telagabiru...
Assalamualaikum w.b.t.

KERJASAMA MEMPROMOSIKAN “BORANG LANGGANAN MAJALAH SOLUSI” DI BLOG / LAMAN WEB ANDA

Bagi memantapkan lagi plan pemasaran majalah Solusi, pihak TBSB bercadang mengadakan kerjasama dengan anda bagi mengedarkan borang langganan menerusi blog / laman web anda menggunakan kaedah berikut:

Anda hanya perlu menyediakan satu ruangan khusus untuk banner Langganan Majalah Solusi” di blog anda secara tetap. - Unit Perhubungan Awam TBSB akan menyediakan banner tersebut dalam bentuk JPEG.
Sekiranya anda kurang bersetuju untuk meletakkan banner tersebut di blog anda, anda boleh menggunakan kaedah lain untuk ke laman web Telaga Biru.
Banner tersebut akan dilink terus ke borang permohonan (dalam bentuk PDF) di laman web Telaga Biru. Header borang tersebut adalah berdasarkan nama blog anda.

Pelawat yang bersetuju untuk melanggan perlu memuat turun borang tersebut (secara percuma) dan mengisi borang tersebut. Mereka perlu print borang terlebih dahulu sebelum mengisi borang tersebut.

- Borang tersebut seterusnya perlu dihantar oleh pelanggan ke bahagian akaun TBSB dengan 2 cara:
1. Pelanggan boleh print, isi borang dan fax / pos / hantar (by-hand) ke bahagian akaun TBSB ataupun;
2. Pelanggan boleh print, isi borang, scan borang yang telah lengkap dan emailkan ke bahagian akaun TBSB.

Bahagian akaun TBSB akan email / fax salinan borang penghantaran dan receipt kepada anda sebagai bukti langganan. Cek bayaran turut disertakan sekali. (Bayaran akan dibuat sekali setiap bulan – tarikh mengikut persetujuan).

Pelanggan akan mendapat 15% diskaun manakala anda (blogger) akan memperolehi komisyen 10%.


- Kepada yang bersetuju boleh emailkan persetujuan / soalan anda ke faruq@telagabiru.net.my

Faruq: Hah, tunggu apa lagi? Rugi woooo kalu tak turut serta!!!
| edit post
Reactions: 
11 Responses
  1. macam menarik jer..hehhehe
    tapi blog sy br lg.. xramai yg tau..
    lgpn just kwn2 jer yg slalu singgah..


  2. zai Says:

    better kalau pelanggan boleh isi form online terus sebab kalau nak print, scan dan email.. agak leceh ;).. just a suggestion ;)


  3. mymaktabaty Says:

    Assalamualaikum

    Saya berminat untuk mengiklankan banner Majalah Solusi di laman web www.mymaktabaty.com

    Terima kasih


  4. firdaus Says:

    Agak menarik.. kawan-kawan saye agak ramai yang suka bace majalah ni

    macam mana proses die tu, nk iklankan banner ni?


  5. Ibnu_Nas Says:

    Saya berminat untuk mempromosikan borang langganan majalah solusi di blog saya :http://surausmm.blogspot.com/


  6. arifin aziz Says:

    salaam. saya berminat, sila emelkan syarat-2 dan htmlcode ke arifin.aziz@gmail.com
    Blog saya arifin-aziz.blogspot.com


  7. Assalamualaikum...

    Menarik..saya b'minat, sila emel ke mzlyeen@gmail.com

    TQ


  8. UstMaNiS Says:

    Salam insyaAllah terus ke laman ana www.ustmanis.com..syukran


  9. nazrah Says:

    Assalamualaikum,
    Saya dan kawan kawan lain berminat untuk bekerjasama mempromosikan majalah solusi tapi saya tak ada blog / laman web sendiri. ada tak cara lain yang pihak telaga biru mungkin boleh consider untk kami kami yang tak ada blog / laman web sendiri? sekian, TKS.

    Nazrah


  10. UmmuMukminin Says:

    Salam Faruq,
    Saya berminat. Alamat blog saya: http://ummumukminin.blogspot.com


  11. ezaty saadah Says:

    salam..
    saya berminat jugak..
    saya bawu hendak aktif2...
    h0pe dapat menarik ramai...
    tambah2 banyak kenalan yg singgah...
    www.zinatulhayah89.blogspot.com