Salam semua.
.
.
Alhamdulillah, setelah lama tak berblog, hari ni saya gagahkan juga untuk menulis. Saya bukanlah seorang yang pandai menulis. Entah apa yang menguatkan semangat saya hari ni, hanya Allah yang tahu! InsyaAllah, saya berazam untuk meneruskan semula penulisan ini, malah saya juga berazam untuk lebih istiqamah dalam berblog ni.
.
17 hb April merupakan satu tarikh penting bagi saya. Sebabnya, saya telah dipertanggung-jawabkan untuk menguruskan urusan promosi Telaga Biru sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan datang. Untuk pengetahuan semua, setelah diundi di PWTC tempoh hari, booth Telaga Biru telah ditempatkan di dewan Tun Razak 3 berhampiran esculator. InsyaAllah, kami akan beroperasi di 6 booth iaitu booth A12, A13, A14,3114, 3113 dan 3112.
.
.
Berdasarkan meeting yang saya attend semalam, pelbagai program telah dirangka oleh pihak Telaga Biru untuk memeriahkan lagi booth kami pada hari tu. Book signing, Program Beramah Mesra dengan selebriti Telaga Biru, Pelancaran Buku Baru Telaga Biru, kuiz dan pertandingan dan macam-macam lagi! Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan, Ustaz Zamri (Mari Mengaji), Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Datuk Abu Hassan Din, Prof Izzi dan ramai lagi dijangka akan terlibat tau! Saya memang tak sabar gil* ooppss... sorry, tukar.. Saya memang tak sabar waraslah nak menanti hari tu. Walaupun banyak kerja yang perlu diteliti, semangat punya pasal, saya tak kisah! Saya berdoa agar hari tu nanti, semuanya akan berjalan lancar. Antum semua (wah! bahasa arab!) jangan lupa singgah gerai kami tau. Nanti saya hidang air oren... :) ahaks... gurau je!
.
.
Hmmm... apa lagi ek? Oh ye, majalah Solusi edisi ke-4 dah lama di pasaran. Isu terbaru mengenai hati. Saya dah baca dan memang sangat menarik! Antara kolum pilihan saya ialah Bila Solat Tidak Menyentuh Hati dalam kolum Beduk Diketuk, Membentuk Sikap Positif Anak-Anak (Cerdik & Baik - Datuk Fadzilah), Remaja dan Krisis Identiti (Remaja - Fatimah Syarha), Rahsia Kurma (TibbNabawi - Ust. Wahid) dan Menyelesaikan Masalah di Tempat Kerja (Mahir - Ahmad Fadzli Yusof).
. Rupa-rupanya (saya baru tahu!), sesiapa yang makan buah kurma sebelum breakfast 7 biji akan dihindari sihir dan racun. Ni nak kena amalkan ni! Tq Ustaz Wahid!
.