telagabiru...

Gudang Telaga Biru menerima sebuah lagi adik baru pada bulan ini. Ia yang dimaksudkan ialah Majalah Solusi Isu No 6! Topik utama bulan ini:


Mencari Bahagia - Keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian disebabkan ramai yang tidak tahu apa makna bahagia sebenar dan bagaimanakah untuk mendapatkannya...

Antara yang dibincangkan dalam topik Mencari Bahagia ini ialah tafsir surah Taha ayat 123-126 bertajuk Bahagia atau Derita Pilihan Manusia Sendiri oleh Ustaz Zahazan, Tangisan yang Membawa Keredaan oleh Ustaz Adlan Abd. Aziz serta Apa Itu Bahagia? oleh Ustaz Parol Md Juoi sendiri.

Dalam ruangan Hai Anak!, Rashidah Mustaffa telah menulis satu kolum yang saya rasa agak menarik iaitu kaedah untuk menjaga batas pergaulan sesama saudara. Ustaz Ahmad Husni (ustaz favorite saya nih! lawak dan spontan orangnya…) telah menulis artikel mengenai Hajarul Aswad – Hitamnya kerana palitan dosa anak Adam. Imam Global menulis artikel yang kelakar tetapi unik untuk difikirkan bertajuk Songkok vs Kopiah. Ustaz Zaharuddin pula sebagaimana biasa datang dengan tulisan menarik mengenai kewangan bertajuk Zaman Nabi dan Sahabat Ada bank Islam? dan Hukum tanpa Syarat?

Seterusnya, pakar motivasi Dato’ Hj. Mohd fadzilah Kamsah pula menggariskan beberapa kaedah untuk bermain dan bergurau dengan anak manakala Hj. Muhammad Zakaria memberi input mengenai Kunci Ketahanan Jiwa.

Rohidzir Rais seterunsya telah membentangkan teori yang sangat menarik(dan mungkin memeranjatkan!) apabila beliau cuba untuk Menerobos Rahsia Longmahfuz menerusi bukti daripada kuantum fizik. Menarik kan?

Ustaz Ghazali Ibrahim pula membentangkan kitab Minhaj al-Talibin karangan Imam Nawawi mengenai tajuk Penggunaan Harta Pusaka Dalam Urusan Jenazah manakala Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja menulis mengenai Ibu Bapaku asyik bergaduh, apa patut aku buat?

Selain itu, Dr. Irfan Khairi turut hadir dengan kolum yang sangat berguna apabila beliau bulan ini menulis mengenai Produk Paling Menarik di Internet manakala dalam Maqasid Syarie, Ustaz Nik Abd Rahim menulis mengenai Bila Jodoh Sudah Tiada. Dr. Abd Basit pula menampilkan Konsep Keringan (al-Yusr) dalam Islam sebagai tajuk bagi kolum Syiar. Salah seorang favorite saya (Ustaz Wahid) menulis mengenai Keajaiban Madu manakala Zuraimi Ismail pula menulis tentang Imam Bukhari – Pakar "Merawat" Hadis.

Seterusnya, Dato’ Siti Norbahyah menulis tentang Debaran Menanti Si Penambat Cinta – yang ini untuk yang bujang macam saya saja tau! Manakala Atlas al-Quran pula menjelaskan mengenai Kaum Nabi Syuib Kehancuran Penduduk Madyan.

Paling menakutkan… jeng jeng jeng… saya pun diberi satu kolum. Ahaks… sekarang, saya akan bertanggung-jawab untuk ruangan Info Buku dan pada bulan ini, saya cuma mengetengahkan buku keluaran Telaga Biru sahaja manakala pada bulan-bulan berikutnya, barulah saya akan memberi ulasan ringkas mengenai buku-buku dari syarikat penerbitan yang lain pula. Buku-buku yang telah saya ulas untuk isu ke-6 ialah seperti buku Keluarkan Singa daripada Diri Anda (Hj. Muhammad Zakaria), Koleksi Duhai, Hadiah Buat Muslimah (Dato’ Siti Norbahyah), Rahsia Cemerlang IPT (Dato’ Hj. Muhammad Fadzilah Kamsah), Makkah al-Mukarramah: Sejarah dan Kelebihan (Dr. Abd Basit), 101 Kisah dan Pengajaran daripada al-Quran, Hadis dan Hayatussahabah (Ustaz Zahazan) dan Nota Jutawan Nota Perniagaan (Dr. Irfan Khairi). Saya tenga excited nih! Huhu..

Apa-apa pun, saya cukup senang hati kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, Majalah Solusi masih berjaya meningkatkan jualannya walaupun ia masih sangat mentah di pasaran. Masyarakat mungkin menyedari bahawa saat-saat yang sebeginilah kita@mereka harus mendekatkan diri dengan Allah dengan lebih ikhlas lagi dengan cara mendapatkan bahan-bahan bacaan yang baik untuk santapan minda, insyaAllah.

3 Responses
  1. Along, Kajang Says:

    SALAM pembaca sekelian:

    Memang majalah SOLUSI adalah diantara yang paling informatif yang pernah saya baca mengenai Islam terutama sekali tentang ilmu-ilmu yang selama ini hanya dapat difahami melalui usrah-usrah dan ceramah-ceramah agama.

    Isinya sekakrng bertambah padat dari satu isu ke isu yang lain. Dan teka silangkata pun agak mind-boggling juga!

    Syabas Telaga Biru, cuma buat lah promo kat radio ikim.fm, kan lebih gempaq dan cantik lagi...!

    Along,
    Kajang.


  2. Salam Along,

    Telaga Biru memang ada buat promo di ikim. Alaaa... iklan yang guna suara Jamali Syadat dengan Aby Fana tu...


  3. Mr Green Says:

    Mmm macam menarik ni... nak cobalah...