telagabiru...
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan berbincang dan merangka, program yang dirancang isyaAllah bakal berjalan jua. Program yang saya maksudkan ialah program seminar kecemerlangan anjuran MARA bersama lebih 300 pelajar dari IPTS terpilih. Program tersebut bakal berjalan selama 3 hari (bermula dari 24 hingga 26 Jun 2008) bertempat di Universiti Kuala Lumpur, Malaysia France Institute, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Objektif program ini sebenarnya ialah untuk meningkatkan motivasi pelajar terpilih untuk menjadi lebih baik dan memberi panduan berguna kepada mereka agar potensi yang wujud dalam diri boleh dikembangkan semaksimum yang mungkin.

Antara motivator yang bakal terlibat ialah Ustaz Zahazan (penceramah terkenal + moderator blog kita), Prof Izzi (tetamu tetap rancangan "Nasi Lemak Kopi O" - terkenal dengan slogan Renung-renungkan Dan Selamat Beramal!!! di hot.fm), Haji Muhammad Zakaria (motivator yang kerap terlibat dalam rancangan bual bicara di RTM dan TV3) serta Ustaz Badlishah (Penceramah rancangan Halaqah di TV9).

Antara modul yang bakal dipersembahkan ialah Jalan Pantas Pelajar cemerlang, Adab dan Petua Kecemerlangan Pelajar, Panduan Mencerdaskan Minda, Pelajar dan Cita-cita - Perniagaan dan Jutawan dan lain-lain.

Harapan saya, pelajar-pelajar dapat memanafaatkan segala apa yang disampaikan oleh dengan sebaik-baiknya.

---------------
Faruq: Rindu zaman belajar kat UiTM dulu. Harap-harap pelajar Masscom 2007 (major in Public Relations) ingat lagi kat saya no!!!!
0 Responses