telagabiru...

“Kita hanya menggunakan 10% otak??? Sikitnya! Biar Betul!!!”

Anda mungkin biasa mendengar fasa ini dituturkan oleh penceramah motivasi atau guru, atau membacanya daripada buku-buku motivasi belajar. Apakah benar kita hanya menggunakan 10% fungsi otak kita?
Bagi mereka yang mempercayai ‘fakta’ ini dan penceramah-penceramah motivasi yang menguar-uarkan maklumat hebat ini, ya memang benar mereka hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. :)

Kajian terkini membuktikan kita menggunakan 100% kemampuan otak kita, Alhamdulillah. Tapi apa buktinya:

Bukti 1: Kajian pengimejan otak seperti imbasan PET (positron emission tomography) dan fMRI (functional magnetic resonance imaging) menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakan bahagian otak tidak terbiar tanpa digunakan. Sebenarnya, beberapa fungsi kecil hanya menggunakan satu bahagian kecil otak pada satu-satu masa. Sedangkan aktiviti yang banyak dan kompleks melibatkan lebih banyak bahagian otak. Keadaan ini sama dengan otot. Kita tidak menggunakan semua otot kita serentak, demikian juga otak. Aktiviti seperti makan, menonton wayang, berjimak atau membaca, melibatkan bahagian tertentu otak. Jadi, sebenarnya kita menggunakan otak kita sepenuhnya berdasarkan keperluannya.

Bukti 2: Mitos yang menyatakan hanya 10% otak kita yang berfungsi, menganggap baki 90% bahagian otak ini tidak berfungsi dan tidak menjejaskan fungsi otak sama seperti apendiks dan tonsil. Jika betullah kenyataan ini bererti sekiranya bahagian otak yang tidak berfungsi ini rosak atau dibuang, otak manusia tidak akan terjejas. Tetapi ini tidak berlaku. Mereka yang mengalami trauma pada bahagian kepala, strok atau kecederaan otak menyebabkan otak mereka lemah atau langsung tidak berfungsi.

Pernahkah kamu mendengar seorang doktor menyatakan kepada pesakit yang ditembak di kepala:

“Alhamdulillah, walau pun peluru tersebut menembusi kepala anda tetapi ia hanya merosakkan 90% otak anda yang tidak berfungsi.”

Sudah tentu tidak!
5 Responses
  1. Gunawan Aziz Says:

    Assalamu 'alaikum,

    Sefaham saya, yang dikatakan 10% tu dari segi KUALITI dan POWER yang ada pada otak kita. Bukan percentage KUANTITI.

    Cuba scan otak genius matematik dan seorang yang buta huruf menggunakan PET atau fMRI, sudah tentu akan tunjukkan dua-duanya akan tunjukkan 100% pengunaan KUANTITI otak. Tapi KUALITInya?

    Allah telah lantik manusia sebagai Khalifah Allah, sudah tentu bersama pelantikan ini, Allah telah sediakan segala KEMAMPUAN yang selayaknya sebagai Khalifatullah.

    "Wa fii anfusikum afala tubsiruun?"

    Wallahua'la wa a'lam.
    Wassalam.


  2. Anonymous Says:

    salam
    Maaf le, tapi yg saya faham daripada artikel pun tak kata percentage kuantiti otak, tapi penggunaan otak dan kualitinya.

    Yg nak dijelaskan adalah idea 10% otak ni adalah kajian dahulu, sedangkan kaian terkini telah membatalkannya. Cuma mungkin ramai tidak tahu dan terus berpegang dengan pendapat lama. Kira macam ijtihad la juga.

    wasalam


  3. Gunawan Aziz Says:

    Assalamu 'alaikum,

    Mereka yang kata 10% penggunaan otak juga tidak memaksudkan KUANTITI otak.. jadi rasa saya sebutan bahawa pandangan 10% itu silap dengan dua hujah yang dibawa tersasar...

    Jika teori yang kata 10% tu merujuk kepada KUANTITI otak.. barulah dua hujah dalam artikel tersebut valid... simple logik yang digunakan merujuk kuantiti otak, bukan KEMAMPUAN otak..

    Pakar minda merujuk 10% kepada KEMAMPUAN (KUALITI) OTAK...Maknanya, masih ada banyak lagi KEMAMPUAN otak yang belum kita gunakan... Allah bagi kita kemampuan otak yang amat besar.. sebagai wahana penjanaan MINDA...

    Wallahua'lam.

    Wassalam.


  4. Anonymous Says:

    Assalamualikom
    Fakta yg didatangkan dalam artikel ini bukan baru sebenarnya. Penemuan bahawa kita hanya menggunakan hanya 10% otak sudah lama dibuktikan kesalahannya. Mungkin sebahagian motivator dan ustaz yang kurang mengikuti perkembangan sains tidak menyedarinya dan terus menggunakan idea 10% kemampuan otak.

    betul lah mitos yang berakar umbi dalam minda kita sukar dibuang walau dibuktikan...

    dan ustaz2 yg menyokong idea 10% kemampuan otak ini, jangan tidak tahu, idea terdapatnya anggota tubuh yang kononnya tidak "perlu" atau tidak berfungsi penuh ini adalah idea daripada Teori Evolusi!!!

    artikel yg hebat, syabas utk TB. Macam ni bru nampak keintelektualan TB.. :)


  5. Unknown Says:

    Assalamualikum

    Bagi pendapat saya x smua sains terkini itu smua nya betul...
    Mugkin orang yang mengatakan 10% otak digunakan mempunyai rahsia nya...
    Ada benda yang kita bleh lihat. Dan ada benda hanya bleh rasa dan sbgainya