telagabiru...
Alhamdulillah, hari ni, saya dan boss, Abg Sani ke TV3 mengiringi En Fadzli Yusof (motivator muda) untuk mempromosikan buku Motivasi Pelajar Super di Malaysia Hari Ini. Kami tiba secara berasingan di sana lebih kurang jam 7.00 pagi. Sampai sahaja di sana, kami disambut abg Azli, pembantu penerbit MHI (kadang2 penerbit jugak) yang agak ramah orangnya. Program kami diadakan sejurus selepas berita jam 7.00 dan host yang terlibat pada waktu itu ialah Elly Iskandar. Sementara menunggu, saya sempat bersembang dengan abg Alfian, penerbit MHI. Katanya, setiap hari dia terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi kerana kerja beliau bermula lebih kurang jam 5.00 pagi. Kiranya Subuh ngan breakfast memang kat pejabat aje la... Saya terbayang, kalau macam tu lah jadual kerja saya, confirm flat selalu! Tapi kalu tengok kat gaya abg Alfian yang sentiasa nampak bersemangat tu, saya rasa dia dah biasa agaknya! Sementara itu, saya juga sempat terserempak dengan Anang (ex-suami penyanyi Kris Dayanti) yang mungkin ada program bersama MHI juga. Habis, program, saya terus ke pejabat seperti biasa...

Namun, lebih kurang jam 10.30 pagi, saya dan abg Sani (mewakili majalah Solusi) ke TV3 sekali lagi untuk menghadiri meeting dengan Hj Md Noor (Penerbit Halaqah) untuk membincangkan konsep dan content program yang menjadi perintis kepada program-program islamik lain di TV3 dan TV9 tersebut. Antara yang hadir ialah wakil dari Majalah I, Ustaz Ahmad Yani dan wakil Pustaka Salam iaitu Tn Hj Rashid. Banyak yang kami bincangkan bagi memantapkan program tersebut, di samping mencari peluang untuk bekerjasama bagi memajukan program dan produk masing-masing.

Petang ini, saya akan mengadakan photoshoot untuk buku terbaru Dr Shukri Abdullah, penceramah yang cukup terkenal tidak lama dahulu. Alhamdulillah, walaupun hari ini masih belum melabuhkan tirainya, banyak perkara bermanafaat yang dapat saya lakukan untuk memperbaiki diri. So,

Terima Kasih ALLAH...

p/s: Bercakap tentang TV3, teringat saya kepada Abg Nasran, sahabat baik Telaga Biru yang bertugas di TV3 sebagai penerbit rancangan Tanyalah Ustaz. Sangat softspoken dan merdu suaranya bila bersuara. Tak hairanlah kalau dia incharge begitu banyak VO (voice over) dalam pelbagai iklan di TV3. Dia ada memberitahu saya mengenai keunikan Stormreaders yang menawarkan program "overriding akhirat" yang mungkin tidak kita sedari secara kasar. Apa itu "overriding akhirat" ekkk... Haaaa, kalu nak tau, saya akan terangkan nanti dalam sembang-sembang kita yang akan datang... Memang unik!
3 Responses
  1. nur'ain Says:

    satu pengalaman yang menarik.. :)


  2. Anonymous Says:

    salam..rakan2 di klang, InsyaAllah boleh dapatkan majallah solusi dan buku keluaran TBSB melalui Toklang 013-2089383 atau nak jadi rakan niaga Toklang melalui 'STORMREADERS' pun boleh ye...


  3. Anonymous Says:

    salam..rakan2 yang jujur serta berminat untuk buat perniagaan dengan modal yang kecil melalui jualan produk istimewa KRIM PENAWAR SERBAGUNA 'NURSYIFA' pun boleh juga menghubungi Toklang 013-2089383 atau tengok dulu www.nursyifa.afiqahkaya.com ye...