Sumber: <klik di sini>
Novel pertama bawa kejutan
KUALA LUMPUR: Pendatang baru dunia penulisan, Siti Rosmizah Semail, muncul pilihan pertama Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009 Kategori Fiksyen Bahasa Melayu, semalam menerusi Andai Itu Takdirnya, sekali gus merangkul wang tunai RM 1,500.
.
"Kejayaan ini amat mengejutkan kerana Andai Itu Takdirnya adalah novel pertama saya," kata Siti Rosmizah yang juga seorang peguam.
.
Aisya Sofea muncul pilihan kedua pembaca dengan karya Selagi Ada Dia dan membawa pulang RM1,000 manakala tempat ketiga dirangkul Ramlee Awang Murshid yang mempertaruhkan novel Hijab Sang Pencinta.
.
Bagi Kategori Bukan Fiksyen, tempat pertama dimenangi Dr Tengku Asmadi menerusi buku motivasi, Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif dan kedua, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dengan buku Hadiah Untuk Muslimah. Ketiga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria dengan bukunya, Langkah Bijak Usahawan Terbilang.
.
Hadiah disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarulbaid Shahid dan Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
.
Dr Tengku Asmadi bersyukur atas kemenangan selepas penyertaannya tersenarai dalam 10 terbaik pada anugerah yang sama tahun lalu, tidak memperoleh sebarang kejayaan.
.
Jumlah keseluruhan undian yang diterima Popular Book Co (M) Sdn Bhd adalah 9,600, manakala undian yang menggunakan keratan borang di akhbar Berita Harian meningkat sebanyak 1,700 berbanding 400 pada tahun lalu.
.
Hadiah disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarulbaid Shahid dan Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
.