami berbuka bersama tetapi terpaksa ditolak dengan baik kerana janji yang sudah dibuat dengan pihak lain. Terima kasih Ustaz dan Dato'. Semoga Ramadan pada tahun ini akan menjadi bulan yang penuh keberkatan buat keluarga kalian.
.
Keluarga Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akasyah
(4 orang anak - 3 lelaki dan seorang perempuan serta seorang menantu perempuan dan cucu perempuan)
1 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Salam semua,
.
Semalam, saya bersama boss (Sani Jiran) dan Kimin (graphic designer @ photographer TBSB) ke rumah Dato' Fadzilah Kamsah di Bangi untuk sesi photography kad raya Dato'. Untuk pengetahuan semua, setiap tahun, TBSB menyediakan satu kad raya khusus untuk keluarga Dato' sebagai ucapan terima kasih atas kepercayaan yang Dato' berikan kepada kami sepanjang beliau bersama TBSB. Alhamdulillah, setelah tersesat lebih kurang 10 minit, kami tiba di rumah Dato' tepat jam 11.30 pagi (waktu yang dijanjikan). Nasib baik keluar bertolak awal.
.
Setiba kami di sana, kami disambut dengan penuh mesra oleh Dato' yang sudahpun siap berbaju Melayu hijaunya. Memang handsome! Kami dijemput terus ke ruang tamu beliau di mana ia turut menjadi lokasi photography kami pada hari itu. Setelah 5 minit beramah mesra dengan Dato' di samping 'mengerjakan' ruang perabot rumah beliau, isteri Dato', Prof. Datin Dr. Hjh Syarifah Md Nor yang mesra membahasakan diri beliau sebagai untie, keluar dengan wajah yang cukup manis dan berseri. Perkataan pertama yang keluar dari bibir Datin datang dalam bentuk gurauan, "Hah, what've you done to all my furnitures?" Kami tersenyum kerana tahu nada tersebut jelas hanyalah gurauan daripada Datin. Datin kemudian menambah, 'Hehe... gurau je..." Kami tersenyum lega kerana perbualan kami bermula dengan sangat positif sekali. Sementara menunggu anak-anak dan menantu pasangan ideal ini bersiap, kami berbual secara ringkas tentang banyak perkara, dari jadual raya Dato' sehinggalah ke isu H1N1.
.
Alhamdulillah, sesi pengambaran berjalan dengan sangat mudah. Anak-anak pasangan ini, (Syakir, Hidayah dan Syazwan) serta menantu (Norhartini - isteri Syakir) sangat mudah bekerjasama walaupun pada awalnya ada yang malu-malu. Paling pro Datin lah, siapa lagi :). Sesi ini hanya mengambil masa lebih kurang 1/2 jam sahaja, Alhamdulillah.
.
Selesai sahaja, kami meminta diri dari Dato' kerana ada urusan peribadi lain yang perlu diselesaikan. Sempat juga Datin meminta maaf daripada kami kerana tidak dapat menghidangkan apa-apa kerana photo shoot yang dijalankan adalah dalam bulan puasa. Tapi bagi kami, sambutan yang mesra serta senyuman yang tidak lekang dari bibir-bibir ahli keluarga ini sudah cukup untuk melupakan penat lelah sesi ini. Apa-apa pun, terima kasih kami ucapkan kepada Dato' serta keluarga atas masa yang kalian semua luangkan.
.
Syukran Jazilan Kathiran!
.

Keluarga Bahagia Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof. Datin Dr. Hjh Syarifah Md Nor

0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Promosi Buku dan Penceramah Telaga Biru di program "Malaysia Hari Ini -TV3" (Program sepanjang Ramadan - 7.15 pagi setiap Rabu dan Jumaat)

Rabu / 26 Ogos 2009 / (5 Ramadan 1430)
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya…
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.
.
Jumaat / 28 Ogos 2009 / (7 Ramadan 1430)
Doa, Zikir & Munajat Yang Didengari Allah
Ustaz Zahazan Mohamed.
.
Rabu / 2 Sept 2009 / (12 Ramadan 1430)
Masjid Itu Hidupku
Ustaz Mohd. Gunawan Ab. Aziz.
.
Jumaat / 4 Sept 2009 / (14 Ramadan 1430)
Kaedah al-Matien Mantap Mengaji / Tadabbur al-Quran Beginilah al-Quran Mengajar Kami
Ustaz Zamri Mohd. Zainuldin.
.
Rabu / 9 Sept 2009 / (19 Ramadan 1430)
Indahnya Saat Bersamamu
Ustaz Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani.
.
Jumaat / 11 Sept 2009 / (21 Ramadan 1430)
Hadiah Buat Muslimah
Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood.
.
Rabu / 16 Sept 2009 (26 Ramadan 1430)
Indahnya Hidup Bersyariaat
Ustaz Azrul Azlen Ab. Hamid.
.
Jumaat / 18 Sept 2009 (28 Ramadan 1430)
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat Tapi Anda Malu Bertanya…
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

.
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...

.
Bulan Ramadan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan Lailatul Qadar
.
Bulan Ramadan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan Lailatul Qadar
.
Besarkan Ramadan dengan puasa
Di waktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al-Quran banyakkanlah sedekah
Terawih kerjakanlah walaupun sunat
.
Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah
.
Zikir selawat doa panjatkan
Pahala Ramadan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadan tiba setahun sekali
.
Bulan Ramadan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya
.
Allahu ya Allah
Kepada-Mu kami beriman
Kerana-Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia
Kami mohon rahmat-Mu ya Allah
Keampunan-Mu wahai Tuhan
.
Banyakkan iktikaf di sepuluh hari terakhir
Lailatul Qadar berlaku di malam itu
Kitakan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan
.
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...

.
Mengapa Anda Harus Menggunakan “Kaedah Al-Matien” Ini?
• Mengikut Format Rasm Uthmani. • Menekankan penguasaan huruf-huruf Hijaiyah dahulu sebelum mula belajar membaca. • Tak perlu mengeja hanya lihat dan sebut. • Penggunaan warna untuk bantuan pembelajaran. • Meletakkan tanda warna pada tempat yang dimaksudkan. • Pendekatan potongan ayat secara berperingkat. • Teknik-teknik hukum tajwid yang mudah dan jelas. • Gambar rajah Makhraj dan sifat serta beberapa hukum agar dapat diketahui dengan lebih mudah dan jelas. • Penerangan ringkas dan padat. • Untuk mudah merujuk, nama surah serta ayat dimasukkan (bahagian al-Matien 2).

1 comments | | edit post
Reactions: