telagabiru...
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah beberapa hari berbincang dengan pihak pengurusan, saya akhirnya berjaya juga mencipta blog http://www.telagabiru-tbsb.blogspot.com/ ini dengan jayanya. Untuk pengetahuan anda yang melayari blog ini, ia sebenarnya adalah cetusan ilham big boss Telaga Biru sendiri iaitu Hj. Waharp Yusof. Tujuannya ialah untuk mendekatkan Telaga Biru dengan anda, peminat setia produk Telaga Biru selama ini.

InsyaAllah dengan adanya blog ini, saya dapat menjawab segala kemusykilan dengan lebih cepat dan berkesan lagi. Apa-apa sahaja soalan yang terbuku di minda seperti jadual penulis/penceramah/motivator, buku-buku terbaru yang bakal diterbitkan dan aktiviti dan program Telaga Biru akan cuba saya jawab dan umumkan sebaik yang mungkin, insyaAllah.

Selain itu, anda juga boleh bertanya apa sahaja soalan berkaitan motivasi diri dan keagamaan kerana soalan-soalan anda akan diajukan kepada editor-editor Telaga Biru yang sudah pastinya terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu. Mereka adalah:-
Ustaz Zahazan - hadith akhir zaman; doa, kaifiat & petua pengamalan; dan kisah2 pelik tapi benar.
Hj. Muhammad Zakaria - masalah remaja
Ustaz Pahrol Md. Juoi - motivasi diri
Ustaz Rohidzir - syariah Islamiah & seksologi
En. Idrus - kekeluargaan dan perkahwinan

Menariknya blog ini, saya juga akan cuba mengetengahkan konsep kelab buku yang akan membincangkan mengenai content buku yang akan dicadangkan oleh moderator. Mengambil cadangan Hj. Waharp, buku yang akan diperbincangan TIDAK SEMESTINYA buku keluaran syarikat Telaga Biru sahaja. Ia bertujuan agar perbincangan dapat dibuat dengan lebih terbuka dan tidak bersifat memilih bulu.

Akhir kata, saya berdoa agar blog ini akan menjadi blog pilihan anda. Semoga ia akan memberi manafaat kepada kita semua, dunia mahupun akhirat.

Ma' assalamah Wa ilalliqa`...

---------------
faruq: excited nih!!!
| edit post
Reactions: