telagabiru...
Datuk Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah akan muncul dengan sebuah buku yang bakal menjawab semua jenis persoalan dan permasalahan mengenai:

  • Menangani Anak Biadab
  • Menjadi Menantu Kesayangan
  • Kenapa Pasangan Curang
  • Ibu Bapa sebagai Motivator
Justeru, kepada anda di luar sana yang mempunyai sebarang masalah mengenai perkara di atas, anda bolehlah menanyakan soalan tersebut di email saya faruq@telagabiru.net.my. Saya akan forward permasalahan anda terus kepada email Datuk Fadzilah dan soalan anda akan terjawab menerusi buku terbaru beliau. Sila sertakan:-

Nama:
No Telefon:
Alamat:
Soalan / Masalah:

Sekali lagi saya tekankan bahawa SAYA TIDAK AKAN MENJAWAB PERSOALAN ANDA sebaliknya Datuk sendiri akan menjawab persoalan tersebut menerusi buku yang bakal Telaga Biru terbitkan. Dimaklumkan juga di sini bahawa soalan terbaik akan menerima hadiah lumayan yang bakal saya maklumkan tidak lama lagi. Tunguuuuuuuuuuuu...

---------------------------
Kemas kini:

Hadiah yang bakal diperolehi 3 pemberi soalan terbaik ialah:

3 hamper bernilai RM300 mengandungi buku-buku Telaga Biru yang terdiri daripada:

1. Indahnya Hidup Bersyariat
2. Syamail Muhammad SAW (Keperibadian Rasulullah)
3. Langkah Bijak Usahawan Terbilang
4. Hadiah Buat Muslimah
5. Solat Sunat Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
6. Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
7. Tarbiah Anak-Anak dengan Zikir dan Doa
8. Doa, Zikir dan Munajat yang Didengari Allah
9. Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari
10. Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci
11. Mak, Abah Redailah Anakmu
12. Zikir Pagi Petang dan Selepas Solat
13. Doa dan Zikir Harian


Tunggu apo laie jang oiiiiiii??? Apo laie dikonang? Sota e ajo la!!!
telagabiru...
Salam...

Hari ni saya nak menceritakan pengalaman saya menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh Tabung Haji Travel (THT). Majlis yang diadakan pada malam Ahad yang lepas diadakan di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, KL. Tujuan majlis tersebut diadakan ialah untuk meraikan alumni pakej Zamrud THT, salah satu pakej terbaik yang disediakan oleh THT. Sebenarnya, THT (menerusi Pn. Laily - Eksekutif Iklan dan Promosi) telah menjemput saya, Sani Jiran, Ustaz Zahazan dan krew Telaga Biru ke majlis tersebut. Tetapi, Ustaz Zahazan tidak dapat menghadiri majlis itu kerana komitmen lain yang telah diatur lebih awal. Telaga Biru walau bagaimanapun diwakili oleh saya, Sani Jiran dan Hj Muhammad Zakaria, Managing Editor TBSB.

Pakej Zamrud
Program bermula jam 8.30 malam. Ramai personaliti yang pernah menyertai program tersebut hadir sebagai tanda sokongan kepada majlis tersebut. Dah macam reunion rasanya kerana semua yang hadir melepaskan rindu dengan kawan-kawan 'sepakej' kerana ada di kalangan mereka yang sudah 3 tahun tidak berjumpa. Antara para tetamu yang hadir termasuklah Datuk Shila Majid dan suami (Acis), Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, Ustaz Ghazali Ibrahim (abg Ustaz Asri Rabani) dan ramai lagi. Sedikit mengenai pakej Zamrud ini, pakej ini bolehlah dikelaskan sebagai salah satu pakej elit yang disediakan oleh THT untuk keselesaan para peserta. Semasa presentation pakej tersebut, saya difahamkan bahawa semua kemudahan yang disediakan adalah dari kelas pertama. Tujuannya ialah untuk memandu peserta mendapat haji mabrur, mudah-mudahan. Sebelum terlupa, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pn. Laily dan semua warga THT kerana kesudian anda menjemput kami di samping layanan mesra yang diberikan. Lagi satu yang saya rasa tak lengkap kalau tak maklumkan di sini ialah makanan yang disediakan memang 'world class!' Sedap sehingga menjilat jari k**i! Ahaks, gurau je....

p/s: Pn. Laily turut memaklumkan bahawa Datin Ziela Jalil adalah antara alumni pakej Zamrud.
telagabiru...

“Kita hanya menggunakan 10% otak??? Sikitnya! Biar Betul!!!”

Anda mungkin biasa mendengar fasa ini dituturkan oleh penceramah motivasi atau guru, atau membacanya daripada buku-buku motivasi belajar. Apakah benar kita hanya menggunakan 10% fungsi otak kita?
Bagi mereka yang mempercayai ‘fakta’ ini dan penceramah-penceramah motivasi yang menguar-uarkan maklumat hebat ini, ya memang benar mereka hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. :)

Kajian terkini membuktikan kita menggunakan 100% kemampuan otak kita, Alhamdulillah. Tapi apa buktinya:

Bukti 1: Kajian pengimejan otak seperti imbasan PET (positron emission tomography) dan fMRI (functional magnetic resonance imaging) menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakan bahagian otak tidak terbiar tanpa digunakan. Sebenarnya, beberapa fungsi kecil hanya menggunakan satu bahagian kecil otak pada satu-satu masa. Sedangkan aktiviti yang banyak dan kompleks melibatkan lebih banyak bahagian otak. Keadaan ini sama dengan otot. Kita tidak menggunakan semua otot kita serentak, demikian juga otak. Aktiviti seperti makan, menonton wayang, berjimak atau membaca, melibatkan bahagian tertentu otak. Jadi, sebenarnya kita menggunakan otak kita sepenuhnya berdasarkan keperluannya.

Bukti 2: Mitos yang menyatakan hanya 10% otak kita yang berfungsi, menganggap baki 90% bahagian otak ini tidak berfungsi dan tidak menjejaskan fungsi otak sama seperti apendiks dan tonsil. Jika betullah kenyataan ini bererti sekiranya bahagian otak yang tidak berfungsi ini rosak atau dibuang, otak manusia tidak akan terjejas. Tetapi ini tidak berlaku. Mereka yang mengalami trauma pada bahagian kepala, strok atau kecederaan otak menyebabkan otak mereka lemah atau langsung tidak berfungsi.

Pernahkah kamu mendengar seorang doktor menyatakan kepada pesakit yang ditembak di kepala:

“Alhamdulillah, walau pun peluru tersebut menembusi kepala anda tetapi ia hanya merosakkan 90% otak anda yang tidak berfungsi.”

Sudah tentu tidak!
telagabiru...
Don't bee too concern about what was and what will be... It just the same!
.
Yesterday is history.
Tomorrow is a mystery but
Today is a GIFT!
That is why its called PRESENT...
.
-Shifu kura-kura dalam cerita Kungfu Panda-
telagabiru...
Tajuk Buku: Doa, Zikir & Munajat yang Didengari Allah
Pengarang: Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Mohd & Wahid Abd. Hanif
Harga: RM 12.00 (Semenanjung) / RM 14.00 (Sabah & Sarawak)

Doa ialah permohonan, permintaan atau restu hamba dalam perkara kebaikan yang diucapkan kepada Tuhan biasanya dalam bentuk potongan ayat al-Quran atau hadis yang dimulakan dengan pujia-pujian terhadap Allah s.w.t. dan selawat serta salam kepada Rasulullah s.a.w.

Zikir pula merupakan amalan mengingat dan memuji kebesaran Allah s.w.t., selalunya dengan menyebut kalimah tertentu seperti subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, lailahaillah, astaghfirullah atau kalimah-kalimah mulia yang lain. Sebagai tambahan, menyebut kalimah Allah sahaja sebenarnya tergolong dalam sebutan zikir.

Sementara munajat pula mirip doa, tetapi lebih mendalam pendekatannya, bersifat monolog, lebih tinggi harapan ke arah keredaan, mohon hidayah, pertolongan dan sebagainya. Pemohon biasanya akan lebih khusuk dan beremosi ketika bermunajat kepada Allah.

Ketiga-tiga amalan ini memusatkan permohonan kepada Allah s.w.t. Laksana pemintaan hati, mereka yang ikhlas mungkin menangis ketika melaksanakan ketiga-tiga perkara ini dek kerana menyedari betapa kecilnya diri seorang hamba jika hendak dibandingkan dengan Dia si pencipta buana, selain mengharap doa yang dipohon bakal terlaksana.

Justeru itu, jika kita mahu doa yang dipanjatkan itu didengari oleh Allah s.w.t. kita harus tahu serta mengamalkan segala adab ketika berdoa. Intonasi suara dalam meminta, sususan perkataan, masa dan ketika permintaan itu dibuat sangat penting dalam berdoa.

Buku Doa, Zikir & Munajat yang Didengari Allah ini menyediakan kepada anda panduan yang amat bermanafaat terutama ketika saat getir dan mengharapkan bantuan daripada Allah s.w.t. Anda akan mendapati kaifiat dan khasiat di setiap doa yang ditampilkan dalam buku ini.

Uniknya buku ini, selain dari muka hadapan serta saiznya yang comel dan pasti memikat hati, ia turut boleh dijadikan sebagai hadiah buat yang dikasihi. Glosari serta indeks turut disertakan bagi meningkatkan pemahaman si pembaca.
telagabiru...
Hari ini (jam 11.00 pagi), saya dan sahabat (graphic designer merangkap photographer - Kimin) ke Finas, Hulu Kelang untuk berjumpa dengan salah seorang personaliti Telaga Biru, Chef Kamarul. Beliau terlibat dalam rakaman 'Inspirasi Koko' yang akan ditayangkan di TV2 pada bulan 9 ini insyaAllah. Program yang ditaja oleh Lembaga Koko Malaysia ni dihostkan bersama dengan Serena (anak Chef Wan). InsyaAllah, Telaga Biru akan menjadi penaja cenderahati untuk program tersebut dimana hadiahnya ialah buku terbaru chef Kamarul iaitu "Dapur Xpress" yang bakal menemui pembaca insyaAllah dalam bukan 8 nanti.

Chef sebenarnya sedang belajar di Gold Coast Australia dan sedang bercuti atas urusan kerja di Malaysia selama seminggu (esok balik). Menurutnya, anak dan isteri tidak pulang bersama, so risau nak tinggalkan mereka di Australia lama-lama. Kat sini saya sertakan gambar-gambar chef ketika melakukan rakaman.




Faruq: Chef memang ramah gi**!!! Superb Chef!
telagabiru...
Sesiapa yang mendapat musibat berupa kematian ahli keluarga, kecederaan, kemalangan, kehilangan harta atau keresahan jiwa, bacalah doa ini. Moga-moga Allah menggantikan musibat ini dengan nikmat yang lebih baik:

"إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ" اللَّهُمَّ‏ ‏أْجُرْنِي ‏فِي مُصِيبَتِي ‏‏وَأَخْلِفْ ‏لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَجَرَهُ اللَّهُ فِي مُصِيبَتِهِ وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sungguh kami akan kembali kepada-Nya. Ya Allah, berilah aku pahala lantaran musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya), melainkan Allah akan memberikan pahala berkat musibahnya dan akan memberikan ganti kepadanya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya” (Riwayat Muslim)

- Diceritakan bahawa Ummu Salamah membaca doa yang didengarinya ini selepas kematian suaminya. Hasilnya Allah menggantikan tempat suaminya ini dengan seorang suami yang jauh lebih baik, lebih mulia.

sumber: Rohidzir Rais (http://www.al-zuhaily.blogspot.com/)

Faruq: Tahukan anda siapa suami Ummu Salamah selepas itu??? Jeng jeng jeng... suspen nih!!!
telagabiru...
Oleh Rohidzir Rais (http://www.al-zuhaily.blogspot.com/)

Terima Kasih! Ucapan paling mudah dan kerap kita lafazkan setiap hari apabila menerima pemberian daripada orang lain berupa hadiah, sedekah, perkhidmatan, pertolongan atau sekadar budi bahasa dan senyuman. Bayangkan sekiranya pemberian yang sekecil ini daripada hamba yang lemah seperti kita pun kita hargai, bagaimana pemberian yang lebih besar?

Udara yang kita hirup, air yang kita minum, makanan yang kita makan, adalah sebahagian kecil nikmat anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya. Kita mungkin tidak menyedari segala pemberian ini kerana menikmatinya terlalu lama sejak dilahirkan sehingga kini. Namun kita hanya merasai besarnya nikmat ini selepas kehilangannya. Justeru itu sudah sewajarnya kita yang menerima segala kemudahan yang tidak terbatas ini mengucapkan terima kasih kepada Allah s.w.t.

Tidak Syukur Membawa kepada Kufur

Oleh itu, bersyukur atau berterima kasih kepada Allah adalah kewajipan seorang Mukmin. Malah Allah menjanjikan ganjaran bagi mereka yang mensyukuri-Nya dan mengancam mereka yang ingkar. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w:

‏مَنْ لَمْ يَشْكُرْ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرْ الْكَثِيرَ وَمَنْ لَمْ يَشْكُرْ النَّاسَ لَمْ يَشْكُرْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَالتَّحَدُّثُ بِنِعْمَةِ اللَّهِ شُكْرٌ وَتَرْكُهَا كُفْرٌ وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ وَالْفُرْقَةُ عَذَابٌ

Maksudnya: "Siapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Awal Musnad Ahli Kufah: Baki Hadis al-Nu'man bin Basyir r.a.)

Syukur Pelaris Rezeki

Untuk berterima kasih kepada manusia kita mungkin terpaksa memberikan habuan tertentu sebagai balasan, tetapi sebaliknya dengan Allah. Ini kerana Allah tidak berhajat kepada manusia untuk mengucapkan syukur sebagaimana firmannya:

وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
(Surah al-Naml 27 : 40)

Sebaliknya orang yang bersyukur dengan nikmat pemberiannya ditambahkan lagi dengan kurniaan yang lain berlipat kali ganda. Firman Allah:

لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7)

Nikmat Allah Hendaklah Diperlihatkan

Selain itu, segala nikmat pemberian Allah hendaklah disebut-sebutkan dan dihebahkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, bukan untuk bermengah-mengah. Misalnya, apabila mendapat cahaya mata atau berkahwin digalakkan membuat jamuan kenduri kesyukuran secara sederhana untuk meraikan nikmat Allah ini. Firman Allah:

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
(Surah Dhuha 93 : 11)

Jadi, tunggu apa lagi. jom kita bersyukur!!!