Ustaz Zahazan menyampaikan majalah Solusi untuk pengarah Goethe Institute, Frankfurt, Germany.Seperti DBP di Malaysia,GI adalah sebuah institusi penyeliaan bahasa Jerman yang menjaga kepentingan bahasa ini di peringkat negara Jerman dan negara-negara yang mempunyai German Learning Centre.Cuma bezanya ialah ia bukan badan berkanun yang mendapat geran dari kerajaan.Kita harus belajar semangat independent seperti mereka.Muga Allah memberimu hidayah ke jalan yang lurus, seperti moto majalah ke 7 ini.
Ustaz Zahazan menyampaikan majalah Solusi untuk pengarah Goethe Institute, Frankfurt, Germany.Seperti DBP di Malaysia,GI adalah sebuah institusi penyeliaan bahasa Jerman yang menjaga kepentingan bahasa ini di peringkat negara Jerman dan negara-negara yang mempunyai German Learning Centre.Cuma bezanya ialah ia bukan badan berkanun yang mendapat geran dari kerajaan.Kita harus belajar semangat independent seperti mereka.Muga Allah memberimu hidayah ke jalan yang lurus, seperti moto majalah ke 7 ini.- Stormreaders adalah anak syarikat Telaga Biru Sdn Bhd bertujuan untuk menggalakkan kaum bumiputera khususnya umat Islam untuk menjadi usahawan yang berjaya.
- Ia mengendalikan (program 1) Affiliate Program - program jualan & pengedaran produk Telaga Biru menerusi sistem online oleh ahli Stormreaders dan (program 2) Distributor Partner - program MLM yang dikenali sebagai Stormreaders Network
- Sesiapa sahaja boleh menyertai kedua-dua program tersebut.
- Program-program ini adalah 100% mengikut hukum syariah yang diselia khusus oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (http://zaharuddin.net/)
- Mereka yang ingin menyertai program ini akan diberikan penerangan serta kursus yang diadakan setiap hari di pejabat Stormreaders di Saujana Damansara, Selangor. Penerangan oleh staf Stomreaders tersebut adalah percuma.
- Produk yang digunakan dalam produk ini adalah buku, sesuatu yang belum pernah dicuba oleh mana-mana program MLM sebelum ini. Buat masa sekarang, semua buku terlibat adalah terbitan Telaga Biru
- Pendaftaran untuk menjadi ahli biasa - [program (1)] ialah RM90 sahaja manakala pendaftaran untuk untuk menjadi pengedar [program (2)] bernilai RM390 sahaja
- Maklumat lanjut boleh didapati di sini: http://www.stormreaders.com/homepage/ atau boleh call terus di nombor 03-61418684
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa program ini agak unik kerana selain daripada sistemnya yang mengikut sistem syariah (berdasarkan pengetahuan saya, di negara ini, hanya sebilangan kecil sahaja program MLM yang benar-benar diperakui dari sudut syariahnya), produknya juga sangat mudah dan praktikal untuk diedar dan dijual iaitu buku. Ini secara tidak langsung akan meningkat motivasi kakitangan Telaga Biru untuk mengekal serta menghasilkan buku yang lebih berkualiti dari masa ke semasa demi keuntungan dan kebaikan semua pihak seperti pembaca, pengedar produk, pihak kedai, syarikat Telaga Biru sendiri serta semua yang menyertai program Stormreaders ini kerana dengan hanya menghasilkan buku yang berkualiti tinggi sahajalah yang akan mampu menaikkan minat pembeli untuk membeli buku-buku kami. Dalam erti kata lain, Anda Gembira, Kami pun Suka...
Antara tetamu yang hadir: Master Chef Sabri (salah seorang selebriti Telaga Biru).
Penulis Kamus Pintar Soleh, En Rohidzir dan penulis terkenal yang tidak asing lagi, Ustaz Pahrol Md Juoi turut hadir memberikan sokongan..
Antara tetamu yang hadir, En. Asyraf dan En. Azlan Aziz (company secretary).
Ustaz Zahazan & isteri dan Ustaz Ahmad Husni (penceramah dan kolumnis Solusi untuk ruangan Haramain aka pegawai Pusat Zakat Wilayah Persekutuan) & isteri serta rakan-rakan sedang enak menjamu selera.
Dari kiri: Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Hj Waharp (CEO Telaga Biru), Datuk Seri Talaat Hussain (Mantan KSU KPDNHEP), Hj Muhammad Zakaria (Motivator aka Managing Editor Telaga Biru), Ustaz Wan Akasyah dan Dato' Siti Nor Bahyah.
Pengerusi Majlis pada hari tersebut, saye lee....
Hj Waharp memberikan ucapan alu-aluan yang sangat berkobar-kobar. Memang ramai yang goose bump waktu tuh! Betul, tak tipu!.
Datuk Seri Talaat Hussain bersama Hj Muhammad Zakaria... Jauh mengelamun nampak?.
Saling kagum-mengkagumi antara satu sama lain: Ustaz Zamri (Mari Mengaji) dan Ustaz Zaharuddin.
Sessi penerangan ringkas mengenai perkara Syariah dalam Stormreaders oleh Ustaz Zaharuddin.
Sessi penerangan mengenai marketing plan Stormreaders oleh Mr. BrainMaster - En. Syah (ex-Brothers).
Dato' Dr. Hj Muhammad Fadzilah Kamsah sedang menandatangani buku tetamu sambil diperhati oleh teman seperjuangan, Ustaz Wan Akasyah dan isteri, Dato' Siti Nor Bahyah.
Dari kiri: Zafran (pembantu peribadi aka adik Ustaz Zamri), Ustaz Nidzam Abd Kadir (Penceramah), Ustaz Zamri, Osman (Salesperson Telaga Biru bahagian Lembah Klang), Ustaz Zaharuddin, dan Ustaz Azrul Azleen (Penulis buku Indahnya Hidup Bersyariaat).
Selebriti Malaysia dalam dunia dakwah!.
Superstar internet: Dr. Irfan Khairi dan Ustaz Zaharuddin.
Diharap sokongan yang anda berikan akan dibalas Allah dengan sebaik-baik balasan. Dari kiri: Ustaz Zahazan, Ustaz Nidzam, Ustaz Zaharuddin, Datuk Seri Talaat, Ustaz Azrul Azlan, Hj Waharp Yusof , Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Pengurus unit Trust Public Hj Harun Baba, Ustaz Zamri zainuldin, Ustaz Wan Akasyah dan Dato' Siti Norbahyah.
.
Dari kiri: Aris (Graphic designer), Hakimin (Graphic designer), Ustaz Fuad (Editor DBP), Sani Jiran (Senior PR), Ustaz Zaharuddin & Ustaz Wahid (Editor Syariah)Hari ini saya menemani Ustaz Gunawan ke program MHI di TV3. Ustaz telah dijadualkan untuk mempromosi buku tulisan beliau iaitu "Masjid Itu Hidupku" sebuah buku yang sangat menarik yang ditulis oleh ustaz mengenai masjid, tetapi disampaikan dalam gaya penulisan yang santai dan menggunakan pendekatan bercerita.
Sebenarnya, saya agak jarang berjumpa dengan Ustaz Gunawan, tetapi adalah sekali sekala berbalas mesej dengan beliau tentang perkara-perkara tertentu.
Tepat jam 6.35 pagi, saya sudah menunggu ustaz di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya. Ustaz pula memulakan perjalanan dari rumah beliau di Putrajaya. Alhamdulillah, saya hanya menunggu lebih kurang tidak sampai 5 minit sahaja. Kami bertolak jam 6.40 pagi dan dikehendaki tiba sebelum jam 7.00 pagi. Di dalam kereta, saya sempat bersembang sedikit dengan Ustaz Gunawan.Pada pandangan saya, Ustaz merupakan seorang yang sangat tenang orangnya. Alhamdulillah, kami sampai tepat pada waktunya dan selepas berita jam 7.00, Ustaz boleh terus ke studio untuk ditemu-bual (pengacara pada waktu tersebut ialah DJ AG, DJ hotfm yang juga merupakan salah seorang pengacara MHI). Segala-galanya berjalan dengan lancar dan Ustaz dengan mudah berjaya menjawab setiap soalan yang diutarakan dengan tenang sekali.
Pengalaman yang lebih menarik yang saya maksudkan bermula sebaik enjin kereta dihidupkan ketika kami mahu pulang semula ke masjid Ar-Rahman. Walaupun singkat, banyak ilmu dicurahkan oleh Ustaz Gunawan (yang mungkin beliau sendiri tidak menyedarinya) kepada saya secara santai. Antaranya, beliau menjelaskan kepada saya mengenai kepentingan kita sebagai Muslim untuk MENYAMPAIKAN mesej dakwah kepada saudara seIslam yang lain.
Katanya, Allah SWT berfirman bahawa salah satu method untuk berdakwah ialah dengan BERCAKAP, dan untuk bercakap, kita tidak boleh bercakap seorang diri sebaliknya perlu untuk bercakap dengan orang lain. Dengan itu, konsep dakwah itu secara tidak langsung bermaksud bahawa Islam itu boleh ditegakkan dengan jalinan komunikasi yang baik.
Seterusnya, beliau turut menceritakan sedikit sebanyak pengalaman beliau dalam menyampaikan mesej dakwah ini kepada saudara seIslam di Malaysia dan beberapa negara lain. Walaupun sebentar, saya gembira kerana saya memang gemar mendengar pengalaman orang lain, terutamanya pengalaman ustaz dan ilmuan seperti Ustaz Gunawan. Saya berdoa dan berharap pengalaman ini akan sentiasa dianugerahkan oleh Allah SWT kepada saya, dalam menjadikan saya insan yang lebih baik dan sentiasa mendapat keredaan-Nya.
Kepada yang ingin berkenalan dengan Ustaz Gunawan dengan lebih rapat, anda bolehlah membaca hasil coretan beliau di blog beliau sendiri iaitu di http://gunawanaziz.blogspot.com/







