telagabiru...

Dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan, Hj. Muhammad Zakaria mula mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum ke Rosny College, Hobart; University of Tasmania & University of Newcastle, Australia. Bekas pendidik, pensyarah & CEO sebuah kolej swasta kini sebagai editor, kolumnis dan penerbit ini turut terlibat sebagai Master Trainer di Pusat Latihan Sri Al Ain dalam bidang pendidikan, perguruan, pengurusan, motivasi, teknik belajar, fasilitator, keibubapaan & ibadah. Beliau juga Pengerusi Yayasan Antarabangsa & Persatuan Belia Sri Al Ain (BERSAMA) & Mudir, Darul Tahfiz Sri Al Ain di samping Managing Editor di Telaga Biru Sdn. Bhd.
.
Kepada para remaja yang mungkin mempunyai cerita atau masalah untuk dikongsi bersama, janganlah segan-segan bersembang dengan beliau di blog ini ya. Lagi pun, dia bukannya makan orang! :)
.
---------------
faruq: sedih sebab zaman remajalah terpaksa berpisah dengan dia yang tersayang... apa senyum-senyum???!!!???!!! BANTAL BUSUK la!
telagabiru...

USTAZ ZAHAZAN MOHAMED dilahirkan di Melaka pada tahun 1974. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Kg. Gelam sebelum meneruskan pelajaran di Sek. Men. Keb. Agama Sultan Muhammad, Melaka. Seterusnya, neliau melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang pada tahun 1990. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan pada tahun 1992 hingga 1996 sebelum meneruskan pengajian dengan Ijazah Sarjana (MA) dalam bahasa Arab di UM (2003). Seterusnya beliau menyambung pengajian di peringkat Phd juga di UM. Kini, Ustaz Zahazan menjawat jawatan Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
.
Beliau berpengalaman dalam memimpin kursus haji dan umrah, dan membimbing jemaah haji dan umrah ke tanah suci Mekah, yang (ditauliah oleh Lembaga Urusan Tabung Haji Malaysia). Sekarang, beliau aktif dalam bidang penerbitan buku ilmiah serta artikel akhbar dan majalah. Penyampai tetap kuliah Tafsir di IKIM.fm. Dalam bidang penerbitan, Ustaz Zahazan telah menerbitkan 6 buah buku dan sebuah album.
.
Di blog ini, beliau akan menjawab sebarang persoalan anda yang bersangkutan dengan urusan HADITH AKHIR ZAMAN; DOA, KAIFIAT & PETUA AMALAN; dan KISAH-KISAH PELIK TAPI BENAR.
.
---------------
faruq: minat ruangan tafsir kat ikim.fm!
telagabiru...

AKHI ROHIDZIR RAIS dilahirkan di Permatang Pasir, Pulau Pinang. Memulakan pendidikan di Sek. Keb. Permatang Pasir dan Sek. Men. Sungai Dua beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ilmu-ilmu agama Islam di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Pengajian agama diteruskan di bawah bimbingan Ustaz Yusoff bin Uthman di Ma’hadul-Azhar, Pokok Sena, dalam bidang bahasa Arab, al-Quran, Feqh, Hadis dan lain-lain. Seterusnya, beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar al-Syarif di Damanhour dalam bidang Syariah Islamiyyah.
.
Sehingga kini telah berjaya menterjemah 27 buah buku daripada bahasa Inggeris dan Arab ke bahasa Melayu. Aktif dan berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus fardu ain, al-Quran dan bahasa Arab.
.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan SYARIAH ISLAMIAH dan SEKSOLOGI, jangan malu-malulah bertanya Ustaz Rohidzir nooo....
.
---------------
faruq: kalau ada masalah, suka berkongsi dengan orang yang berilmu. 50% akan selesai, insya-Allah...
telagabiru...
Sekadar ingin berkongsi cerita, budaya sosial & kerja di Telaga Biru pada pendapat saya (yang baru bekerja lebih kurang setahun) sangat menarik untuk diceritakan dan dikongsi bersama. Antara yang menariknya ialah kami saling mengenali dan sangat rapat antara satu sama lain. Sebagai contoh, para pekerja kebanyakannya bukan sahaja berhubungan dengan pekerja yang lain, tetapi turut mengenali ahli keluarga rakan-rakan sekerja mereka.

Then, kami turut lunch dan bersembahyang zohor dan asar setiap hari bersama-sama (dekat "hall" dalam office). Yang bestnya, lunch kat sini free sebab company yang sediakan. So, selain dapat berjimat, waktu makan tu jugak boleh digunakan untuk beramah mesra dan bersembang mengenai hal-hal dunia!

Selain itu, kami bekerja 6 hari seminggu (termasuk hari Sabtu - separuh hari). Tapi, hari Sabtu sebenarnya lebih kepada pengisian rohani sebab pada hari tersebut, seorang ustaz yang sangat berpengalaman (Ustaz Fadzli Yamani - orang KL musti ramai yang kenal) akan datang ke Telaga Biru untuk mengajar kitab Riyadhus Salihin dan ilmu fikah. Jadi, to us, bekerja pada hari Sabtu langsung tidak menyusahkan sebaliknya menguntungkan kerana bukan sahaja dunia yang kami dapat, akhirat pun dapat sekali!

Last sekali yang saya nak cerita, bekerja di Telaga Biru membolehkan saya explore diri saya semaksimum mungkin. Hj. Waharp pernah beritahu saya masa mula-mula saya bekerja di sini that saya boleh memajukan diri saya di Telaga Biru tanpa batasan. Selagi saya ada kehendak untuk berjaya, Telaga Biru akan gembira untuk membantu saya and nothing can restrict me to do so!

Jadi, kalau budaya kerja dan sosial di tempat kerja anda menarik untuk dikongsi bersama, sila-silalah hantar comment ye. Banyak manafaatnya tau...

Ok... sampai di sini saja...

Assalamualaikum...

---------------
faruq: Kuliah Ustaz Fadzli minggu ni belajar tajuk "tasydid dalam tahiyyat akhir."
telagabiru...
Assalamualaikum w.b.t.
Saya kerap kali menerima email dari rakan-rakan di luar sana bertanyakan bilakah Telaga Biru akan menerbitkan majalahnya sendiri. Untuk pengetahuan anda, Telaga Biru bakal menerbitkan majalah pertamanya pada JUN 2008 ini! Majalah bertajuk SOLUSI ini berkonsepkan Islamik kontemporari yang bakal mengetengahkan segenap topik yang berkaitan dengan kehidupan muslim masa kini.
.
Majalah ini secara asasnya menggabungkan dua elemen utama iaitu fardhu ain dan motivasi. Antara topik yang bakal dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan macam-macam lagilah!
.
Saya dah tengok dummy majalah ni dan saya dapati ramai di kalangan kolumnis majalah Solusi ni terdiri daripada mereka yang prolifik dan berwibawa. Antaranya seperti Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin (dari http://www.zaharuddin.net/), Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria (salah seorang moderator blog ni), Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan ramai lagi!
.
Oklah... kepada yang tertunggu-tunggu majalah ni, dapatkan di pasaran dalam bulan Jun ni tau... Tunggu!!!
.
---------------
faruq: Dah tengok2 isu pertama majalah ni. Topik rasuah! Meletup!
telagabiru...
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah beberapa hari berbincang dengan pihak pengurusan, saya akhirnya berjaya juga mencipta blog http://www.telagabiru-tbsb.blogspot.com/ ini dengan jayanya. Untuk pengetahuan anda yang melayari blog ini, ia sebenarnya adalah cetusan ilham big boss Telaga Biru sendiri iaitu Hj. Waharp Yusof. Tujuannya ialah untuk mendekatkan Telaga Biru dengan anda, peminat setia produk Telaga Biru selama ini.

InsyaAllah dengan adanya blog ini, saya dapat menjawab segala kemusykilan dengan lebih cepat dan berkesan lagi. Apa-apa sahaja soalan yang terbuku di minda seperti jadual penulis/penceramah/motivator, buku-buku terbaru yang bakal diterbitkan dan aktiviti dan program Telaga Biru akan cuba saya jawab dan umumkan sebaik yang mungkin, insyaAllah.

Selain itu, anda juga boleh bertanya apa sahaja soalan berkaitan motivasi diri dan keagamaan kerana soalan-soalan anda akan diajukan kepada editor-editor Telaga Biru yang sudah pastinya terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu. Mereka adalah:-
Ustaz Zahazan - hadith akhir zaman; doa, kaifiat & petua pengamalan; dan kisah2 pelik tapi benar.
Hj. Muhammad Zakaria - masalah remaja
Ustaz Pahrol Md. Juoi - motivasi diri
Ustaz Rohidzir - syariah Islamiah & seksologi
En. Idrus - kekeluargaan dan perkahwinan

Menariknya blog ini, saya juga akan cuba mengetengahkan konsep kelab buku yang akan membincangkan mengenai content buku yang akan dicadangkan oleh moderator. Mengambil cadangan Hj. Waharp, buku yang akan diperbincangan TIDAK SEMESTINYA buku keluaran syarikat Telaga Biru sahaja. Ia bertujuan agar perbincangan dapat dibuat dengan lebih terbuka dan tidak bersifat memilih bulu.

Akhir kata, saya berdoa agar blog ini akan menjadi blog pilihan anda. Semoga ia akan memberi manafaat kepada kita semua, dunia mahupun akhirat.

Ma' assalamah Wa ilalliqa`...

---------------
faruq: excited nih!!!