telagabiru...
Hari ini akan diadakan majlis berbuka puasa
dengan staf dan keluarga,
anjuran kelab staf Telaga Biru di
Villa Ukhwah, Titiwangsa
So guys... jumpa Di sana! Di sana! Di sana!!!
telagabiru...
Hari ini merupakan salah satu hari yang bermakna kepada saya. Walaupun ia hanya sebentar sahaja, tetapi banyak manafaat yang saya perolehi menerusi pengalaman ini. Ceritanya begini;

Hari ini saya menemani Ustaz Gunawan ke program MHI di TV3. Ustaz telah dijadualkan untuk mempromosi buku tulisan beliau iaitu "Masjid Itu Hidupku" sebuah buku yang sangat menarik yang ditulis oleh ustaz mengenai masjid, tetapi disampaikan dalam gaya penulisan yang santai dan menggunakan pendekatan bercerita.

Sebenarnya, saya agak jarang berjumpa dengan Ustaz Gunawan, tetapi adalah sekali sekala berbalas mesej dengan beliau tentang perkara-perkara tertentu.

Tepat jam 6.35 pagi, saya sudah menunggu ustaz di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya. Ustaz pula memulakan perjalanan dari rumah beliau di Putrajaya. Alhamdulillah, saya hanya menunggu lebih kurang tidak sampai 5 minit sahaja. Kami bertolak jam 6.40 pagi dan dikehendaki tiba sebelum jam 7.00 pagi. Di dalam kereta, saya sempat bersembang sedikit dengan Ustaz Gunawan.

Pada pandangan saya, Ustaz merupakan seorang yang sangat tenang orangnya. Alhamdulillah, kami sampai tepat pada waktunya dan selepas berita jam 7.00, Ustaz boleh terus ke studio untuk ditemu-bual (pengacara pada waktu tersebut ialah DJ AG, DJ hotfm yang juga merupakan salah seorang pengacara MHI). Segala-galanya berjalan dengan lancar dan Ustaz dengan mudah berjaya menjawab setiap soalan yang diutarakan dengan tenang sekali.

Pengalaman yang lebih menarik yang saya maksudkan bermula sebaik enjin kereta dihidupkan ketika kami mahu pulang semula ke masjid Ar-Rahman. Walaupun singkat, banyak ilmu dicurahkan oleh Ustaz Gunawan (yang mungkin beliau sendiri tidak menyedarinya) kepada saya secara santai. Antaranya, beliau menjelaskan kepada saya mengenai kepentingan kita sebagai Muslim untuk MENYAMPAIKAN mesej dakwah kepada saudara seIslam yang lain.

Katanya, Allah SWT berfirman bahawa salah satu method untuk berdakwah ialah dengan BERCAKAP, dan untuk bercakap, kita tidak boleh bercakap seorang diri sebaliknya perlu untuk bercakap dengan orang lain. Dengan itu, konsep dakwah itu secara tidak langsung bermaksud bahawa Islam itu boleh ditegakkan dengan jalinan komunikasi yang baik.

Seterusnya, beliau turut menceritakan sedikit sebanyak pengalaman beliau dalam menyampaikan mesej dakwah ini kepada saudara seIslam di Malaysia dan beberapa negara lain. Walaupun sebentar, saya gembira kerana saya memang gemar mendengar pengalaman orang lain, terutamanya pengalaman ustaz dan ilmuan seperti Ustaz Gunawan. Saya berdoa dan berharap pengalaman ini akan sentiasa dianugerahkan oleh Allah SWT kepada saya, dalam menjadikan saya insan yang lebih baik dan sentiasa mendapat keredaan-Nya.


Kepada yang ingin berkenalan dengan Ustaz Gunawan dengan lebih rapat, anda bolehlah membaca hasil coretan beliau di blog beliau sendiri iaitu di http://gunawanaziz.blogspot.com/