telagabiru...

Salam semua…

Hari ini (jam 9.30 pagi), saya dan boss (Abg Sani) menemani seorang teman (wartawan) ke rumah Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz di Batu Caves. Tujuannya ialah untuk menemuramah Datuk mengenai buku terbaru yang bakal diterbitkan bersama Telaga Biru (Furu’ al-Masail – karya asal; Syeikh Daud al-Fathani). Menurut Datuk, buku yang bakal diterbitkan dalam bulan Julai ini merupakan sebuah buku yang sangat unik. Ideanya bermula apabila Datuk yang pada satu ketika ingin mencari satu penyelesaian kepada satu permasalahan agama, gagal menjumpainya dalam mana-mana kitab arab mahupun Melayu (untuk pengetahuan semua, Datuk lebih gemar merujuk kitab arab berbanding kitab-kitab Melayu). Setelah lama mancari, beliau akhirnya terjumpa penyelesaian tersebut dalam kitab Melayu, kitab Furu’ al-Masail yang ditulis oleh Syeikh Daud al-Fathani. Menurut Datuk lagi, buku ini sangat menarik kerana walaupun ia telah ditulis lebih dari 100 tahun, isi kandungannya masih sangat kontemporari walaupun ditulis dalam bahasa Melayu klasik (Menurut beliau, ia lebih klasik daripada kitab Matlau’l Badrain).

Justeru, setelah beristiharokh, beliau akhirnya tergerak hati untuk menulis semula buku ini dalam kaedah penulisan yang lebih moden agar dapat difahami oleh pembaca umum. Buku ini bakal berada di pasaran bulan Julai ini dan dijangka mempunyai ketebalan sebanyak lebih daripada 1000 mukasurat.

Selain itu, Datuk juga sedang giat mencari waris Syeikh Daud al-Fathani untuk menunaikan hak mereka di samping memberi acknowledgement kepada para waris kitab tersebut. Doa saya semoga Datuk berjaya!

Selain itu, Datuk juga sempat berkongsi pengalaman dengan kami mengenai hobi beliau iaitu memancing. Menurutnya, hobi yang dipraktikan sejak kecil ini dilakukan bersama anak-anak dan keluarga. Lokasinya tentulah di laut dalam seperti di laut china selatan hinggalah ke oversea. Kami sempat melihat lebih kurang 10 batang pancingnya (custom made tu! Siap ada nama Datuk lagi!) dan lain-lain peralatan pancing bernilai ribuan ringgit. Menurutnya lagi, hobinya ini dapat dipraktikkan dengan lebih kerap setelah beliau bersara dari Istana Negara pada 31 Dis 2006. Kami turut berkesempatan melihat album gambarnya bersama keluarga dan sahabat handai ketika memancing.

Kesimpulan dari ziarah 2 jam ini, bolehlah saya katakan bahawa Datuk Abu Hasan Din merupakan seorang individu yang SUPER ramah dan easy going. Orangnya simple dan sangat penyayang. Saya juga dapat merasakan beliau seorang yang romantik kerana panggilannya terhadapat isteri ialah “Bi”. Selain itu, beliau tidak kekok berhadapan dengan kamera kerana ketika sesi bergambar dijalankan, beliau langsung tidak memerlukan sebarang arahan daripada jurugambar dan dapat bergambar dengan spontan tetapi menjadi.

Faruq: Esok, Datuk akan menunaikan umrah tetapi masih sudi menerima kunjungan kami. Terima kasih Datuk. Jasamu akan sentiasa dikenang.

telagabiru...


faruq: write-up tentang Solusi 8 still in process... tungguuuuu....
telagabiru...
Salam semua...

Baru-baru ini, saya ditegur (melalui cbox) oleh beberapa sahabat blog ini mengenai gambar rehlah yang kurang sesuai diletakkan di sini. Pada masa yang sama, ada juga sahabat lain yang memberi pandangan yang berbeza mengenai persoalan ini. Sebagai seorang yang tidak arif mengenai persoalan aurat ini, saya sebaik mungkin cuba mengelakkan diri dari mengutarakan pandangan saya. Bukan apa, takut-takut pandangan saya tidak selari dengan yang dituntut syara' dan kemudiannya digunakan oleh pembaca yang ilmunya hanyalah 'seangkatan dengan saya.' Tak ke bala tu.... Tambahan pula blog ini akan dibaca oleh masyarakat umum yang terdiri daripada mereka yang berbilang latar belakang.

Justeru, saya pun meminta ulasan ringkas Ustaz Zahazan mengenai perkara ini. Menurut Ustaz Zahazan, aurat manusia (lelaki dan wanita) adalah perkara 'hidup dan mati.' Maka, gambar yang menunjukkan aurat (walaupun mungkin tidak mendatangkan fitnah) haruslah dielak sebaik mungkin.

Menerusi penerangan ini, saya melihat bahawa Islam sangat-sangat mengasihi umatnya. Aurat (yang menjadi lambang maruah) sangat dititik beratkan oleh Islam sehingga ia tidak wajar dipertontonkan kepada sesiapa yang bukan mahram hatta di dalam gambar yang tidak memberahikan sekalipun. Lagipun, soal nafsu ni sangat subjektif. Ada yang boleh "teruja" (ambil kata-kata Amer) walaupun dengan hanya melihat perkara-perkara yang mungkin tidak menjadi masalah kepada orang lain. Justeru, adalah lebih baik kita mengambil pendekatan paling selamat dengan 'menjaga aurat secara maksima' untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik dari berlaku.

Apa-apa pun, saya suka dan gembira dengan perbincangan yang sebegini. Mungkin anda yang berbeza pandangan mempunyai dalil yang sahih dan boleh dikongsi bersama. Ilmu tuh! Yang penting, apa pun tujuan kita, kita di sini sama-sama mahu menjadi penganut Islam yang terbaik. Semoga dengan niat tersebut, kita akan meluaskan minda kita kearah perbincangan yang lebih dinamik dan terbuka.
telagabiru...
Salam semua...

Hari ini saya dan boss saya, Abg Sani ke pejabat ikim di Jalan Duta untuk bertemu dengan dj Fairuz bagi urusan persediaan rakaman suara untuk ruangan "Mata Pena" yang melibatkan 2 orang novelis kami isitu Sheila Wani (penulis novel Rona-Rona Cinta Damascus) dan Athirah (Cinta Ain Naqilah). Kebetulan saya juga berkesampatan ke bilik dj Mahathir dan sempat bersembang ringkas dengan beliau. InsyaAllah, saya akan menemankan Sheila Wani esok hari untuk rakaman suara tersebut.

Seterusnya, saya juga dimaklumkan bahawa iklan Telaga Biru bersama MPH bookstore akan berada di dada akhbar Metro esok (20/05/09). Jadi kepada yang ingin melihat senarai buku terbaru dan terhit terbitan Telaga Biru, jangan lupa dapatkan akhbar Metro esok hari.
telagabiru...

Tajuk Buku :
Tautan Hati
Pengarang :
Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Harga :
RM 29.90 (Semenanjung);
RM 39.90 (Sabah & Sarawak)

Asiah Yusra, namanya seindah peribadinya. Dirinya begitu istimewa terutama di kalangan rakan-rakannya yang begitu memerlukan madu dakwah untuk disajikan sebagai manisan kehidupan mereka.

Pelbagai langkah dakwah yang diatur pada awalnya sentiasa dilanggar badai yang sengaja dihembus iblis sebagai penghalang usaha murninya. Namun, halangan-halangan tersebut dipandang Asiah Yusra sebagai cabaran kecil yang telah ditentukan Allah s.w.t. sebagai bukti betapa Allah s.w.t. mengurniakan cabaran tersebut hanya kepada hamba-Nya yang dikasihi.

Berputus asa seakan-akan tidak wujud dalam kamus hidupnya. Begitulah tingginya tahap keimanan serta kecekalan gadis dari Taman Islam ini. Lagaknya seakan-akan pahlawan silam terunggul Solahuddin Al-Ayyubi. Imtisal, Hana, Laiyyinul Harir, Muslimah (Christine), Wildan dan Aisya Bazella ditaklukinya dengan senjata halaqoh beserta keikhlsan yang menggunung dengan harapan sahabat-sahabatnya itu dapat bergerak seiring dengannya ke jalan yang diredhai.

Setiap dari mereka mempunyai masalah yang tersendiri. Imtisal dengan tragedi keluarga yang tak berkesudahan, Hana pula merupakan mangsa keadaan apabila dijodohkan dengan pemuda yang bukan menjadi pilihan hatinya manakala Layyinul Harrir pula hanyut dalam arus percintaan sesama insan yang tidak menjanjikan sebarang kebaikan yang hakiki.

Wildan (adik Imtisal) pula merupakan anak gadis yang sering memberontak dek kerana latar belakang keluarganya yang porak peranda manakala Muslimah (Christine) dengan pegangan Kristian yang menebal dan sentiasa menyampaikan ajaran pegangannya dengan cara yang tersendiri. Aisya Bazella pula adalah anak gadis kota yang pengisian hidupnya hanyalah dipenuhi dengan maksiat dan akhirnya terkulai layu di pangkuan haiwan jantan bertopengkan manusia.

Walaupun sahabat-sahabatnya itu hadir dari latar-belakang yang berbeza dan penuh pancaroba, Asiah Yusra tidak pernah menganggap mereka sebagai satu beban yang menyusahkan. Sebaliknya, dia percaya dengan proses tarbiah yang berkesan, mereka bukan sahaja boleh diubah, tetapi juga juga berpotensi untuk menjadi penyambung usahanya dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada mereka yang memerlukannya.

Ketika gigih menyebarkan dakwah, Asiah Yusra yang sentiasa mendapat sumber inspirasi dari sahabat sejatinya Elya Khadeeja, didatangi satu lagi cabaran duniawi apabila dirinya mendapat perhatian Umar al-Mujahid dan al-Banna, dua pemuda soleh yang juga berasal dari Taman Islam.

Namun, berkat keimanan yang tinggi serta kepercayaan yang menyeluruh bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja yang wajar dicintai, Asiah Yusra tetap meneruskan usahanya dalam bidang tarbiah di samping bertawakkal serta menyerahkan sepenuhnya kepada yang Esa agar dianugerahkan pasangan hidup yang boleh membawanya ke jalan Allah s.w.t.

Adakah usaha tarbiahnya akan berhasil? Bagaimanakah kesudahan hidupnya? Siapakah yang telah ditentukan Illahi untuk menjadi pasangan hidup Asiah Yusra? Al-Banna atau Umar al-Mujahid? Segalanya pasti terjawab sekiranya anda membaca novel sulung keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd. berjudul Tautan hati.

Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.
telagabiru...
Untuk pengetahuan semua, kelab staf Telaga Biru (dan keluarga) telah mengadakan rehlah di Ulu Yam pada hari Sabtu lepas. Tujuan utama kami ialah untuk menenangkan fikiran dan meraikan kejayaan kami di Pesta Buku tempoh hari. Alhamdulillah, majoriti staf dapat meluangkan masa untuk bersama pada hari tersebut. Kami berkumpul di stesen Petronas Kepong (seberang Taman Metropolitan) jam 8.30 pagi dan tiba du Ulu Yam lebih kurang jam 9.15 pagi. Setibanya kami di sana, masing-masing menjalankan tugas mereka. Ada yang mengemas, ada yang menyusun, ada yang membakar dan macam-macam lagi. Masing-masing membawa makanan mereka dari rumah untuk dikongsi dengan staf yang lain. Paling best, kami turut membakar ayam, kambing, kerang, udang, sotong dan sosej bersama-sama. Beberapa acara lain turut diadakan untuk merai anak-anak kecil yang excited melihat air terjun di depan mata. Tahniah kepada ajk terlibat (En. Khazim, Kak Ida, Hanifah, Kak Yus) dan seluruh staf yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Program tamat jam 1.30 petang. Di sini saya sertakan beberapa gambar untuk dikongsi bersama anda.


















Faruq: Kepada staf Telaga Biru yang dikasihi, jangan marah arrrr.... :)

telagabiru...
Di kesempatan ini, kami di Telaga Biru Sdn Bhd ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf mengenai kesilapan yang tidak dirancang yang berlaku ke atas 2 buah buku kami iaitu kamus al-Farid dan Kaedah al-Matien Mantap Mengaji. Justeru, kepada yang telah membeli buku-buku tersebut, anda boleh memilih option berikut:

1. Download pembetulan di sini:

dan tampalkan pembetulan tersebut di mukasurat pertama buku yang telah anda beli ataupun;

2. Sila emailkan alamat anda ke fuad@telagabiru.net.my dan kami akan poskan pembetulan ralat tersebut ke rumah anda.

Sekali lagi, kami memohon jutaan ampun dan maaf di atas kesilapan yang tidak kami rancang itu. Semoga kesilapan ini memberi seribu satu pengajaran kepada kami untuk lebih berhati-hati dalam memastikan produk yang kami hasilkan menepati harapan anda yang budiman.

Terima Kasih...

telagabiru...
InsyaAllah, hari ini, En Sani (Head of PR Unit), En. Mat (Head of Sales Department) dan saya akan meneruskan survey kami untuk melihat sejauh manakah perkembangan pengedaran majalah Solusi di Klang Valley. Di KL, saya boleh katakan 70% kedai-kedai buku dan majalah sudahpun menjual Solusi di pasaran. Namun begitu, ia masih belum boleh dibanggakan kerana di MPH sekitar KL yang telah saya lawati, Solusi masih sukar didapati walaupun menurut pengedar kami, ia sepatutnya dijual di kedai buku yang sangat popular itu. (Untuk pengetahuan anda, proses edaran Solusi bermula dari Telaga Biru (penerbit) --> pengedar --> sub pengedar --> kedai-kedai buku dan majalah).

Jadi, tujuan survey sebenarnya adalah untuk menilai sebagus mana performance pengedar-pengedar kami. Hari ini, survey kami akan diadakan di kawasan Bangi. Kawasan yang sudahpun kami lawati ialah sekitar KL, Wangsa Maju dan Shah Alam.
telagabiru...
Sebagaimana yang semua sedia maklum, kami di Telaga Biru baru sahaja melepasi fasa "genting" tahun ini iaitu Kuala Lumpur International Bookfair 2009 (KLIBF09) yang bermula dari 16 April hingga 26 April 2009 yang lepas. Namun begitu, saya belum lagi menyiapkan laporan khusus mengenainya untuk disisipkan di dalam blog ini. Cukuplah sekiranya saya katakan bahawa KLIBF09 merupakan event terbaik yang kami pernah sertai (in terms of our performance during the event). Kalau boleh digradekan, saya bagi A+ lah, Alhamdulillah.
.
Apa yang ingin saya fokuskan dalam penulisan saya kali ini ialah sumbangan tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh adik2 promoter ketika pesta tersebut berlangsung. Untuk pengetahuan anda, khusus untuk KLIBF09, pihak Telaga Biru telah melantik 12 orang pemuda dan pemudi (yang saya secara peribadi menyifatkan mereka sebagai belia berjiwa besar) untuk dijadikan promoter sambilan di booth kami. Mereka yang terdiri daripada remaja IPT (majoriti UIAM) dan yang sedang menunggu keputusan SPM ini bertanggung-jawab atas beberapa perkara seperti keselesaaan pengunjung, keselamatan produk, "pitching" dan membantu staf Telaga Biru dalam urusan mereka di booth. Terus terang saya katakan, kami amat-amat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.
.
Justeru, istimewa dari Telaga Biru...
Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Halim, Hanif, Farid, Aslam, Zul, Dini, Fatimah, Athirah, Nadirah, Aliah, Farawahida dan Hamiza. Jasa yang telah anda berikan akan sentiasa kami kenang!
.
Semalam, mereka sekali lagi telah datang ke pejabat kami di Bandar Sri Damansara untuk beberapa urusan terakhir. Di bawah adalah beberapa keping gambar yang sempat saya ambil buat tatapan semua.
.
Dari kiri (belakang) Abg wan (staf), Halim, En. Yamin (staf) Farid, Aslam, Hamizah, Farah Wahida, Nadirah dan Aliah
(tengah) Hj Waharp (CEO), Nadirah (staf), Pn Ida (staf), Cik Azlina (staf)
(depan) Athirah, Hanifah (staf) dan Fatimah
(tiada dalam gambar) Zul, Dini dan Hanif.



Faruq: Jujur, saya tidaklah begitu rapat dengan mereka sepanjang KLIBF09 tersebut tetapi semangat yang mereka tonjolkan sangat-sangat saya kagumi. Sememangnya kenangan tersebut salah satu daripada yang terbaik dalam hidup saya.
telagabiru...
telagabiru...
TV dan Radio memainkan peranan penting dalam menyebar serta mempromosikan syarikat, produk dan event. Melihat kepentingan tersebut, Telaga Biru sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan kedua-dua media penyiaran tersebut.

Alhamdulillah, sepanjang berkecimpung dalam dunia penerbitan buku, Telaga Biru telah diberi kemampuan oleh Allah SWT untuk memberi sumbangan yang tidak seberapa kepada beberapa buah rancangan TV dan radio. Untuk pengetahuan anda, Telaga Biru merupakan salah sebuah syarikat yang menjadi sponsor cenderahati untuk rancangan Semanis Kurma yang dihoskan oleh Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah dan suami, Ustaz Wan Aksyah (TV9). Selain itu, kami juga merupakan penaja hadiah untuk rancangan Tanyalah Ustaz (TV9). Syukur, hubungan kami dengan TV9 amat baik sekali. Terima kasih kepada seluruh team TV9 yang sentiasa memberi kepercayaan kepada kami. Terbaru, produk Telaga Biru, kitab al-Matien Mantap Mengaji yang diperkenalkan oleh Ustaz Zamri dan Ustaz Wahid bakal digunakan oleh Ustaz Zamri sebagai bahan rasmi dalam program beliau Mari Mengaji musim akan datang. Jadi kepada anda yang anak-anak/adik-adik/saudara mara anda mengikuti program ini dari awal, jangan lupa dapatkan kitab ini kerana ia dikatakan lebih baik (insyaAllah) dari sistem Iqra' (yang diperkenalkan dari Indonesia) dan sistem Baghdadi. (Sila baca Solusi 8 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem ini) Murah je - RM17. Konsepnya mudah,ceria, berwarna dan berkesan.

Seterusnya, untuk Radio pula, anda boleh mendengar iklan majalah Solusi di station radio ikim.fm. Alaaa... yang...

Abby Fana: Atan, oo Atan...
Dato’ Jamali Shadat: Iye Ibu..
Abby Fana: Atan tengah baca apa tu?
Dato’ Jamali Shadat: Majalah Solusi ibu… Solusi ni majalah fardu ain dan motivasi. Kolumnisnya hebat-hebat tau ibu. Ada Dato’ Fadzilah Kamsah, Ustazah Dato’ Siti Nur Bahyah, Ustaz Zahazan, Dr. Irfan Khairi dan ramai lagi!
Abby Fana: Bagusnya… ada ruangan soal jawab tak?
Dato’ Jamali Shadat: Mestilah ada ibu. Ruangan tip dan petua pun ada. Pendek kata, lengkaplah majalah ni ibu.
Abby Fana: Wah… kalau macam tu, ibu pun nak baca Majalah Solusilah.


Solusi; Panduan Hidup Bersyariat.Majalah
terbaru di pasaran. Hubungi 03-62754070 atau layari
www.telagabiru.net.my


...

Hah, musti pernah dengar kan... Itulah iklan Solusi di radio ikim. 3 kali sehari. Terima kasih kepada Dato' Jamali Shadat, Kak Abby, Dj-dj ikim dan seluruh warga ikim yang tak jemu-jemu memberi sokongan kepada Telaga Biru. Jasa kalian hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Selain tu, saya juga nak meluahkan rasa bangga yang tidak terhingga kepada personaliti-personaliti Telaga Biru yang semakin berkembang akan sayap mereka dalam dunia penyiaran ini. Yang otai macam Dato' Fadzilah Kamsah dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah tu tak payah cakapla... Memang dah menyinar terang benderang pun. Yang saya maksudkan ni yang muda-muda macam Ustaz Zahazan, Ustaz Nidzam, Ustaz Zamri, Hj. Muhammad Zakaria, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Pahrol, dan ramai lagi. Tahniah dari kami kepada anda semua.

Doa saya, Telaga Biru akan lebih menyinar lagi. InsyaAllah, dengan sokongan semua pihak, kami akan dapat kekal dalam dunia dakwah yang indah ini. Doakan kami nooo....

telagabiru...
Wajah ceria Ustaz Zaharuddin ketika becakap dengan seseorang menerusi handphonenye

Hari ini, teratak kami menerima seorang tetamu istimewa. Orang jauh tuu! UK lagi! (United Kingdom tau, bukan Ulu Klang!) Beliau yang saya maksudkan ialah yang dikasihi, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Beliau berada di Malaysia atas jemputan untuk seminar EXQ. Tak lama, 7 hari sahaja. Jadi kami di Telaga Biru berasa sangat bertuah dapat bertemu dengan beliau.

Sebenarnya, saya secara peribadi teringin juga nak bersembang panjang lebar dengan beliau tetapi dek kerana lambakan kerja di atas meja (serta deadline yang akan menyebabkan saya dead kalau tak disudahkan!), hasrat tersebut terpaksa saya tangguhkan. Tapi syukurlah kerana Hj Waharp, Ustaz Zahazan dan abg Sani (bos unit saya di Telaga Biru) ada untuk makan tengahari bersama dengan Ustaz Zaharuddin. Harapan saya Ustaz Zaharuddin gembira dengan layanan kami di Telaga Biru.

Berdasarkan apa yang saya lihat, Ustaz Zahariddin semakin kurus, tapi still maintain handsome. Yang kelakarnya, masa saya nyatakan perkara tersebut, Ustaz dengan spontan menjawab “kat UK kurang makanan halal.” Maka berderailah tawa kami di showroom Telaga Biru.

Apa-pun, saya doakan Ustaz berjaya menyudahkan pengajian PhDnya dengan jaya dan kembali ke Malaysia semula untuk berbakti kepada bangsa Islam Malaysia.
telagabiru...

Solusi 7 – Inilah Jalan Yang Lurus


“Kita sering meminta kepadanya, tetapi apabila telah ditunjukkan, kita sendiri yang mensia-siakannya. JAWAPAN ALLAH TIDAK KITA DENGAR. Jalan yang ditunjuki-Nya tidak kita ikuti. Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan. Mengapa ini terjadi?”

MENGAPA? MENGAPA? MENGAPAAA???

(Actually, 3 mengapa yang terakhir tu saya tambah sendiri, saja nak bagi dramatik… ahaks)

Gerunkan blurb dia… ahaks… Untuk pengetahuan semua, inilah tajuk Solusi terbaru (isu ke 7) yang bakal berada di pasaran awal bulan 5 ini. Merah tu cover dia! Bak kata-kata yang sering diungkap anak muda masa kini – “Merahnye Mak Ngah!!!”

Sebagai salah seorang yang sudah pun membaca majalah ini, terus terang saya katakan isu yang dikupas kali ini memanglah tersangat menariknya! Topik utama iaitu jalan yang lurus menampilkan 4 tahap dalam jalan yang lurus iaitu memahami syariat (belajar), melaksana tarekat (amal), menemui hakikat (merasai) dan yang terakhir merasai makrifat (mencintai). Setiap tahap dipejelaskan secara terpeinci oleh kolumnis, Jaddal Atiff.

Antara yang menarik lagi ialah kolum Hai Anak! Oleh Rashidah Mustaffa yang bertajuk Suburkan Minda Anak-Anak dengan Kisah Benar dan Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman (Maqam Ibrahim – Bukti nyata ibadah dua insan bergelar Nabi dan Rasul).

Kolum Soal Jawab Fiqah (Ustaz Fadzli Yamani) pula menjawab soalan menarik seperti hukum solat bagi mereka yang nyanyuk, hukum membaca al-Quran ketika haid, salam antara lelaki dan wanita bukan mahram dan banyak lagi.

Ustaz Zaharuddin pula dalam kolum Muamalat telah mengutarakan tajuk Tempahan Kereta Belum Pamer Dibenarkan manakala editor baru kami, Ustaz Baei Jaafar dalam kolumnya Jalan Keluar datang dengan tajuk Pendakwah Tidak Kreatif atau Tiada Pelincirnya?

Buat mereka yang ingin mengetahui protokol serta adab yang harus dipatuhi ketika berada dalam sesuatu majlis pula, Haji Muhammad Zakaria telah membentangkan secara panjang lebar mengenainya di dalam kolum Potensi di bawah tajuk Etika Dalam Majlis.

Dr. Fadzilah Kamsah pula dalam kolumnya, Cerdik Baik telah mengupas Sistem Sokongan Positif dalam Mendidik Anak. Buat mereka yang sedang berjiwa-jiwa, eloklah membaca kolum Soal Cinta oleh Pahrol Mohamad Juoi bertajuk Arafah Cinta Kita.

Pengalaman Dr. Sidek Baba dalam Cetusan juga tidak kurang menariknya apabila beliau berkongsi pengalaman berharga beliau iaitu Hampir-hampir Berhenti Sekolah, manakala dalam Munakahat, Ustaz Badli Shah mengutarakan persoalan Proses Poligami Menyusahkan?

Rohidzir Rais pula dalam bahagian 2 menerobos rahsia lohmahfuz, tampil dengan tajuk Realiti Masa dan Takdir dalam Lohmahfuz. Dalam Hikmah (Ustaz Hasrizal-Saiful Islam) pula mendekati pembaca dengan topik Ujian, antara Berani dan Bijaksana.

Dalam Remaja, Fatimah Syarha mengemukakan tajuk Ambil Inspirasi daripada Kisah Tokoh manakala Dr. Irfan Khairi memberi tips bagaimana Internet Membantu Perniagaan Bukan Internet.

Dalam Maqasidsyarie, Ustaz Nik Abd. Rahim memberi jawapan kepada persoalan adakah Idah Satu Kongkongan? Ustaz Wahid pula dalam Tinnabawi memberi tahu pembaca akan perihal Habbatus Sauda, Raja Ubat.

Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah pula membentangkan Ciri-Ciri Suami Idaman (kena take note nih!) manakala Ustaz Azrul Azlen pula menggariskan apa yang menjadikan Rasullullah SAW sebagai Suami Contoh.

Ustaz Ismail Kamus pula dalam kolum Misteri Alam Ghaib menerangkan mengenai Asal Usul Jin manakala Prof. Dato’ Dr. Mahmoof Zudi menjelaskan Kedudukan Wanita dalam Islam. Ahmad Fadzli Yusuf (Motivator muda dan berwibawa – kagum betul saya kat En Fadzli nih!) memberi petua untuk menjadi Pendengar Yang Hebat.

Tokoh yang dikagumi ramai, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri tampil dalam kolum Jinayat dengan tajuk sensasi, Wajib Kembali kepada Syariat dan Hukum Islam manakala dalam kolum Akhir Zaman, Umar M Noor menjelaskan mengenai Dajal Mata Satu, Setiap Muslim Boleh Mengenalinya. Dalam Fitrah, Hj. Ahmad Salim Omar menanyakan satu soalan menarik, Adakah Anda Seorang Pemimpin?

Nenek pula berpesan, Hidupkan Kembali Tradisi Memberi…

Faruq: Untunglah kepada yang mengunjungi gerai Telaga Biru pada pesta buku yang lalu, dapat beli majalah Solusi 7 seminggu lebih awal dari tarikh edaran di pasaran!