telagabiru...

Tajuk Buku :
Nota Jutawan Nota Motivasi
Pengarang :
Dr. Irfan Khairi
Terbitan :
Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga :
RM 39.90 (Semenanjung) / RM 41.90 (Sabah & Sarawak)

Agama Islam ialah agama yang cukup lengkap yang menggalakkan umatnya supaya beramal, berusaha dan bekerja untuk menyara hidup sama ada untuk kepentingan dunia mahupun akhirat. Surah al-Qasas ayat 77 ada menyebut yang bermaksud;

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu ) daripada dunia.”

Ayat di atas secara jelas memberitahu kita betapa Islam sangat sayangkan umatnya yang berusaha mengumpul harta di dunia demi mendapat keberkatan di akhirat.

Namun begitu, ramai antara kita kurang menyedari hakikat ini dan beranggapan bahawa kekayaan hanya akan menyebabkan seseorang itu lupa akan tanggungjawabnya terhadap agama. Namun begitu, tanggapan sedemikian tidak selalunya benar kerana kemiskinan juga mungkin akan menyebabkan manusia malas berusaha dan menyalahkan takdir di atas kesusahan yang menimpa mereka.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hampir kemiskinan itu membawa kekufuran…”

Malah Baginda juga pernah berdoa yang bermaksud,

“Ya Allah, aku berlindung denganmu daripada kekufuran, kefakiran dan azab kubur…”

Apa yang penting, umat Islam seharusnya menjauhi sifat tamak, dengki dan lupa diri apabila mengecapi kekayaan kelak.

Untuk menjadi insan yang berharta, kita perlu mengenal pasti setiap langkah yang bakal diambil bagi mencapai cita-cita tersebut. Bermula dengan keinginan yang tinggi untuk menjadi kaya, ia seharusnya disusuli dengan rangka perancangan yang jelas supaya kita dapat mengurangkan risiko melakukan kesilapan besar dan terus fokus dalam melaksanakan pelan tersebut.

Namun begitu, segala usaha yang dibuat hanya dapat dikekalkan sekiranya motivasi untuk menjadi kaya turut dapat dikekalkan. Ia adalah momentum yang perlu sentiasa wujud dalam diri kita. Ibarat kereta tanpa enjin, kejayaan tidak mungkin dapat dicapai tanpa aspirasi dan motivasi diri yang tinggi.

Seterusnya, setiap langkah yang diambil haruslah relevan dengan cita-cita yang mahu digapai. Untuk menjadi kaya, antaranya kita perlulah mempunyai matlamat yang realistik, menguasai ilmu yang berkaitan, bersedia menghadapi cabaran yang bakal dihadapi dari segenap sudut, berfikiran positif, tidak malas, menguasai lapangan komunikasi dan pengucapan awam (public speaking) dengan baik serta menambah rangkaian kenalan (network).

Setiap perkara yang dinyatakan di atas sangat signifikan kepada mereka yang bercita-cita untuk bergelar seorang jutawan. Sebagai contoh, kemahiran berkomunikasi secara berkesan membolehkan kita menonjolkan kebolehan serta kemampuan kepada mereka yang berminat untuk berurusan dengan kita selain dapat mengelakkan salah faham.

Meramaikan kenalan pula secara tidak langsung dapat memperlicinkan usaha yang kita lakukan kerana menurut kajian, 85% daripada kejayaan dalam perniagaan (contohnya) adalah hasil daripada pertolongan orang di sekeliling kita. Ia menggambarkan betapa pentingnya meramaikan kenalan dalam urusan perniagaan.

Seterusnya, untuk berjaya seseorang itu perlulah mempunyai fikiran yang berorientasikan perniagaan (business minded). Setiap perkara yang dilakukan haruslah berbaloi dengan kos, masa serta usaha yang telah dikorbankan. Namun begitu, sebagai seorang Muslim, urusan tersebut tidak seharusnya dilakukan sehingga tesasar dari batasan agama yang sebenar.

Antaranya, Islam mengharamkan umatnya terlibat dalam riba’, rasuah, monopoli dan lain-lain. Namun begitu, Islam menggalakkan kita untuk mencontohi sikap serta usaha yang telah dilakukan oleh mereka yang sudah berjaya. Ini kerana, kejayaan orang lain sebenarnya adalah perentas jalan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam meniti kejayaan. Idea asas kejayaan mereka bolehlah diadaptasikan dalam perancangan kita.

Melihat kepada kepentingan menjadi kaya untuk menaikkan imej serta memajukan umat Islam secara keseluruhannya, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan buku hasil tulisan jutawan muda negara, Dr. Irfan Khairi yang bertajuk “Nota Jutawan Nota Motivasi”.

Kekuatan utama buku ini terletak pada penulis buku ini sendiri iaitu Dr. Irfan Khari, seorang pakar yang sangat terkenal dalam dunia Internet. Beliau mempunyai peminat yang sangat ramai, terbukti melalui kehadiran peserta yang begitu ramai dalam setiap kursus yang dianjurkan beliau.

Buku ini secara khusus mensasarkan kepada mereka yang cenderung untuk meningkatkan taraf hidup pada usia yang masih hijau. Ia menggalak serta memberi panduan kepada anak muda untuk belajar berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri.

Ia sesuai dijadikan modul untuk bengkel keusahawanan serta boleh dijadikan cenderahati kepada para pelajar mahupun anak-anak.

- Biodata Irfan Khairi.

Nama sebenar beliau ialah Noor Irfan Khairi Noor Azmi. Dilahirkan pada 17 Disember 1976. Setelah tamat pendidikan IPT di UK, beliau berkhidmat dengan Netmedia (UK) Ltd. Birmingham sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet. Beliau memulakan perniagaan sambilan di Internet pada 1999. Selepas setahun beliau menumpukan bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beliau memperolehi untung bersih RM1 juta daripada modal awal RM 500 ketika berusia 25 tahun. Beliau menulis buku “Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” atau “Secrets of Internet Millionaires Revealed” buku pertama Malaysia dilancarkan di Oxford, UK. Pada 2006 beliau menerima anugerah Young Innovation Award daripada Oxford Association of Management, UK. Di samping menjadi kolumnis beberapa majalah tempatan, mengendalikan seminar dan ceramah beliau juga sering muncul di TV dan radio
telagabiru...
Promosi Sunshade
.

Promosi Poster
.
Promosi DVD Terbaru


Diskaun Buku Telaga Biru

.
Diskaun Produk Istimewa
.
Diskaun Majalah Solusi
.
Diskaun Kaset, cd dan vcd
.
telagabiru...

Gudang Telaga Biru menerima sebuah lagi adik baru pada bulan ini. Ia yang dimaksudkan ialah Majalah Solusi Isu No 6! Topik utama bulan ini:


Mencari Bahagia - Keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian disebabkan ramai yang tidak tahu apa makna bahagia sebenar dan bagaimanakah untuk mendapatkannya...

Antara yang dibincangkan dalam topik Mencari Bahagia ini ialah tafsir surah Taha ayat 123-126 bertajuk Bahagia atau Derita Pilihan Manusia Sendiri oleh Ustaz Zahazan, Tangisan yang Membawa Keredaan oleh Ustaz Adlan Abd. Aziz serta Apa Itu Bahagia? oleh Ustaz Parol Md Juoi sendiri.

Dalam ruangan Hai Anak!, Rashidah Mustaffa telah menulis satu kolum yang saya rasa agak menarik iaitu kaedah untuk menjaga batas pergaulan sesama saudara. Ustaz Ahmad Husni (ustaz favorite saya nih! lawak dan spontan orangnya…) telah menulis artikel mengenai Hajarul Aswad – Hitamnya kerana palitan dosa anak Adam. Imam Global menulis artikel yang kelakar tetapi unik untuk difikirkan bertajuk Songkok vs Kopiah. Ustaz Zaharuddin pula sebagaimana biasa datang dengan tulisan menarik mengenai kewangan bertajuk Zaman Nabi dan Sahabat Ada bank Islam? dan Hukum tanpa Syarat?

Seterusnya, pakar motivasi Dato’ Hj. Mohd fadzilah Kamsah pula menggariskan beberapa kaedah untuk bermain dan bergurau dengan anak manakala Hj. Muhammad Zakaria memberi input mengenai Kunci Ketahanan Jiwa.

Rohidzir Rais seterunsya telah membentangkan teori yang sangat menarik(dan mungkin memeranjatkan!) apabila beliau cuba untuk Menerobos Rahsia Longmahfuz menerusi bukti daripada kuantum fizik. Menarik kan?

Ustaz Ghazali Ibrahim pula membentangkan kitab Minhaj al-Talibin karangan Imam Nawawi mengenai tajuk Penggunaan Harta Pusaka Dalam Urusan Jenazah manakala Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja menulis mengenai Ibu Bapaku asyik bergaduh, apa patut aku buat?

Selain itu, Dr. Irfan Khairi turut hadir dengan kolum yang sangat berguna apabila beliau bulan ini menulis mengenai Produk Paling Menarik di Internet manakala dalam Maqasid Syarie, Ustaz Nik Abd Rahim menulis mengenai Bila Jodoh Sudah Tiada. Dr. Abd Basit pula menampilkan Konsep Keringan (al-Yusr) dalam Islam sebagai tajuk bagi kolum Syiar. Salah seorang favorite saya (Ustaz Wahid) menulis mengenai Keajaiban Madu manakala Zuraimi Ismail pula menulis tentang Imam Bukhari – Pakar "Merawat" Hadis.

Seterusnya, Dato’ Siti Norbahyah menulis tentang Debaran Menanti Si Penambat Cinta – yang ini untuk yang bujang macam saya saja tau! Manakala Atlas al-Quran pula menjelaskan mengenai Kaum Nabi Syuib Kehancuran Penduduk Madyan.

Paling menakutkan… jeng jeng jeng… saya pun diberi satu kolum. Ahaks… sekarang, saya akan bertanggung-jawab untuk ruangan Info Buku dan pada bulan ini, saya cuma mengetengahkan buku keluaran Telaga Biru sahaja manakala pada bulan-bulan berikutnya, barulah saya akan memberi ulasan ringkas mengenai buku-buku dari syarikat penerbitan yang lain pula. Buku-buku yang telah saya ulas untuk isu ke-6 ialah seperti buku Keluarkan Singa daripada Diri Anda (Hj. Muhammad Zakaria), Koleksi Duhai, Hadiah Buat Muslimah (Dato’ Siti Norbahyah), Rahsia Cemerlang IPT (Dato’ Hj. Muhammad Fadzilah Kamsah), Makkah al-Mukarramah: Sejarah dan Kelebihan (Dr. Abd Basit), 101 Kisah dan Pengajaran daripada al-Quran, Hadis dan Hayatussahabah (Ustaz Zahazan) dan Nota Jutawan Nota Perniagaan (Dr. Irfan Khairi). Saya tenga excited nih! Huhu..

Apa-apa pun, saya cukup senang hati kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, Majalah Solusi masih berjaya meningkatkan jualannya walaupun ia masih sangat mentah di pasaran. Masyarakat mungkin menyedari bahawa saat-saat yang sebeginilah kita@mereka harus mendekatkan diri dengan Allah dengan lebih ikhlas lagi dengan cara mendapatkan bahan-bahan bacaan yang baik untuk santapan minda, insyaAllah.

telagabiru...
Hanya tinggal 10 hari lagi ke Pesta Buku!!! Menakutkan!

Untuk pengetahuan semua, pesta buku ibarat hari peperiksaan buat kami di syarikat penerbitan buku. Peperiksaan dalam erti kata persediaan yang harus kami lakukan untuk mengahdapi hari tersebut. Contohnya, kami terpaksa menghadiri mesyuarat saban hari di samping harus memastikan setiap produk yang sedang dihasilkan dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan sebelum pesta buku berlangsung. Cuba bayangkan, sekiranya pada bulan-bulan biasa, pihak produksi diminta untuk menghasilkan sebanyak 3 buah buku sahaja sebulan, namun menjelang pesta buku (3 bulan sebelum pesta buku), mereka terpaksa menghasilkan 8 buah buku setaip bulan! (kenaikan hampir 3 kali ganda!!!)

Menariknya, pada hari tersebutlah jugalah kami dapat bersua muka secara direct dengan pembaca setia buku-buku keluaran Telaga Biru. Selain itu, ketika inilah juga masa yang sangat sesuai untuk kami mengeratkan silaturrahim dengan mereka yang terlibat dalam industri seperti dealers, rakan-rakan rakan-rakan sepesaingan, pengiklan dan sebagainya. Kami juga tidak melupakan ole-ole kepada pengunjung dengan menyediakan hadiah-hadiah yang meletup selain diskaun yang bakal menjulingkan mata anda! hehehe...

Bagi menarik perhatian pengunjung, kami juga telah merancang pelbagai program serta kuiz yang sangat menarik. Contohnya, kami telah menjemput Ustaz Zahazan, Dato' Fadzilah Kamsah, Dato' Ustazah Siti Norbahyah, Prof Izi dan Dr. Irfan Khairi ke booth kami untuk sama-sama memeriahkan suasana di samping dapat beramah mesra dengan anda peminat setia mereka.

Walaupun meeting yang tak berkesudahan, kami gembira. Ia ibarat puasa yang meletihkan tetapi tetap seronok kerana mengetahui hari raya yang bakal menjelma! Meeting tersebut juga menyebabkan seisi pejabat kelihatan sibuk tetapi meriah! Bermula dari department store, terbawa-bawa ke department akaun, PR, grafik dan editor sehinggalah ke bahagian pengurusan, semuanya kelihatan terkejar-kejar dalam menyelesaikan persiapan terakhir pesta buku tersebut. Alhamdulillah, setakat ini, walaupun kami semua berasa tertekan, namun tekanan tersebut dapat diserap secara positif oleh semua staff di Telaga Biru.

Saya berdoa agar kami dapat menjayakan hari tersebut sebagaimana yang dirancang. Namun begitu, kami sentiasa sedar kerana sebagaimana kami, Allah juga merancang dan jelaslah, perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Sebagai hamba, kami hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya kami serahkan kepada Dia yang maha kuasa. Doakan kami ye...

Faruq: Bayu dan lain-lain, terima kasih atas segala sokongan serta dorongan yang anda berikan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya!