telagabiru...
Pengumuman semua, pada tahun ini, Telaga Biru TIDAK MENYERTAI pesta buku tetapi mewakilkan jualan kami kepada EZ BIZ.NET (Booth e1 dan e2) & KOPRESS (Booth c11-c18). Kepada anda yang ingin mendapatkan produk2 Telaga biru dan SOLUSI, anda dialu-alukan ke booth2 yg dinyatakan di atas... TQ...
1 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Alhamdulillah, pihak pengurusan Telaga Biru telah bersetuju untuk mencetak semula SOLUSI ISU PERDANA (SOLUSI isu 1 dipanggil SOLUSI ISU PERDANA) bertajuk "Kerana Rezeki Masuk Neraka" sebanyak 35,000 salinan untuk memenuhi permintaan pembaca. InsyaAllah, anda boleh mendapatinya di Pesta Buku KL nanti (di booth-booth syarikat yang menjadi wakil jualan Telaga Biru kerana pada tahun ini Telaga Biru tidak menyertai Pesta Buku secara direct). Ia juga akan diedarkan di kedai-kedai yang menjual SOLUSI dan produk-produk Telaga Biru. Semoga anda yang masih belum mendapatkan SOLUSI isu perdana ini dapat membelinya di Pesta Buku nanti atau di kedai-kedai yang ada menjual SOLUSI...
.
Bagaimana pula dengan isu-isu lain SOLUSI yang sudah kehabisan stok? Jangan risau, isu-isu tersebut akan turut dicetak dan diedarkan pada pertengahan setiap bulan. Dalam erti kata lain, SOLUSI akan (seakan-akan) diedarkan 2 isu sebulan, yakni pada setiap akhir bulan (untuk isu baru) dan pada tertengahan bulan (untuk isu lama yang dicetak semula mengikut turutan isu).
.
Kesimpulan:
1. Telaga Biru TIDAK MENYERTAI PESTA BUKU (KLIBF2010) pada tahun ini sebaliknya akan diwakili oleh syarikat-syarikat tertentu yang akan dimaklumkan nanti.
2. Hanya SOLUSI isu PERDANA sahaja akan diedarkan di pesta buku nanti. Harganya, kemungkinan kekal dengan harga biasa (RM9.00). Perkara ini akan dimaklumkan nanti.
3. SOLUSI isu lain yang sudah kehabisan stok TIDAK DIJUAL di pesta buku nanti, KECUALI sekiranya wakil jualan kami masih mempunyai stok-stok tersebut dalam simpanan mereka.
4. SOLUSI isu lepas yang masih ada dalam simpanan kami (stok masih belum habis) akan dijual di pesta buku tersebut dalam kuantiti yang terhad kerana jumlahnya yang sedikit di gudang kami.
5. Untuk maklumat mengenai isu-isu yang sudah tiada stok, anda boleh rujuk di http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/2009/11/ingin-mendapatkan-isu-majalah-solusi.html
.
Alhamdulillah, ini adalah berkat anda yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada SOLUSI dan juga produk-produk Telaga Biru yang lain. InsyaAllah, kami di sini akan sentiasa cuba memberikan yang terbaik bagi membalas jasa-jasa kalian. Tanpa anda, SOLUSI tidak akan mampu berdiri dalam dunia media yang dikuasai oleh unsur-unsur yang mungkar berbanding perkara-perkara yang mengajak kita kembali kepada fitrah yang sebenar yakni ISLAM. Doakan kami ya! :)
61 comments | | edit post
Reactions: