telagabiru...

Solusi Isu 1: Kerana Rezeki Masuk Neraka

Solusi Isu 2: Jangan Takut
.
Solusi Isu 3: Impak Dosa
.
Solusi Isu 4: Jagalah Hati
. .
Solusi Isu 5: Mengurus Nyawa
, .
Solusi Isu 6: Mencari Bahagia
. .
Solusi Isu 7: Inilah Jalan Yang Lurus
. .
Solusi Isu 8: Ingatlah! Mati Itu Datang Tiba-Tiba
. .
Solusi Isu 9: Celik Mata Hati
.
.
Solusi Isu 10: Berkesankah Solat dan Puasa Kita
.
Solusi Isu 11: Ikhlas Dalam Bekerja
Solusi Isu 12: Hidayah Kompas Kehidupan
Solusi Isu 13: Mukmin Profesional

Solusi Isu 14: Hidup Untuk Memberi

14 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Cover Majalah Solusi Terbaru Isu No. 10
Berkesankah Solat & Puasa Kita?
2 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Oleh : M. Firdaus Ibrahim
.
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
.
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepadamurid-muridnya. "Paham cikgu..."
.
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
.
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.
.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana ten! tu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.
.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."
.
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "
.
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.
.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
.
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
.
2 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...

Assalamualaikum... Di sini saya nak memaklumkan bahawa team Telaga Biru yang terdiri daripada Ustaz Zahazan (Pengarah Eksekutif TBSB), En Mohd Yaakop (Ketua Bahagian Pemasaran dan Jualan TBSB), En Sani Jiran (Ketua Unit Perhubungan Awam TBSB) dan En Nizam (Wakil Jualan Bahagian Negeri-Negeri Utara TBSB) akan mengadakan satu ziarah mengikat ukhwah ke negeri-negeri di bahagian utara tanah air selama 3 hari pada 27, 28 dan 29 Julai ini.
.
Lawatan tersebut diadakan bertujuan merapatkan silaturrahim Telaga Biru dengan dealer-dealer kami di negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta menziarahi para Mufti dan alim ulamak yang banyak mengalirkan keringat di negeri-negeri tersebut. Selain itu, kami juga berharap lawatan tersebut dapat membantu pihak Telaga Biru mengenal pasti ruang dan peluang untuk mengembangkan sayap kami dengan lebih luas di sana, di samping dapat mengetahui perkembangan perniagaan kami di negeri-negeri utara tanah air.
.
Rangka jadual lawatan adalah seperti berikut:
Isnin (27 Julai 2009) - IPOH - Meniti Kreatif, Pustaka Muda dan MPH-MPH sekitar ipoh
Selasa (28 Julai 2009) - PULAU PINANG & SUNGAI PETANI, KEDAH - Syarikat Harfa, Pustaka Habi dan Hasani
Rabu (29 Julai 2009) - KEDAH - Pustaka Darulsalam, Toko Buku Cahaya Baru & Emsway
.
Kami berdoa semoga lawatan ini akan menjadi sebuah lawatan ibadah di samping membuahkan hasil sebagaimana yang kami harap, InsyaAllah.
.
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...

  • Sinopsis Sesejuk Maaf di Kalbu
Kisah ini menceritakan tiga orang sahabat yang memulakan persahabatan di tadika kemudian persahabatan itu berterusan ke sekolah rendah. Apabila bersekolah menengah, pelbagai cabaran yang ditempuhi membuatkan mereka terpaksa memilih haluan masing-masing. Ketiga-tiga remaja ini mempunyai masalah keluarga tersendiri. Fazli, ibu bapanya sentiasa sibuk. Bapanya seorang pakar motivasi, ibunya pula sibuk dengan persatuan. Manakala Amirul, ibu bapanya berpisah. Bapanya berkahwin lain. Ibunya pula sakit mental. Dia dan adiknya disara oleh kakaknya dengan duit haram. Shukri pula, ibu bapanya juga berpisah. Dia tiga beradik dipelihara oleh ibunya. Ibunya sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaannya. Namun dalam arus globalisasi ini, apabila remaja terdedah dengan banyak perkara, ketiga-tiga remaja ini tidak terkecuali. Mereka tergelincir dalam memilih haluan. Dalam kekalutan hidup itu, Amirul tidak habis-habis menyalahkan bapanya. Fazli juga meletakkan kesalahan ke bahu ibu bapanya. Manakala Shukri, kecewa dengan ayahnya namun perasaannya terbelai dengan ketabahan ibunya. Mampukah ketiga-tiga remaja ini bangun daripada kemelut hidup yang melanda? Mampukah ketiga-tiga remaja ini menyejukkan dendamnya dengan sebuah kemaafan? Ikuti pelbagai onak dan duri yang ditempuhi dalam menghayati peranan sebuah persahabatan dalam mencari jalan kebahagiaan.


  • Sinopsis Cinta Granada
Mariama dan Hassan, satu-satunya keluarga yang masih tinggal di rumah peninggalan Abu Jaafar. Mereka hanya ditemani Ali, cucu daripada anak lelakinya yang bergabung dengan pasukan pemberontak di pergunungan Granada. Dalam diam Hassan mengajar bahasa Arab pada Ali. Bahasa ibunda orang berketurunan Arab Granada, tapi sejak orang Castile berkuasa, bahasa itu dilarang daripada diamalkan. Demi mengurangkan bilangan warga berketurunan Arab yang bergabung dengan gerakan pemberontak, Granada dihapuskan daripada orang Arab. Dalam pelukan Ali, Mariama menghembuskan nafas terakhir. Ia meninggal dalam kumpulan warga keturunan Arab yang diusir dari kampung halaman sendiri. Pastikan anda terus membaca untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dapatkah Ali bersama dengan wanita yang dicintainya, Wardah? Sejauh manakah persahabatan Ali dan Jose? Segalanya terjawab di dalam novel “Cinta Granada,” novel kedua daripada 3 novel dalam Tsulatsiyah Gharnathat (The Granada Trilogy). Novel yang pertama ialah “Rindu Andalusia” yang telah pun berada di pasaran.
  • Sinopsis Terasing
11 tahun terpisah dengan sahabatnya yang bernama Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua sebelum berpisah. Janji yang tidak pernah dilupakannya, dan saban hari diingati. Namun mimpi itu datang berkali-kali seakan menyatakan bahawa dia belum menunaikan amanahnya. Satu hari, Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah amat gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dalam dunia ini. Tanpa disangka-sangka, satu percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Saifullah. Hal ini mengheret dirinya ke kancah jenayah kongsi gelap. Hairan kerana merasakan diri Saifullah tiada kaitan, Amiri, abang ipar Saifullah bergerak melakukan siasatan. Rupa-rupanya, keterasingan dalam kehidupan seorang insan, mengheret manusia-manusia yang berhubungan dengannya ke arah kegelapan. Ukhuwah, cinta, kasih sayang, prinsip, matlamat, segalanya teruji dengan keterasingan ini. Bagaimana Saifullah melaluinya?
.
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Berdiri dari kiri (Ustaz Fathul Bari & Hj Waharp)
Duduk dari kiri (Ustaz Zahazan & Bapak Mohamad Harharah)
.
Pada 7 Julai yang lepas, Telaga Biru telah menerima satu kunjungan istimewa daripada wakil Pustaka Imam as-Syafi'i di Indonesia iaitu Bapak Mohamad Harharah. Beliau ditemani oleh Ustaz Fathul Bari, seorang kaunselor agama dari Perlis yang juga pembantu beliau dalam setiap urusan perjalanan beliau di Malaysia. Alhamdulillah, pelbagai perkara telah dibincangkan demi kepentingan bersama khususnya mengenai perancangan perniagaan di masa hadapan. Sebagai tanda kenang-kenangan, Bapak Mohamad Harharah juga telah menghadiahkan kami sebuah jam besar untuk kegunaan kami di Telaga Biru. Justeru, kami doakan yang terbaik untuk Pustaka Imam as-Syafi'i. Semoga usaha kita untuk memertabatkan Islam di nusantara ini diberkati Allah SWT, insyaAllah.
.
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...

0 comments | | edit post
Reactions: