telagabiru...
Alhamdulillah, Perasmian Stormreaders Bahagian Lembah Klang pada 9 Jan 2010 (Sabtu) yang lepas berjaya diadakan dengan jayanya. Syukur, kehadiran tetamu adalah sebagaimana yang dijangkakan dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang program berlangsung.

Dewan Komuniti Bandar Manjalara yang boleh memuatkan 500 orang mula dikerumuni tetamu seawal jam 1.30 tengahari. Ada yang datang dengan membawa downline masing-masing dan ada pula yang membawa potential downline. Tak kurang juga yang membawa ahli keluarga, teman sejiran dan rakan sekampung. Setibanya mereka di dewan, masing-masing terus mendaftar dan mendapatkan kad ahli masing-masing. Terdapat juga yang excited mengenali antara satu sama lain. Mengeratkan ukhuwah la katakan. Antara tetamu-tetamu lain yang turut hadir seperti Dato' Ismail Kamus, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zamri (Mari Mengaji), Ustaz Zahazan, Ustaz Ahmad Husni (Kolumnis Solusi), Hj Muhammad Zakaria dan ramai lagi.

Program bermula jam 3.00 petang. Kebetulan, saya bertugas sebagai pengacara majlis pada hari tersebut. Selepas bacaan doa oleh Ustaz Zahazan, gimik pelancaran dalam bentuk persembahan video pun bermula. Ia kemudiannya disusuli ucapan perasmian oleh Hj Waharp Yusof, Managing Director Stormreaders Network Sdn Bhd yang mencadangkan agar ahli Stormreaders digelar Storm Warrior. Selepas itu, Ustaz Zahazan mengambil tempat untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk "Budaya Ilmu dan Keberkatan Rezeki." Kemudian, majlis di break sekejap dan bersambung semula 15 minit kemudian dengan ceramah motivasi bertajuk "The Art of Sales" oleh Hj Mazlan Ghaus. Betapa menusuk kalbunya ceramah 2 jam tersebut, beberapa orang peserta dilihat menitiskan air mata ketika program berlangsung. Sepanjang program, Hj Mazlan menggunakan bantuan video sebagai memudahkan pemahaman peserta terhadap sesuatu isu yang disampaikan.

Program berakhir jam 5.30 petang. Alhamdulillah, feedback yang positif diterima dari kebanyakan peserta yang menghadiri program tersebut. Doa saya, Stormreaders akan terus berjaya dan menjadi sumber pendapatan kedua yang boleh membantu umat Islam untuk berjaya dalam dunia keusahawanan, insyaAllah. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.facebook.com/#/pages/Stormreaders-Network/111417487408?ref=ts
0 Responses