telagabiru...
ANDA SEMESTINYA BOLEH MENDAPATKAN ISU YANG TERDAHULU DAN TERKINI!!!

Walau bagaimanapun, isu yang masih terdapat dalam simpanan kami hanya terdiri daripada isu 3,6,7,11,12,13,14,15,16 (Untuk pengetahuan anda, kami telah kehabisan isu 1,2,4,5,8,9 dan 10 ...)

- Harga untuk senaskah isu 3,6,7,11 ialah RM5
- Harga untuk senaskah isu 12,13,14,15,16 ialah RM9 (Semenanjung malaysia) dan RM11 (Sabah & Sarawak)

**************************************
Caj Penghantaran untuk senaskah majalah ialah RM2 TETAPI,

*Untuk Semenanjung Malaysia:
- RM10 sekiranya anda membeli lebih daripada 5 naskah.
- RM5 sekiranya anda membeli 5 naskah @ kurang.

*Untuk Sabah & Sarawak:
- RM10 sekiranya anda membeli lebih daripada senaskah.

*Bagi pembelian dalam kuantiti yang banyak bagi setiap isu, caj penghantaran akan dikenakan selepas barang tersebut ditimbang
- Contohnya sekiranya anda mahu membeli (sekaligus) 3 naskah @ lebih bagi setiap isu 2,3,5,6,7,8,9,10,11,12 dan 13.
* Definisi "kuantiti yang banyak bagi setiap isu" adalah mengikut budi bicara Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd
**************************************

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi pihak Telaga Biru (Cik Fida @ Bahagian langganan majalah Solusi di no 03-62754070)

sekian, terima kasih… :)
19 Responses
  1. Cikgu Haikal Says:

    Salam. Saya bercadang untuk mendapatkan koleksi majalah solusi yang saya tak sempat berkenalan dengannya. Saya inginkan dari keluaran yang pertama. Saya berusaha cari di semua toko buku tak ada. Tapi saya sedih bila dapat tahu yang keluaran nombor 1 dan 4 telah kehabisan. Tak bolehkah dicetak semula? Kalau tak dapat pun saya sanggup bayar yang difotostat black n white...demi untuk SOLUSI kehidupan saya. Syukran.


  2. Anonymous Says:

    Mimi Marina said,
    Sama teruja dengan saya untuk mendapatkan solusi keluaran sebelum.. Saya amat tertarik pada majalah Solusi yg telah banyak memberi ilmu dan 'solution' dalam permasalahan kehidupan harian yg ber-teori kan agama Islam.


  3. zaki Says:

    Saya pun betul2 nak isu no 1 dan 4. Kalau dah habis.. boleh ker print lagi


  4. hasmah Says:

    asma
    salam. saya pun mencari SOLUSI isu 1 dan 4... kalau boleh, cetak lah semula. rasanya ramai yang ingin membaca isu2 tersebut...insyaAllah


  5. Salam. Saya seorang pencinta buku & amalan membaca tetapi baru minggu ini berkenalan dengan Solusi Isu 17. Terasa alangkah ruginya tidak bertemu Solusi terlebih awal. Pada saya ia sebuah majalah yang hebat, padat, lengkap, melingkupi pelbagai buku dalam 1 naskhah. Oleh itu, saya amat berhajat untuk mendapatkan Solusi Isu 1 - 16 yang terdahulu. Dapat dicetakkan semula. Rasanya tentu ramai lagi yang baru berkenalan dengan Solusi menimpikan hajat yang sama...


  6. Unknown Says:

    Assalamualaikum,
    Setelah saya menemui majalah ini (dimulai vol 15 - 17), saya tertarik untuk mendapatkan volume sebelumnya Yakni vol 1 s/d 15 yang ingin saya miliki.
    Bagaimana saya boleh membelinya dan berapa ongkos kirim ke Singapura??
    Harap berikan keterangan lanjut.
    Terima asih


  7. nurhaslina Says:

    salam.. saya telah menghubungi pihak telaga biru (kak rozi) utk urusan mendapatkan isu-isu terdahulu..kerjasama baik diberikan..tq kak rozi..:) namun saya nak cdgkan kat sini la, agar pihak telaga biru mewujudkan satu borang utk tempahan isu-isu terdahulu bg memudahkan urusan dan meningkatkan tahap pengurusan telaga biru, sesuai dgn nama dan imej TELAGA BIRU miliki sekrg..
    tq..:)


  8. babah1973 Says:

    Salam, saya pun telah ketinggalan dari isu 1 hingga 16. camne saya nak dapatkan kesemua isu tu.., saya datang ambil pun x pe..


  9. Cikgu Haikal Says:

    saya setuju dgn cadangan cik nurhaslina tu. harap diketengahkan lagi..


  10. Nurulashikin Rahman Says:

    Salam.Lama saya mencari isu no 4 di pasaran tapi bila dapat tahu ianya dah kehabisan stok, rasa hampa sangat. semua isu dah ada kecuali isu no 4. rasa tak lengkap koleksi dan rasa tertinggal sebab tak tahu pe kandungan yang dipaparkan dalam isu no 4. Harap dapat diulang cetak isu no 4 untuk semua pembaca dan pengumpul seperti saya.Pasti mendapat sambutan. Insya'Allah.Saya juga bersetuju dengan cadangan dari nurhaslina agar telaga biru mengeluarkan satu borang untuk pembelian isu-isu terdahulu yang tidak dapat dicari di pasaran di dalam majalah solusi yang akan datang.wassalam.


  11. Anonymous Says:

    salam.. byk mjlah solusi yg saya tertinggal. saya mencari edisi 12
    boleh x kiranya cetak semula majalah tersebut


  12. Anonymous Says:

    salam bagaimana saya ingin mendapatkan majalh solusi setiap bulan?bagaimana saya hendak menjadi dealer?


  13. assalamualaikum. sy adalah ahli stormreaders network. baru menyertai sykt ini pd 12/7/2010 yg lalu. melalui stormreaders network sy mula mengenali majalah solusi w/pun ianya tlh dipasarkan sejak bln 6,2010 lg. sememangnya seblm ini tak tau pun adanya majalah ini sbb tak sampai ke daerah sy di tampin, n.sembilan.

    alhamdulillah! melalui platform stormreaders network sy mula memasarkan majalah ini & amat terkejut atas sambutan hangat yg ditunjukkan oleh pelanggan. mcm goreng pisang panas jualannya sampai tak cukup stok. contohnya ketika pameran buku yg sy turut serta pd 3/4 ogos di perpustakaan tun abd razak 1, uitm s.alam & semlm di ruang legar mps, seremban ketika program anjuran puspanita/pekerti ns. laris mcm goreng pisang panas n ramai yg hampa sbb tak dpt memilikinya. luarbiasa sekali aura majalah solusi ini.

    ada diantara mrk yg bertanya bagaimanakah caranya blh memiliki isu2 yg tlh lps? dpt kiranya tn hj waharp selaku tauke telaga biru dpt re-print kembali isu2 yg tlh lps bermula drp isu 1. sy yakin majalah solusi akan menjadi majalah islamik no. 1 di malaysia.


  14. Anonymous Says:

    Assalamualaikum
    sya dari Brunei ingin bertanya bagaimanakah caranya jika saya ingin mendapatkan Majalah Solusi Isu No 1,7 hingga 16. Tolong berikan penjelasan macam mana cara untuk mendapatkannya...

    Terima kasih


  15. Caj Penghantaran untuk senaskah majalah ialah RM2 TETAPI,

    *Untuk Semenanjung Malaysia:
    - RM10 sekiranya anda membeli lebih daripada 5 naskah.
    - RM5 sekiranya anda membeli 5 naskah @ kurang.

    mcm mn tu ya?sy tak brp fhm..
    contohnya jika sy nak beli isu 11, 12, 13, 14, 15, dan 16 (iaitu 6 naskah).

    caj penghantaran RM10 tu utk 1 naskah atau untuk 6 naskah tersebut?

    tlg jelaskan ye sbb sy berminat nak dptkan isu tu..


  16. Unknown Says:
    This comment has been removed by the author.

  17. Unknown Says:
    This comment has been removed by the author.

  18. Unknown Says:

    Assalamualaikum, Saya fadhli dari Singapore. Macam mana caranya untuk saya pesan Solusi Isu 11? Bayaran buat macam mane? Terima kasih.


  19. Nabila Says:

    Salam..sy ada koleksi solusi dari 1 sampai 40..jika berminat leh hubungi sy di nurnabilarusmadi@gmail.com