telagabiru...

USTAZ ZAHAZAN MOHAMED dilahirkan di Melaka pada tahun 1974. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Kg. Gelam sebelum meneruskan pelajaran di Sek. Men. Keb. Agama Sultan Muhammad, Melaka. Seterusnya, neliau melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang pada tahun 1990. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan pada tahun 1992 hingga 1996 sebelum meneruskan pengajian dengan Ijazah Sarjana (MA) dalam bahasa Arab di UM (2003). Seterusnya beliau menyambung pengajian di peringkat Phd juga di UM. Kini, Ustaz Zahazan menjawat jawatan Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
.
Beliau berpengalaman dalam memimpin kursus haji dan umrah, dan membimbing jemaah haji dan umrah ke tanah suci Mekah, yang (ditauliah oleh Lembaga Urusan Tabung Haji Malaysia). Sekarang, beliau aktif dalam bidang penerbitan buku ilmiah serta artikel akhbar dan majalah. Penyampai tetap kuliah Tafsir di IKIM.fm. Dalam bidang penerbitan, Ustaz Zahazan telah menerbitkan 6 buah buku dan sebuah album.
.
Di blog ini, beliau akan menjawab sebarang persoalan anda yang bersangkutan dengan urusan HADITH AKHIR ZAMAN; DOA, KAIFIAT & PETUA AMALAN; dan KISAH-KISAH PELIK TAPI BENAR.
.
---------------
faruq: minat ruangan tafsir kat ikim.fm!
| edit post
Reactions: 
4 Responses
  1. sahabat_83 Says:

    salam ukhuwahfillah & teruskan perjuangan..


  2. Admin Says:

    Assalamu alaikum.
    Saya ingin menjemput ustaz untuk meyampaikan ceramah di Masjid Bandar Baru Senawang, Seremban,
    Tarikh Sabtu 18/12 atau 25/12, lepas maghrib.
    Bagaimana cara nak berhubung?


  3. shikin Says:

    salam ustaz..mak saya nk tanya doa agar disayangi oleh org lain dlm buku benar tapi pelik..boleh tak masukkan nama kita sendiri ( selepas ayat haza dan waumhu)..harap ustaz jawab ye..terima kasih..


  4. Ali KYJ Says:

    salam ustaz..boleh saya tahu ustaz ambil kursus apa ketika degree di Jordan...