telagabiru...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku .
.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya . Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka , sama seperti ini.
.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya . Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada . Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal . Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
.
"ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side."
.
Faruq: Kalau marah, lebih suka senyap...
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...

Faruq: Difahamkan lumayan!!! try la...
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Ayat kursi diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala
kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.

Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan

Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,

Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Allahu Akbar !
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit
sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
"Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :

"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya:

" Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."
1 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah Kuan, tokeh kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan musiman. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.
.
Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung. Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.
.
Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.
.
"Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng," kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.
.
"Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"
.
Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

"Eh... Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.

"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak tokeh cina ini.

Tapi...

"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.

"Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak.

Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang diamalkan keluarga saya."

"Oh... Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni," tanya Haji Seman.

"Dimana kamu letakkan ugama Islam?"

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak larangannya. Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis dari keranjang.

"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu nak."

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil seulas dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."

"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."

"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya. "

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.
0 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...

Setelah acap kali diasak dengan pelbagai pertanyaan mengenai bilakan majalah SOLUSI akan diterbitkan, pihak Telaga Biru akhirnya mengumumkan bahawa majalah tersebut akan mulai berada di pasaran pada awal bulan Ogos ini.
Menurut Telaga Biru, cetakan pertama majalah ini adalah sangat terhad iaitu sebanyak 10,000 salinan sahaja. Difahamkan harga setiap sebuah majalah ini ialah RM9.00

Menariknya majalah ini, ia bakal menampilkan penulis serta pakar motivasi terkenal negara sebagai kolumnisnya seperti Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (http://www.zaharuddin.net/), Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi, Ustaz Hasrizal (http://www.saifulislam.com/), Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet) dan ramai lagi.
Konsepnya juga agak unik dengan menekankan aspek fardu ain dan motivasi. Kaedah penyampaiannya dijangka dapat menarik perhatian ramai berikutan isi kandungannya yang bersifat kontemporari di samping grafiknya yang ringkas tetapi menarik.

Kepada yang ingin menempah mukasurat untuk dijadikan iklan, anda bolehlah menelefon telaga biru di nombor 03-62754070. Dijangka harga yang ditawarkan sudah pasti memuaskan memandangkan ini merupakan keluaran pertama syarikat tersebut.
3 comments | | edit post
Reactions: 
telagabiru...
Oleh: Dr Hishamuddin Alham
.
Assalamualaikum wrt
.
Kekadang kesian tengok isteri - terutama yang menjadi suri rumah. Bila orang tanya - isteri awak bekerja ke..."isteri saya tak kerja! Dia suri rumah". Padahal isteri yang suri rumah nilah yang bekerja full-time... .non-stop. Di rumah saya - saya telah letak KPI (Key Performance Index) - 2 kali basuh baju (9 kg) sehari .... biasanya 4 kali basuh. Bayangkan berapa kilometer beliau berjalan sehari untuk memastikan baju kering semuanya.
.
Tak kesiankah para suami melihat akan keadaan ini. Maka tidak hairanlah jika Rasulullah saw ada bersabda -
.
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang baik pada isterinya... "
.
Bagaimana nak baik pada isteri:
i) Bila berada di tempat kerja - rajin-rajinlah telefon isteri - tanya sibuk ke? tengah buat apa tu... sejuuuk hati isteri. Tak sabo dia tunggu suami balik.
.
ii) Bila balik isteri tak masak - jangan marah. Bawa mereka keluar atau singsing lengan baju dan terus ke dapur untuk memasak. Jangan merungut
.
iii) Beri galakan jika isteri hendak menyumbang pada masyarakat. Saya amat bahagia bila isteri saya diminta untuk bawa usrah suri rumah. Malam-malam dah tanya macamana nak guna multimedia bagi usrahnya. Rupa-rupanya tak habis tekan pun komputer masa usrah - banyak betul sumbangan idea dari yang lain.Balik dari usrah sibuk cerita apa yang berlaku dalam usrah tadi .... kan seronok suasana begini. Barulah wujud suasana dakwah di dalam rumah. Anak-anak pun pasang telinga aje dengar emak dan ayah bersembang sakan.
.
iv) Rajin-rajin menjadi pendengar yang baik. Isteri ni sangat seronok jika dapat bersembang sakan dengan suami. Banyak bebeno yang hendak diceritakannya. Gunalah teknik "active listening" .
.
v) Sesekali - bawa isteri bersenam atau bersiar di padang - terutama hari Ahad
.
Dan banyak lagi yang boleh dilakukan. Jika isteri bahagia, rumahtangga tenteram dan anak-anak mudah dikawal. Anak-anak akan seronok berada di rumah dan masalah gejala sosial mudah dibendung.

---------------
Faruq: Bahagia tengok ibu bahagia!
0 comments | | edit post
Reactions: