Hanya tinggal 10 hari lagi ke Pesta Buku!!! Menakutkan!
Untuk pengetahuan semua, pesta buku ibarat hari peperiksaan buat kami di syarikat penerbitan buku. Peperiksaan dalam erti kata persediaan yang harus kami lakukan untuk mengahdapi hari tersebut. Contohnya, kami terpaksa menghadiri mesyuarat saban hari di samping harus memastikan setiap produk yang sedang dihasilkan dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan sebelum pesta buku berlangsung. Cuba bayangkan, sekiranya pada bulan-bulan biasa, pihak produksi diminta untuk menghasilkan sebanyak 3 buah buku sahaja sebulan, namun menjelang pesta buku (3 bulan sebelum pesta buku), mereka terpaksa menghasilkan 8 buah buku setaip bulan! (kenaikan hampir 3 kali ganda!!!)
Menariknya, pada hari tersebutlah jugalah kami dapat bersua muka secara direct dengan pembaca setia buku-buku keluaran Telaga Biru. Selain itu, ketika inilah juga masa yang sangat sesuai untuk kami mengeratkan silaturrahim dengan mereka yang terlibat dalam industri seperti dealers, rakan-rakan rakan-rakan sepesaingan, pengiklan dan sebagainya. Kami juga tidak melupakan ole-ole kepada pengunjung dengan menyediakan hadiah-hadiah yang meletup selain diskaun yang bakal menjulingkan mata anda! hehehe...
Bagi menarik perhatian pengunjung, kami juga telah merancang pelbagai program serta kuiz yang sangat menarik. Contohnya, kami telah menjemput Ustaz Zahazan, Dato' Fadzilah Kamsah, Dato' Ustazah Siti Norbahyah, Prof Izi dan Dr. Irfan Khairi ke booth kami untuk sama-sama memeriahkan suasana di samping dapat beramah mesra dengan anda peminat setia mereka.
Walaupun meeting yang tak berkesudahan, kami gembira. Ia ibarat puasa yang meletihkan tetapi tetap seronok kerana mengetahui hari raya yang bakal menjelma! Meeting tersebut juga menyebabkan seisi pejabat kelihatan sibuk tetapi meriah! Bermula dari department store, terbawa-bawa ke department akaun, PR, grafik dan editor sehinggalah ke bahagian pengurusan, semuanya kelihatan terkejar-kejar dalam menyelesaikan persiapan terakhir pesta buku tersebut. Alhamdulillah, setakat ini, walaupun kami semua berasa tertekan, namun tekanan tersebut dapat diserap secara positif oleh semua staff di Telaga Biru.
Saya berdoa agar kami dapat menjayakan hari tersebut sebagaimana yang dirancang. Namun begitu, kami sentiasa sedar kerana sebagaimana kami, Allah juga merancang dan jelaslah, perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Sebagai hamba, kami hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya kami serahkan kepada Dia yang maha kuasa. Doakan kami ye...
Faruq: Bayu dan lain-lain, terima kasih atas segala sokongan serta dorongan yang anda berikan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya!

salam 'alaik.nk tanye.booth yg ke brape kt pesta buku 2 nanti?xla pening nk cari.papepun telaga biru mmg best.salute!
Salam Anoymous, awak boleh rujuk http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/2009/02/pesta-buku-2009-solusi-edisi-4.html
tq.... :)
Salam,
Saya ingin mendapatkan tandatangan penulis penulis dalam majalah solusi seperti ustaz zahazan, ustazah norbahyah,ustaz zaharuddin,dll pada KLIBF09 yang sedang berlangsung ini. boleh saya tahu pukul brapa mereka akan berada di booth telaga biru pada hari sabtu ini (25Apr,09)? TKS.
Nazrah
Nazrah,
Jumaat - Ustaz Zamri (Mari Mengaji) - 11.00 pagi, En. Pahrol Md Juoi - 3.00 petang
Sabtu ni, pukul 11 - Prof Izzi, pukul 3 - Ustaz Zahazan
Ahad - Dato' Ustazah Siti Norbahyah - 3.00 petang
Kerana sibuk bekerja hari isnin hingga jumaat, tinggi harapan saya dapat berjumpa ustaz zahazan pd hujung minggu. Seperti dijanjikan pihak telagabiru, kecewa sangat saya bila ustaz zahazan tidak muncul hari ni (25 Apr)jam 3pm. Kecewa kerana dahlah tak dpat tandatangan idola saya tu, saya juga terpaksa ponteng kelas hujung minggu saya sebanyak 2 kali (sabtu lepas dan hari ni) semata mata ingin dapatkan tandatangan beliau memandangkan waktu kelas saya bermula sama waktu ustaz zahazan dijadualkan berada di booth telagabiru. nasib baik ada ustazah siti norbaiyah. terubat juga kekecewaan ini.
Petang td, sekali lagi pihak telagabiru secara verbal berjanji ustaz zahazan akan berada dibooth telagbiru esok (ahad, 26Apr) jam 3pm. Perlukah saya berharap agar esok lebih baik daripada hari ini? Wallahua'lam..
Nazrah