EN IDRUS BIN JAMHARI dilahirkan di Sg. Besar Selangor pada tahun 1960. Mendapat pendidikan awal Sek. Keb. Pt. 4 Sg. Hj. Dorani, Sek. Men. Keb. Sg. Besar, kemudian Sek. Men. Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah dan seterusnya melanjutkan pelajaran hingga Universiti Kebangsaan Malaysia..
Pernah menjadi guru sebelum menceburkan diri dalam bidang penerbitan. Dalam bidang penerbitan pernah menjadi wartawan dan pengarang beberapa majalah. Antara majalah yang terkenal yang beliau kendalikan ialah majalah al-Ain, sebuah majalah untuk kanak-kanak diperingkat sekolah rendah. Beliau juga banyak menyumbang tulisan kepada majalah dan akhbar selain turut menghasilkan buku yang kebanyakannya menggunakan nama kunniyahnya Abu Baihaqi.
.
Di samping itu beliau juga sering terlibat menjadi fasilitator dan pembimbing (unit usrah) dalam kursus-kursus penghayatan Islam dan kekeluargaan. Sebelum menjadi ahli keluarga Telaga Biru beliau pernah berkhidmat sebagai editor di Pustaka Antara dan Darul Fikir.
.
Bagi yang mempunyai masalah keluarga, berkongsilah dengan akhi Idrus kita! Mudah-mudahan, hasil pengalaman beliau sedikit sebanyak dapat membantu...
.
---------------
faruq: Kadang-kadang takut, kadang-kadang tak sabar.... hai.... bila nak kawin pun tak tau!

salam ukhuwahfillah...