telagabiru...
Assalamualaikum w.b.t.
Saya kerap kali menerima email dari rakan-rakan di luar sana bertanyakan bilakah Telaga Biru akan menerbitkan majalahnya sendiri. Untuk pengetahuan anda, Telaga Biru bakal menerbitkan majalah pertamanya pada JUN 2008 ini! Majalah bertajuk SOLUSI ini berkonsepkan Islamik kontemporari yang bakal mengetengahkan segenap topik yang berkaitan dengan kehidupan muslim masa kini.
.
Majalah ini secara asasnya menggabungkan dua elemen utama iaitu fardhu ain dan motivasi. Antara topik yang bakal dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan macam-macam lagilah!
.
Saya dah tengok dummy majalah ni dan saya dapati ramai di kalangan kolumnis majalah Solusi ni terdiri daripada mereka yang prolifik dan berwibawa. Antaranya seperti Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin (dari http://www.zaharuddin.net/), Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria (salah seorang moderator blog ni), Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan ramai lagi!
.
Oklah... kepada yang tertunggu-tunggu majalah ni, dapatkan di pasaran dalam bulan Jun ni tau... Tunggu!!!
.
---------------
faruq: Dah tengok2 isu pertama majalah ni. Topik rasuah! Meletup!
| edit post
Reactions: 
11 Responses
  1. Nimoiz T.Y Says:

    Kat mana nak dapatkan majalah ni? Adakah Solusi turut diedarkan di kedai-kedai buku termasuk kedai-kedai mamak? Atau hanya boleh dibeli online.


  2. telagabiru Says:

    Akum nimoy t.y
    Menurut perancangan, Solusi akan diedarkan di seluruh kedai-kedai buku dan majalah diseluruh Malaysia, termasuk kedai-kedai mamak, sebagaimana majalah2 keagamaan yang lain. Tunggu na!!


  3. Anonymous Says:

    Tak derker preview tajuk-tajuk menarik keluaran sulung ni? Satu lagi keluaran perdana ni takkan takdak potongan kot, promosi le...


  4. telagabiru Says:

    Salam anonymous...
    Ttg preview tajuk-tajuk menarik untuk keluaran sulung, saya akan umumkan dari masa ke semasa... bagi suspen sikit :)... cuma, yang saya boleh bagi tahu di sini ialah berkaitan isu utama untuk keluaran pertama iaitu isu rasuah... Sangat menarik!

    Mengenai potongan harga untuk keluaran pertama... secara umumnya saya tak pasti... Tapi saya yakin sekiranya ada event2 tertentu, pihak telaga biru mungkin akan mempertimbangkan agar ada potongan istimewa untuk event tersebut!


  5. samsulrizal Says:

    Salam. Kalau nak dapatkan Majalah Solusi dari edisi 1 hingga yang terkini boleh dapatkan di http://www.majalahsolusi.com . Kad kredit dan perbankan internet diterima. Terima kasih.


  6. cahaya00mata Says:

    Salam..

    Sy baru th dgn lebih lanjut mengenai M. Solusi drp ceramah oleh Ust. Zahazan di UiTM sebentar tadi,

    leh saya th macam mn sy nak langgan drp Edisi 1,

    Mr. Samsul_Rizal,
    Boleh guna perbankan internet kan? tapi nampaknye sistem tu valid utk credit card je,sy kurang arif skit mengenai paypal, mohon tolong tunjukkan jika ada cara yang lain utk melanggan majalah ini. T.Kasih.


  7. Anonymous Says:

    salam..sy pn nk dptkn m,solusi ni dri 1st edisi..lmbt tau psl mjlh ni..1st time bce,trus minat.


  8. Anonymous Says:

    salam 1 Msia.
    1st tau majlh ni atas rekomen dpd member..dah beli & baca baru tau.
    TAHNIAH kat staf Telagabiru. majlh ni memang susah nak dpt...cepat habis!

    bila tarikh keluaran setiap bln?


  9. ckg.fidah Says:

    kat tempat saya ada jual je kt kdai buku


  10. Ainiey Says:
    This comment has been removed by the author.

  11. Anonymous Says:

    ermm majalah nie susah jgk nk dpt pasal cepat sangat habis..