telagabiru...
Sekeping DVD hanya berharga RM20.00 sahaja! Dapatkan segera. Disertakan dengan buku Jampi-Jampi Ma'thur & Pendinding Diri
telagabiru...
Ralat 1: Di bawah merupakan ralat yang terdapat dalam buku Kamus al-Farid. Untuk pengetahuan anda, ralat tersebut hanya terdapat dalam buku cetakan pertama sahaja. Jadi, kepada anda yang telah membeli buku Kamus al-Farid cetakan pertama, anda boleh menghubungi Telaga Biru (bercakap dengan Cik Liya) di no 03-62754070 untuk mendapatkan sticker pembetulan yang akan dihantar ke rumah anda menerusi pos secara percuma.
.
Ralat 1 : Kamus al-Farid
.
Ralat 2: Di bawah merupakan buku sisipan untuk DVD Siri Perubatan Islam Dato' Ismail Kamus (Gangguan Saka or Racun Santau or Mengenal Jin or Kepalsuan Susuk or Rawatan Islam vs Bomoh). Buku ini sepatutnya disisipkan sekali di dalam DVD-DVD tersebut, tetapi kerana berlakunya miscommunication dengan pihak pencetak, terdapat siri yang tidak menyisipkan buku tersebut sekali di dalamnya. Sekiranya anda mendapati DVD yang telah anda beli tidak mengandungi buku di bawah, anda boleh menghubungi Telaga Biru (bercakap dengan Cik Liya) di no 03-62754070 untuk mendapatkan buku Jampi-Jampi Ma'thur & Pendinding Diri yang akan dihantar ke rumah anda menerusi pos secara percuma.
.

Ralat 2: Siri Perubatan Islam Dato' Ismail Kamus

Ralat 3: Di bawah merupakan buku Tadabbur al-Quran: Beginilah al-Quran Mengajar Kami. Kerana berlakunya miscommunication dengan pihak pencetak, harga buku telah betukar dalam cetakan kedua. Jadi, harga sebenar buku ini ialah RM20.00 (Semenanjung M'sia) dan RM22.00 (Sabah & S'wak), bukan RM30.00 (Semenanjung M'sia) dan RM32.00 (Sabah & S'wak) sebagaimana yang tercatat pada harga buku di mukasurat belakang (kulit).

Ralat 3: Tadabbur al-Quran: Beginilah al-Quran Mengajar Kami

.
Kami berasa sangat kesal di atas segala kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh pihak pembaca. Segala kesulitan tersebut kami dahului dengan ribuan ampun dan maaf. Semoga ralat ini akan memberi kesedaran kepada kami untuk lebih berhati-hati selepas ini.

telagabiru...
Semalam, Telaga Biru sekali lagi mengadakan program dwi-tahunan kami iaitu 'stock check.' Saya percaya kebanyakan dari kita yang bekerja di sektor pembuatan pernah terlibat dalam stock check di syarikat masing-masing. Di Telaga Biru, semua staf akan dilibatkan dalam program ini. Justeru, semua kerja-kerja harian kami perlu ditangguhkan buat sementara waktu.
.
Kami perlu berada di pejabat setengah jam lebih awal daripada biasa iaitu pada jam 8.30 pagi. Sebagaimana biasa, breakfast akan disediakan dan semua staf dibenarkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian untuk program tersebut seperti t-shirt dan jeans, dockers atau khakis manakala cik kak-cik kak pula mestilah berpakaian sesuai, labuh dan menutup aurat.
.
Untuk melakukan kerja ini, kami akan dipasang-pasangkan, lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Kami diberikan zon kiraan dan perlu exchange zon dengan pasangan lain pada waktu petangnya pula untuk memastikan check and blance. Setelah itu, pihak account department akan melakukan perbandingan bagi melihat perbezaan kiraan staf dengan apa yang terdapat dalam record mereka. Sekiranya wujud perbezaan maka staf yang terlibat perlulah sekali lagi melakukan kiraan lain pada keesokan paginya.
.
Kesimpulan dari program ini, walaupun masing-masing kelihatan penat, kami tetap gembira kerana selain dari program yang dijalankan secara santai, kami dapat mengenali staf-staf baru dengan lebih rapat lagi kerana pada kebiasaannya, staf yang lebih senior akan dipasangkan dengan staf baru. Ini secara tidak langsung dapat marapatkan ukhwah kami di kalangan staf Telaga Biru. Selain itu, kami dapat merasai betapa letih dan sukarnya pekerja-pekerja stor (seramai 9 orang terdiri daripada ketua- En Khazim, Taufik, Budi, Ridzuan Sheikh, Saifuddin, Zulfikar, Syamil, Amin dan Zuhdi) melaksanakan tugas mereka setiap hari. Jadi kepada sahabat-sahabat di stor sekalian, JASAMU AKAN SENTIASA KAMI KENANG!!!
.
Dari kanan (duduk): En Khazim (Head of Department), Budi, Saifuddin (Din), Zulfekar (Zul) & Zuhdi.
Dari kanan (berdiri): Ridzuan (Sheikh), Shahrul (praktikal student - acc. department), Amin & Syamil
Tiada dalam gambar: Taufik

telagabiru...
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Riwayat al-Bukhari no.3274
Daripada Abdullah bin A'mr RA Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikanlah olehmu daripadaku walau sepotong ayat"
telagabiru...
Petang semalam, saya ke RTM untuk pertama kalinya berjumpa dengan Pn Khadijah Abd Gaffoor @ Kak Jah, Senior Producer untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia & Resensi (sebuah rancangan yang mengulas buku-buku terbitan syarikat tempatan). Sebelum ini, kami berurusan secara terus dengan Syaza ataupun dengan Abg Syed Munawar. Namun, sebelum Abg Syed mengerjakan haji baru-baru ini, Syaza mencadangkan agar kami bertemu dan bersuai kenal dengan Kak Jah. Alhamdulillah, Kak Jah ni sangat baik orangnya. Lemah lembut dan sangat tertib bila bercakap. Ala-ala wanita melayu terakhir gitu... Syukur kepada Allah kerana memperkenalkan kami dengan Kak Jah. Doa saya, hubungan kami di Telaga Biru dengan Kak Jah akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dalam pada tu, sempat juga terserempak dengan Abg Syed yang kelihatan sangat bersemangat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Stormreaders. InsyaAllah, bila ada masa terluang nanti, kami mungkin akan ke sana sekali lagi untuk menerangkan mengenai Stormreaders.

p/s: Stormreaders akan mengadakan majlis pelancaran Stormreaders untuk area Lembah Klang pada 9 Januari 2010 (Sabtu). Anda semua dijemput hadir ke Dewan Komuniti Manjalara, Kepong. Kepada yang berminat untuk hadir, anda semua adalah dijemput. Tapi sebelum tu, sila sahkan kehadiran anda kepada Sani Jiran di sani@telagabiru.net.my. insyaAllah, seminar motivasi dan strategi jualan serta pendaftaran terbuka juga akan diadakan pada hari tersebut. So, JUMPA DI SANA, DI SANA, DI SANAAA!!!
telagabiru...
Assalamualaikum wbt
Untuk pengetahuan semua, bermula dari
14 Disember 2009 (untuk dealers) dan
16 Disember 2009 (untuk walk-in customers) sehingga 28 Disember 2009,
Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd
tidak dapat menjalankan sebarang urusniaga sepanjang waktu tersebut berikutan stock check akhir tahun yang bakal kami adakan pada tarikh-tarikh tersebut.
.
Sebarang kesulitan amat dikesali.
.
telagabiru...

Tahniah Chef Kamarul! Buku terbaru beliau Dapur Xpress (terbitan Telaga Biru) telah berjaya menjadi juara (peringkat Malaysia) di Gourmand World Cookbook Awards 2009 dan bakal mewakili Malaysia di festival Gourmand yang bakal berlangsung di Paris. Festival tersebut telah menganugerahkan Chef Wan sebagai penerima anugerah "Best Television Chef Book in the World for the Past Twelve Years” tahun lepas. Berikut ialah email yang saya terima dari pihak pengajur:
CONGRATULATIONS!!

GOURMAND WORLD COOKBOOK AWARDS 2009

-YOU ARE THE WINNER IN MALAYSIA.

-YOU QUALIFY FOR THE NEXT “GOURMAND BEST IN THE WORLD” COMPETITION

WITH:
Dapur Xpress
Kamarul Hasni Che Rose
ISBN: 9789675102547
120 Pages,
35 RM
(Telaga Biru)

In the category: Best Recipes Books and Best Television Celebrity Cookbook

You can win again in the next step.

The winner in each country will compete against winners in the same category in other countries for The Best in the World. The results will be announced on Thursday February 11, 2010 at theatre Le 104 at the Paris Cookbook Fair.

In December 2009 we are sending the personal notifications. Details of the Paris Cookbook Fair are available on the www.cookbookfair.com site.

CONGRATULATIONS!!

Edouard Cointreau, President
Gourmand World Cookbook Awards
Pintor Rosales, 5028008
Madrid-Spain
Tel.: 34 91 541 67 68 Fax: 34 91 541 68 21
Kami di Telaga Biru tumpang gembira dengan pencapaian Chef Kamarul dan berdoa agar Chef berjaya dalam majlis yang bakal berlangsung di Theatre Le 104 di Paris Cookbook Fair nanti.
.
p/s: Chef Kamarul, nak habaq, Hj Waharp, Ustaz Zahazan, Hj Muhammad Zakaria, Kak Yus ngan Abg Sani memang bangga giler kat pencapaian Chef! Lagi sekali, TAHNIAH CHEF KAMARUL!
telagabiru...
Semalam, lebih kurang jam 2.30 petang, my boss (Abg Sani) dan saya ke TV3 untuk bertemu dengan penerbit Halaqah a.k.a pengacara yang tidak asing lagi iaitu Hj Ahmad Noor Sulaiman (Hj Md Noor) untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai kerjasama Solusi dengan Halaqah. Perjumpaan tersebut kami adakan di cafe TV3, so agak santai sedikitlah meeting tu dan takderlah terlalu formal sangat. Siap boleh makan-makan lagi! Kebetulan masa tu Ustaz Mohammad (penulis buku dan pendakwah bebas) pun ada.

Berbalik kepada perbincangan tersebut, kami di Solusi @ Telaga Biru bercadang untuk mengadakan satu kolum tambahan yang akan mengumpulkan isi-isi penting serta gambar-gambar berkaitan program Halaqah setiap minggu. Kolum yang mungkin kami namakan sebagai kolum "Halaqah" ini dirancang untuk dikendalikan oleh Hj Md Noor sendiri, insyaAllah. Kiranya kalau rancangan ni menjadi, bertambahlah lagi seorang ahli keluarga Solusi.

Having said that, saya berdoa agar rancangan kami ini diberkati Allah. Saya rasa amat penting untuk media berorentiasikan islam ini - seperti Halaqah (TV3), Solusi (Telaga Biru), Majalah I (Karangkraf) dan syarikat penerbitan Pustaka Salam serta lain-lain media Islam - untuk mencari ruang untuk bekerjasama dengan lebih kerap lagi kerana dengan wujudnya pendekatan seperti ini, islamik media akan kelihatan lebih kukuh dan dengan mudah akan dapat meyakinkan masyarakat untuk memberi sokongan padu kepada sebarang program islamik yang dirancang oleh mereka.

Doakan kami nooo...
telagabiru...
Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu mengerjakan haji di samping menjadi guru agama kepada hampir 30 orang jamaah mengerjakan haji di tanah suci, my boss, ustaz Zahazan akhirnya pulang jua ke tanah air semalam (Jumaat) lebih kurang jam 11.20 pagi. Saya masih belum berkesempatan berjumpa dengan beliau tetapi menurut abg Sani , ustaz berada dalam keadaan sihat wal'afiat. Cuma, suaranya agak serak-serak sedikit. Ala-ala penyanyi rock gitu. InsyaAllah, saya akan cuba mengutip sebanyak mungkin catatan dari ustaz untuk dikongsikan bersama anda sekalian. Saya juga akan attach gambar-gambar yang menarik berdasarkan pengalaman ustaz ketika berada di sana. Kepada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keadaan ustaz sekarang, anda bolehlah ke facebook ustaz Zahazan di
http://www.facebook.com/#/pages/Ustaz-Zahazan-Mohamed/139381643340?ref=search&sid=1117491396.968670076..1 tq...

p/s: ustaz ke tanah suci atas pakej tajaan dari tabung haji...
telagabiru...
Sebagaimana yang kita ketahui, mana-mana MLM di Malaysia akan menyediakan satu keistimewaan umum yang disebut overriding dalam program mereka. Di dalam blognya, Ustaz Zaharuddin (Penasihat Syariah Stormreaders Network) menyatakan:

In traditional sales environments, an override is a commission paid to managers on sales made by their subordinates, usually calculated as a percentage of the gross sales commissions earned by the salesperson.

Maksud: Dalam persekitaran jualan tradisional, override bermaksud komisyen yang diperolehi oleh pengurus menerusi jualan yang dibuat oleh orang bawahannya, selalunya dikira dalam bentuk peratusan daripada keseluruhan jualan kasar yang diperolehi oleh orang bawahan tersebut.

Mengenai MLM, Ustaz Zaharuddin menambah:

Similarly, in multi-level marketing, agents receive a commission on sales made by their downline (recruited agents).

Maksudnya: Dalam MLM, seseorang agen (dalam Stormreaders Network, ajen turut dikenali sebagai pengedar) menerima komisyen atas jualan yang diusahakan oleh downlinenya (yang juga merupakan pengedar)
Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/752/95/

Apa yang dinyatakan di atas merupakan maksud umum overriding. Namun begitu, sembang-sembang saya dengan Abg Nasran (penerbit rancangan Tanyalah Ustaz) mengenai program Stormreaders has taken the defenition of overriding away to the next level. Memang menarik!

Menurut Abg Nasran, Stormreaders menerusi produknya iaitu buku keagamaan dan motivasi telah memungkinkan sesiapa yang menyertainya berupaya memperoleh manafaat di akhirat nanti, insyaAllah (overriding akhirat). Bagaimana pula tu?

Alasannya unik dan mudah sahaja. Menurut Abg Nasran, cuba bayangkan sekiranya kita berjaya menjual buku-buku tersebut (dalam Stormreaders, pengedar akan disewakan sebuah kedai maya yang mana produk jualannya ialah buku) kepada orang lain. Orang tersebut kemudiannya membaca dan mengamalkan apa yang terdapat dalam buku tersebut. Bukankah kita akan menerima ganjarannya selama mana orang tersebut mengamalkan amalan-amalan baik tersebut. Bagaimana pula sekiranya dia mengajar apa yang dibacanya kepada orang lain? Itu baru 1 perkara.

Ke-2; pembeli tersebut kemudiannya akan menjadi dowline kita, yang seterusnya akan mencari downlinenya sendiri, dan downline tersebut akan terus berkembang dengan pesatnya. Katakanlah 50% peratus daripada mereka ini membaca buku-buku tersebut, seterusnya mengamalkan dan mengajar apa yang dibaca kepada orang lain. Bukankah overriding yang bakal kita terima, di DUNIA dan AKHIRAT juga akan bertambah-tambah?

Dalam erti kata lain, program Stormreaders bukan sahaja menyediakan keistimewaan bonus-bonus yang pelbagai serta overriding biasa, ia malah turut menyediakan ganjaran yang sangat besar di akhirat nanti, atau apa yang Abg Nasran perkenalkan kepada saya sebagai "Overriding Akhirat..." Takke menarik tuh?

So, bak kata Prof Izzi, Renung-Renungkan, dan Selamat Beramal!!!

That said, syukran Abg Nasran atas ilmu yang dikongsikan...
telagabiru...
Pembaca yang budiman,

Baru-baru ini, kami ada menerima beberapa aduan yang menyatakan bahawa terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual produk-produk terbitan Telaga Biru dengan harga yang tidak munasabah. Sebagai contoh, buku Indahnya Hidup Bersyariat yang sepatutnya dijual dengan harga RM55.00 telah dijual oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab ini dengan harga RM100. Mereka turut menampal sticker yang baru di atas harga sebenar. Antara kaedah penipuan mereka ialah dengan mengaku bahawa mereka merupakan staf Telaga Biru atau wakil penjual produk-produk Telaga Biru. Jadi, sekiranya anda ditakdir diketemukan dengan penyangak-penyangak ini, saya nasihatkan anda untuk:

1. Jangan beli buku tersebut dahulu
2. Tanya nama dan no telefon mereka
3. Terus membuat panggilan ke Telaga Biru di no 03-62754070 dan bertanya dengan lebih lanjut
4. Serahkan nama dan no telefon mereka yang terlibat kepada staf Telaga Biru agar kami boleh menelefon mereka dan menyiasat dengan lebih lanjut.

Sebagai hukuman, mereka ni akan disenarai hitamkan dari terus mendapat potongan harga pengedar dari Telaga Biru atau disenarai hitamkan terus dari membeli sebarang produk secara terus dari Telaga Biru (berapa banyak terus daaa...). Anda boleh mengenal pasti penyangak-penganyak ini sekiranya:

1. Harga jual tidak munasabah
2. Harga jual berbeza dari apa yang pernah anda lihat dari katalog atau website atau sebarang sumber lain
3. Terdapat sticker lain yang ditampal di atas harga sebenar sesebuah produk

Semoga pengalaman orang lain ini akan membantu kita dari terjebak dalam masalah yang sama, harap maklum!
telagabiru...
Alhamdulillah, hari ni, saya dan boss, Abg Sani ke TV3 mengiringi En Fadzli Yusof (motivator muda) untuk mempromosikan buku Motivasi Pelajar Super di Malaysia Hari Ini. Kami tiba secara berasingan di sana lebih kurang jam 7.00 pagi. Sampai sahaja di sana, kami disambut abg Azli, pembantu penerbit MHI (kadang2 penerbit jugak) yang agak ramah orangnya. Program kami diadakan sejurus selepas berita jam 7.00 dan host yang terlibat pada waktu itu ialah Elly Iskandar. Sementara menunggu, saya sempat bersembang dengan abg Alfian, penerbit MHI. Katanya, setiap hari dia terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi kerana kerja beliau bermula lebih kurang jam 5.00 pagi. Kiranya Subuh ngan breakfast memang kat pejabat aje la... Saya terbayang, kalau macam tu lah jadual kerja saya, confirm flat selalu! Tapi kalu tengok kat gaya abg Alfian yang sentiasa nampak bersemangat tu, saya rasa dia dah biasa agaknya! Sementara itu, saya juga sempat terserempak dengan Anang (ex-suami penyanyi Kris Dayanti) yang mungkin ada program bersama MHI juga. Habis, program, saya terus ke pejabat seperti biasa...

Namun, lebih kurang jam 10.30 pagi, saya dan abg Sani (mewakili majalah Solusi) ke TV3 sekali lagi untuk menghadiri meeting dengan Hj Md Noor (Penerbit Halaqah) untuk membincangkan konsep dan content program yang menjadi perintis kepada program-program islamik lain di TV3 dan TV9 tersebut. Antara yang hadir ialah wakil dari Majalah I, Ustaz Ahmad Yani dan wakil Pustaka Salam iaitu Tn Hj Rashid. Banyak yang kami bincangkan bagi memantapkan program tersebut, di samping mencari peluang untuk bekerjasama bagi memajukan program dan produk masing-masing.

Petang ini, saya akan mengadakan photoshoot untuk buku terbaru Dr Shukri Abdullah, penceramah yang cukup terkenal tidak lama dahulu. Alhamdulillah, walaupun hari ini masih belum melabuhkan tirainya, banyak perkara bermanafaat yang dapat saya lakukan untuk memperbaiki diri. So,

Terima Kasih ALLAH...

p/s: Bercakap tentang TV3, teringat saya kepada Abg Nasran, sahabat baik Telaga Biru yang bertugas di TV3 sebagai penerbit rancangan Tanyalah Ustaz. Sangat softspoken dan merdu suaranya bila bersuara. Tak hairanlah kalau dia incharge begitu banyak VO (voice over) dalam pelbagai iklan di TV3. Dia ada memberitahu saya mengenai keunikan Stormreaders yang menawarkan program "overriding akhirat" yang mungkin tidak kita sedari secara kasar. Apa itu "overriding akhirat" ekkk... Haaaa, kalu nak tau, saya akan terangkan nanti dalam sembang-sembang kita yang akan datang... Memang unik!
telagabiru...
ANDA SEMESTINYA BOLEH MENDAPATKAN ISU YANG TERDAHULU DAN TERKINI!!!

Walau bagaimanapun, isu yang masih terdapat dalam simpanan kami hanya terdiri daripada isu 3,6,7,11,12,13,14,15,16 (Untuk pengetahuan anda, kami telah kehabisan isu 1,2,4,5,8,9 dan 10 ...)

- Harga untuk senaskah isu 3,6,7,11 ialah RM5
- Harga untuk senaskah isu 12,13,14,15,16 ialah RM9 (Semenanjung malaysia) dan RM11 (Sabah & Sarawak)

**************************************
Caj Penghantaran untuk senaskah majalah ialah RM2 TETAPI,

*Untuk Semenanjung Malaysia:
- RM10 sekiranya anda membeli lebih daripada 5 naskah.
- RM5 sekiranya anda membeli 5 naskah @ kurang.

*Untuk Sabah & Sarawak:
- RM10 sekiranya anda membeli lebih daripada senaskah.

*Bagi pembelian dalam kuantiti yang banyak bagi setiap isu, caj penghantaran akan dikenakan selepas barang tersebut ditimbang
- Contohnya sekiranya anda mahu membeli (sekaligus) 3 naskah @ lebih bagi setiap isu 2,3,5,6,7,8,9,10,11,12 dan 13.
* Definisi "kuantiti yang banyak bagi setiap isu" adalah mengikut budi bicara Syarikat Telaga Biru Sdn Bhd
**************************************

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi pihak Telaga Biru (Cik Fida @ Bahagian langganan majalah Solusi di no 03-62754070)

sekian, terima kasih… :)
telagabiru...
2 minggu yang lepas, Telaga Biru yang diwakili oleh Hj Waharp (MD) dan Ustaz Zahazan telah menjelajah ke beberapa negara Eropah (UK, Perancis dan German) bersama beberapa deligasi untuk menghadiri Perjumpaan Perniagaan @ Pesta Buku di Frankfurt, Jerman. Saya akan minta Ustaz Zahazan nukilkan pengalaman beliau semasa di sana nanti, insyaAllah...
.
Ustaz Zahazan menyampaikan majalah Solusi untuk pengarah Goethe Institute, Frankfurt, Germany.Seperti DBP di Malaysia,GI adalah sebuah institusi penyeliaan bahasa Jerman yang menjaga kepentingan bahasa ini di peringkat negara Jerman dan negara-negara yang mempunyai German Learning Centre.Cuma bezanya ialah ia bukan badan berkanun yang mendapat geran dari kerajaan.Kita harus belajar semangat independent seperti mereka.Muga Allah memberimu hidayah ke jalan yang lurus, seperti moto majalah ke 7 ini.
.
Cover Business News "Frakfurter Allgemeine"
telagabiru...
Kepada peminat setia majalah Solusi, anda boleh menjadi fan di Facebook Majalah Solusi. Apa kelebihannya? Kelebihannya, anda boleh mengetahui perkembangan terkini tentang majalah kesayangan anda ni dengan lebih cepat di samping dapat berinteraksi dengan sidang redaksi majalah Solusi dengan lebih mudah kerana Facebook ni kan interaktif, jadi lebih mudahlah anda nak bertanya sebarang persoalan mengenai Solusi, macam nak cadang apa2 ke, tanya tentang langganan ke, tanya isu Solusi in advance ke dan macam2 lagi!
So, tunggu apa lagi, KLIK LA KAT SINI!
telagabiru...
Ramai yang bertanya kepada saya menerusi email, phone call dll tentang apakah sebenarnya STORMREADERS tu... di sini saya dah pointkan maklumat-maklumat penting yang anda mungkin ingin tahu mengenai Stormreaders:
  1. Stormreaders adalah anak syarikat Telaga Biru Sdn Bhd bertujuan untuk menggalakkan kaum bumiputera khususnya umat Islam untuk menjadi usahawan yang berjaya.
  2. Ia mengendalikan (program 1) Affiliate Program - program jualan & pengedaran produk Telaga Biru menerusi sistem online oleh ahli Stormreaders dan (program 2) Distributor Partner - program MLM yang dikenali sebagai Stormreaders Network
  3. Sesiapa sahaja boleh menyertai kedua-dua program tersebut.
  4. Program-program ini adalah 100% mengikut hukum syariah yang diselia khusus oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (http://zaharuddin.net/)
  5. Mereka yang ingin menyertai program ini akan diberikan penerangan serta kursus yang diadakan setiap hari di pejabat Stormreaders di Saujana Damansara, Selangor. Penerangan oleh staf Stomreaders tersebut adalah percuma.
  6. Produk yang digunakan dalam produk ini adalah buku, sesuatu yang belum pernah dicuba oleh mana-mana program MLM sebelum ini. Buat masa sekarang, semua buku terlibat adalah terbitan Telaga Biru
  7. Pendaftaran untuk menjadi ahli biasa - [program (1)] ialah RM90 sahaja manakala pendaftaran untuk untuk menjadi pengedar [program (2)] bernilai RM390 sahaja
  8. Maklumat lanjut boleh didapati di sini: http://www.stormreaders.com/homepage/ atau boleh call terus di nombor 03-61418684

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa program ini agak unik kerana selain daripada sistemnya yang mengikut sistem syariah (berdasarkan pengetahuan saya, di negara ini, hanya sebilangan kecil sahaja program MLM yang benar-benar diperakui dari sudut syariahnya), produknya juga sangat mudah dan praktikal untuk diedar dan dijual iaitu buku. Ini secara tidak langsung akan meningkat motivasi kakitangan Telaga Biru untuk mengekal serta menghasilkan buku yang lebih berkualiti dari masa ke semasa demi keuntungan dan kebaikan semua pihak seperti pembaca, pengedar produk, pihak kedai, syarikat Telaga Biru sendiri serta semua yang menyertai program Stormreaders ini kerana dengan hanya menghasilkan buku yang berkualiti tinggi sahajalah yang akan mampu menaikkan minat pembeli untuk membeli buku-buku kami. Dalam erti kata lain, Anda Gembira, Kami pun Suka...

telagabiru...
Pada minggu akhir Ramadan yang lepas, sebuah anak syarikat Telaga Biru yang dipanggil Stormreaders Network Sdn. Bhd. telah diperkenalkan kepada warga Telaga Biru serta rakan-rakan yang rapat dengan syarikat. Kami berasa sangat terharu dan bersyukur kerana ramai yang hadir memberikan sokongan. Kami berdoa agar perancangan yang mengambil masa lebih dari 2 tahun ini akan membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Di bawah saya attachkan beberapa kenangan yang sempat diabadikan untuk tatapan semua.

Bacaan doa oleh Ustaz Zahazan Mohamed
.
Antara tetamu yang hadir: Master Chef Sabri (salah seorang selebriti Telaga Biru)
.
Penulis Kamus Pintar Soleh, En Rohidzir dan penulis terkenal yang tidak asing lagi, Ustaz Pahrol Md Juoi turut hadir memberikan sokongan.
.
Antara tetamu yang hadir, En. Asyraf dan En. Azlan Aziz (company secretary)
.
Ustaz Zahazan & isteri dan Ustaz Ahmad Husni (penceramah dan kolumnis Solusi untuk ruangan Haramain aka pegawai Pusat Zakat Wilayah Persekutuan) & isteri serta rakan-rakan sedang enak menjamu selera
.
Dari kiri: Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Hj Waharp (CEO Telaga Biru), Datuk Seri Talaat Hussain (Mantan KSU KPDNHEP), Hj Muhammad Zakaria (Motivator aka Managing Editor Telaga Biru), Ustaz Wan Akasyah dan Dato' Siti Nor Bahyah
.
Pengerusi Majlis pada hari tersebut, saye lee...
.
Hj Waharp memberikan ucapan alu-aluan yang sangat berkobar-kobar. Memang ramai yang goose bump waktu tuh! Betul, tak tipu!
.
Datuk Seri Talaat Hussain bersama Hj Muhammad Zakaria... Jauh mengelamun nampak?
.
Saling kagum-mengkagumi antara satu sama lain: Ustaz Zamri (Mari Mengaji) dan Ustaz Zaharuddin
.
Sessi penerangan ringkas mengenai perkara Syariah dalam Stormreaders oleh Ustaz Zaharuddin
.
Sessi penerangan mengenai marketing plan Stormreaders oleh Mr. BrainMaster - En. Syah (ex-Brothers)
.
Dato' Dr. Hj Muhammad Fadzilah Kamsah sedang menandatangani buku tetamu sambil diperhati oleh teman seperjuangan, Ustaz Wan Akasyah dan isteri, Dato' Siti Nor Bahyah
.
Dari kiri: Zafran (pembantu peribadi aka adik Ustaz Zamri), Ustaz Nidzam Abd Kadir (Penceramah), Ustaz Zamri, Osman (Salesperson Telaga Biru bahagian Lembah Klang), Ustaz Zaharuddin, dan Ustaz Azrul Azleen (Penulis buku Indahnya Hidup Bersyariaat)
.
Selebriti Malaysia dalam dunia dakwah!
.
Superstar internet: Dr. Irfan Khairi dan Ustaz Zaharuddin
.
Diharap sokongan yang anda berikan akan dibalas Allah dengan sebaik-baik balasan. Dari kiri: Ustaz Zahazan, Ustaz Nidzam, Ustaz Zaharuddin, Datuk Seri Talaat, Ustaz Azrul Azlan, Hj Waharp Yusof , Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Pengurus unit Trust Public Hj Harun Baba, Ustaz Zamri zainuldin, Ustaz Wan Akasyah dan Dato' Siti Norbahyah
.
Waktu berakhirnya majlis: Ustaz Zahazan sedang berdakapan dengan Datuk Seri Talaat Hussain
.
telagabiru...
Bersempena majlis pra-pelancaran Stormreaders Network (anak syarikat Telaga Biru yang menguruskan urusan strategi pemasaran dan MLM baru yang diperkenalkan TBSB), kami telah menjemput Ustaz Zaharuddin datang semula ke Malaysia (beliau sekarang sedang melanjutkan pelajaran id peringkat PhD di UK) untuk menjadi salah seorang tetamu kehormat majlis tersebut. Untuk pengetahuan semua, Ustaz Zaharuddin telah banyak berjasa kepada Telaga Biru khususnya dalam urusan yang berkaitan dengan kewangan. Terbaru, beliau telah dilantik secara rasmi sebagai Penasihat Syariah program Stormreaders Network. Alhamdulillah, Ustaz Zaharuddin telah mencurahkan keringat yang sangat banyak dalam memastikan program ini 100% mengikut sistem syariah sebenar. InsyaAllah, saya akan bercakap dengan lebih panjang lebar mengenai Stormreaders dan majlis pra-pelancarannya yang diadakan pada bulan Ramadan yang lepas, tidak lama lagi. Sementara itu, di bawah ini saya serta gambar ziarah Ustaz Zaharuddin ke teratak kami di Damansara Industrial Park sehari sebelum beliau berangkat pulang ke UK (minggu lepas).
.

Dari kiri: Aris (Graphic designer), Hakimin (Graphic designer), Ustaz Fuad (Editor DBP), Sani Jiran (Senior PR), Ustaz Zaharuddin & Ustaz Wahid (Editor Syariah)
.
Dari kiri: Hakimin (Graphic designer), Ustaz Fuad (Editor DBP), Ustaz Zaharuddin & Ustaz Wahid (Editor Syariah)
.
Dari kiri: En Mohd Yaakop (Head of Marketing Department), Ustaz Zaharuddin dan Hj Waharp (CEO of TBSB)
.
Dari kiri: Pn Yusrina (Head of Graphic Department), En. Mohd Yaakop Ustaz Zaharuddin, Hj Waharp & Hj Muhammad Zakaria (Managing Editor)
telagabiru...
Hari ini akan diadakan majlis berbuka puasa
dengan staf dan keluarga,
anjuran kelab staf Telaga Biru di
Villa Ukhwah, Titiwangsa
So guys... jumpa Di sana! Di sana! Di sana!!!
telagabiru...
Hari ini merupakan salah satu hari yang bermakna kepada saya. Walaupun ia hanya sebentar sahaja, tetapi banyak manafaat yang saya perolehi menerusi pengalaman ini. Ceritanya begini;

Hari ini saya menemani Ustaz Gunawan ke program MHI di TV3. Ustaz telah dijadualkan untuk mempromosi buku tulisan beliau iaitu "Masjid Itu Hidupku" sebuah buku yang sangat menarik yang ditulis oleh ustaz mengenai masjid, tetapi disampaikan dalam gaya penulisan yang santai dan menggunakan pendekatan bercerita.

Sebenarnya, saya agak jarang berjumpa dengan Ustaz Gunawan, tetapi adalah sekali sekala berbalas mesej dengan beliau tentang perkara-perkara tertentu.

Tepat jam 6.35 pagi, saya sudah menunggu ustaz di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya. Ustaz pula memulakan perjalanan dari rumah beliau di Putrajaya. Alhamdulillah, saya hanya menunggu lebih kurang tidak sampai 5 minit sahaja. Kami bertolak jam 6.40 pagi dan dikehendaki tiba sebelum jam 7.00 pagi. Di dalam kereta, saya sempat bersembang sedikit dengan Ustaz Gunawan.

Pada pandangan saya, Ustaz merupakan seorang yang sangat tenang orangnya. Alhamdulillah, kami sampai tepat pada waktunya dan selepas berita jam 7.00, Ustaz boleh terus ke studio untuk ditemu-bual (pengacara pada waktu tersebut ialah DJ AG, DJ hotfm yang juga merupakan salah seorang pengacara MHI). Segala-galanya berjalan dengan lancar dan Ustaz dengan mudah berjaya menjawab setiap soalan yang diutarakan dengan tenang sekali.

Pengalaman yang lebih menarik yang saya maksudkan bermula sebaik enjin kereta dihidupkan ketika kami mahu pulang semula ke masjid Ar-Rahman. Walaupun singkat, banyak ilmu dicurahkan oleh Ustaz Gunawan (yang mungkin beliau sendiri tidak menyedarinya) kepada saya secara santai. Antaranya, beliau menjelaskan kepada saya mengenai kepentingan kita sebagai Muslim untuk MENYAMPAIKAN mesej dakwah kepada saudara seIslam yang lain.

Katanya, Allah SWT berfirman bahawa salah satu method untuk berdakwah ialah dengan BERCAKAP, dan untuk bercakap, kita tidak boleh bercakap seorang diri sebaliknya perlu untuk bercakap dengan orang lain. Dengan itu, konsep dakwah itu secara tidak langsung bermaksud bahawa Islam itu boleh ditegakkan dengan jalinan komunikasi yang baik.

Seterusnya, beliau turut menceritakan sedikit sebanyak pengalaman beliau dalam menyampaikan mesej dakwah ini kepada saudara seIslam di Malaysia dan beberapa negara lain. Walaupun sebentar, saya gembira kerana saya memang gemar mendengar pengalaman orang lain, terutamanya pengalaman ustaz dan ilmuan seperti Ustaz Gunawan. Saya berdoa dan berharap pengalaman ini akan sentiasa dianugerahkan oleh Allah SWT kepada saya, dalam menjadikan saya insan yang lebih baik dan sentiasa mendapat keredaan-Nya.


Kepada yang ingin berkenalan dengan Ustaz Gunawan dengan lebih rapat, anda bolehlah membaca hasil coretan beliau di blog beliau sendiri iaitu di http://gunawanaziz.blogspot.com/
telagabiru...
Pemenang kedua Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009
(kategori bukan fiksyen)
.
Pemenang Ketiga Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009
(kategori bukan fiksyen)
.
Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular -Berita Harian 2009 sememangnya telah membuka lembaran baru dalam pencapaian produk-produk kami. Untuk pengetahuan semua, Telaga Biru telah mencalonkan 2 buah buku untuk anugerah tersebut iaitu buku "Hadiah Buat Muslimah" tulisan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & Ida Ezyani Othman dan "langkah Bijak Usahawan Terbilang" tulisan Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah & Hj. Muhammad Bin Zakaria. Alhamdulillah walaupun hanya mencalonkan 2 buku sahaja, kedua-dua buku tersebut berjaya mendapat tempat kedua dan tempat ketiga dalam kategori bukan fiksyen. Tahniah kepada penulis terlibat dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pembaca setia yang sentiasa menyokong Telaga Biru.

Sumber: <klik di sini>

Novel pertama bawa kejutan

KUALA LUMPUR: Pendatang baru dunia penulisan, Siti Rosmizah Semail, muncul pilihan pertama Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009 Kategori Fiksyen Bahasa Melayu, semalam menerusi Andai Itu Takdirnya, sekali gus merangkul wang tunai RM 1,500.
.
"Kejayaan ini amat mengejutkan kerana Andai Itu Takdirnya adalah novel pertama saya," kata Siti Rosmizah yang juga seorang peguam.
.
Aisya Sofea muncul pilihan kedua pembaca dengan karya Selagi Ada Dia dan membawa pulang RM1,000 manakala tempat ketiga dirangkul Ramlee Awang Murshid yang mempertaruhkan novel Hijab Sang Pencinta.
.
Bagi Kategori Bukan Fiksyen, tempat pertama dimenangi Dr Tengku Asmadi menerusi buku motivasi, Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif dan kedua, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dengan buku Hadiah Untuk Muslimah. Ketiga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria dengan bukunya, Langkah Bijak Usahawan Terbilang.
.
Hadiah disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarulbaid Shahid dan Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
.
Dr Tengku Asmadi bersyukur atas kemenangan selepas penyertaannya tersenarai dalam 10 terbaik pada anugerah yang sama tahun lalu, tidak memperoleh sebarang kejayaan.
.
Jumlah keseluruhan undian yang diterima Popular Book Co (M) Sdn Bhd adalah 9,600, manakala undian yang menggunakan keratan borang di akhbar Berita Harian meningkat sebanyak 1,700 berbanding 400 pada tahun lalu.
.
Hadiah disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mior Kamarulbaid Shahid dan Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada majlis khas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
.

telagabiru...
Kami (team yang sama ke rumah Dato' Fadzilah Kamsah pada hari sebelumnya) tiba agak lewat iaitu pada jam 4.00 petang. Ustaz Wan yang baru sembuh dari demam menyambut kami dengan baik sekali walaupun kelihatan agak letih. Photo shoot berlangsung dengan lancar kerana masing-masing memang pandai bergambar. Dato' kelihatan sangat ayu dengan 2 persalinan baju kurung berwarna biru. Ustaz pula sangat lembut melayan anak-anak serta cucu beliau. Beliau malah sempat memperkenalkan anak angkat beliau yang baru berumur 2 tahun setengah kepada kami. Photo shoot berakhir pada jam 5.30 petang. Ustaz mengajak kami berbuka bersama tetapi terpaksa ditolak dengan baik kerana janji yang sudah dibuat dengan pihak lain. Terima kasih Ustaz dan Dato'. Semoga Ramadan pada tahun ini akan menjadi bulan yang penuh keberkatan buat keluarga kalian.
.
Keluarga Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akasyah
(4 orang anak - 3 lelaki dan seorang perempuan serta seorang menantu perempuan dan cucu perempuan)
telagabiru...
Salam semua,
.
Semalam, saya bersama boss (Sani Jiran) dan Kimin (graphic designer @ photographer TBSB) ke rumah Dato' Fadzilah Kamsah di Bangi untuk sesi photography kad raya Dato'. Untuk pengetahuan semua, setiap tahun, TBSB menyediakan satu kad raya khusus untuk keluarga Dato' sebagai ucapan terima kasih atas kepercayaan yang Dato' berikan kepada kami sepanjang beliau bersama TBSB. Alhamdulillah, setelah tersesat lebih kurang 10 minit, kami tiba di rumah Dato' tepat jam 11.30 pagi (waktu yang dijanjikan). Nasib baik keluar bertolak awal.
.
Setiba kami di sana, kami disambut dengan penuh mesra oleh Dato' yang sudahpun siap berbaju Melayu hijaunya. Memang handsome! Kami dijemput terus ke ruang tamu beliau di mana ia turut menjadi lokasi photography kami pada hari itu. Setelah 5 minit beramah mesra dengan Dato' di samping 'mengerjakan' ruang perabot rumah beliau, isteri Dato', Prof. Datin Dr. Hjh Syarifah Md Nor yang mesra membahasakan diri beliau sebagai untie, keluar dengan wajah yang cukup manis dan berseri. Perkataan pertama yang keluar dari bibir Datin datang dalam bentuk gurauan, "Hah, what've you done to all my furnitures?" Kami tersenyum kerana tahu nada tersebut jelas hanyalah gurauan daripada Datin. Datin kemudian menambah, 'Hehe... gurau je..." Kami tersenyum lega kerana perbualan kami bermula dengan sangat positif sekali. Sementara menunggu anak-anak dan menantu pasangan ideal ini bersiap, kami berbual secara ringkas tentang banyak perkara, dari jadual raya Dato' sehinggalah ke isu H1N1.
.
Alhamdulillah, sesi pengambaran berjalan dengan sangat mudah. Anak-anak pasangan ini, (Syakir, Hidayah dan Syazwan) serta menantu (Norhartini - isteri Syakir) sangat mudah bekerjasama walaupun pada awalnya ada yang malu-malu. Paling pro Datin lah, siapa lagi :). Sesi ini hanya mengambil masa lebih kurang 1/2 jam sahaja, Alhamdulillah.
.
Selesai sahaja, kami meminta diri dari Dato' kerana ada urusan peribadi lain yang perlu diselesaikan. Sempat juga Datin meminta maaf daripada kami kerana tidak dapat menghidangkan apa-apa kerana photo shoot yang dijalankan adalah dalam bulan puasa. Tapi bagi kami, sambutan yang mesra serta senyuman yang tidak lekang dari bibir-bibir ahli keluarga ini sudah cukup untuk melupakan penat lelah sesi ini. Apa-apa pun, terima kasih kami ucapkan kepada Dato' serta keluarga atas masa yang kalian semua luangkan.
.
Syukran Jazilan Kathiran!
.

Keluarga Bahagia Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof. Datin Dr. Hjh Syarifah Md Nor

telagabiru...
Promosi Buku dan Penceramah Telaga Biru di program "Malaysia Hari Ini -TV3" (Program sepanjang Ramadan - 7.15 pagi setiap Rabu dan Jumaat)

Rabu / 26 Ogos 2009 / (5 Ramadan 1430)
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya…
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.
.
Jumaat / 28 Ogos 2009 / (7 Ramadan 1430)
Doa, Zikir & Munajat Yang Didengari Allah
Ustaz Zahazan Mohamed.
.
Rabu / 2 Sept 2009 / (12 Ramadan 1430)
Masjid Itu Hidupku
Ustaz Mohd. Gunawan Ab. Aziz.
.
Jumaat / 4 Sept 2009 / (14 Ramadan 1430)
Kaedah al-Matien Mantap Mengaji / Tadabbur al-Quran Beginilah al-Quran Mengajar Kami
Ustaz Zamri Mohd. Zainuldin.
.
Rabu / 9 Sept 2009 / (19 Ramadan 1430)
Indahnya Saat Bersamamu
Ustaz Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani.
.
Jumaat / 11 Sept 2009 / (21 Ramadan 1430)
Hadiah Buat Muslimah
Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood.
.
Rabu / 16 Sept 2009 (26 Ramadan 1430)
Indahnya Hidup Bersyariaat
Ustaz Azrul Azlen Ab. Hamid.
.
Jumaat / 18 Sept 2009 (28 Ramadan 1430)
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat Tapi Anda Malu Bertanya…
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

.
telagabiru...

.
Bulan Ramadan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan Lailatul Qadar
.
Bulan Ramadan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan Lailatul Qadar
.
Besarkan Ramadan dengan puasa
Di waktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al-Quran banyakkanlah sedekah
Terawih kerjakanlah walaupun sunat
.
Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah
.
Zikir selawat doa panjatkan
Pahala Ramadan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadan tiba setahun sekali
.
Bulan Ramadan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya
.
Allahu ya Allah
Kepada-Mu kami beriman
Kerana-Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia
Kami mohon rahmat-Mu ya Allah
Keampunan-Mu wahai Tuhan
.
Banyakkan iktikaf di sepuluh hari terakhir
Lailatul Qadar berlaku di malam itu
Kitakan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan
.
telagabiru...

.
Mengapa Anda Harus Menggunakan “Kaedah Al-Matien” Ini?
• Mengikut Format Rasm Uthmani. • Menekankan penguasaan huruf-huruf Hijaiyah dahulu sebelum mula belajar membaca. • Tak perlu mengeja hanya lihat dan sebut. • Penggunaan warna untuk bantuan pembelajaran. • Meletakkan tanda warna pada tempat yang dimaksudkan. • Pendekatan potongan ayat secara berperingkat. • Teknik-teknik hukum tajwid yang mudah dan jelas. • Gambar rajah Makhraj dan sifat serta beberapa hukum agar dapat diketahui dengan lebih mudah dan jelas. • Penerangan ringkas dan padat. • Untuk mudah merujuk, nama surah serta ayat dimasukkan (bahagian al-Matien 2).

telagabiru...

Solusi Isu 1: Kerana Rezeki Masuk Neraka

Solusi Isu 2: Jangan Takut
.
Solusi Isu 3: Impak Dosa
.
Solusi Isu 4: Jagalah Hati
. .
Solusi Isu 5: Mengurus Nyawa
, .
Solusi Isu 6: Mencari Bahagia
. .
Solusi Isu 7: Inilah Jalan Yang Lurus
. .
Solusi Isu 8: Ingatlah! Mati Itu Datang Tiba-Tiba
. .
Solusi Isu 9: Celik Mata Hati
.
.
Solusi Isu 10: Berkesankah Solat dan Puasa Kita
.
Solusi Isu 11: Ikhlas Dalam Bekerja
Solusi Isu 12: Hidayah Kompas Kehidupan
Solusi Isu 13: Mukmin Profesional

Solusi Isu 14: Hidup Untuk Memberi

telagabiru...
Cover Majalah Solusi Terbaru Isu No. 10
Berkesankah Solat & Puasa Kita?