Wajah ceria Ustaz Zaharuddin ketika becakap dengan seseorang menerusi handphonenye
Hari ini, teratak kami menerima seorang tetamu istimewa. Orang jauh tuu! UK lagi! (United Kingdom tau, bukan Ulu Klang!) Beliau yang saya maksudkan ialah yang dikasihi, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Beliau berada di Malaysia atas jemputan untuk seminar EXQ. Tak lama, 7 hari sahaja. Jadi kami di Telaga Biru berasa sangat bertuah dapat bertemu dengan beliau.
Sebenarnya, saya secara peribadi teringin juga nak bersembang panjang lebar dengan beliau tetapi dek kerana lambakan kerja di atas meja (serta deadline yang akan menyebabkan saya dead kalau tak disudahkan!), hasrat tersebut terpaksa saya tangguhkan. Tapi syukurlah kerana Hj Waharp, Ustaz Zahazan dan abg Sani (bos unit saya di Telaga Biru) ada untuk makan tengahari bersama dengan Ustaz Zaharuddin. Harapan saya Ustaz Zaharuddin gembira dengan layanan kami di Telaga Biru.
Berdasarkan apa yang saya lihat, Ustaz Zahariddin semakin kurus, tapi still maintain handsome. Yang kelakarnya, masa saya nyatakan perkara tersebut, Ustaz dengan spontan menjawab “kat UK kurang makanan halal.” Maka berderailah tawa kami di showroom Telaga Biru.
Apa-pun, saya doakan Ustaz berjaya menyudahkan pengajian PhDnya dengan jaya dan kembali ke Malaysia semula untuk berbakti kepada bangsa Islam Malaysia.

Assalamualaikum Ustaz Zaharuddin,
Selamat kembali ke tanah air : )
Saya suka baca kolum ustaz dalam SOLUSI yangmana banyak info berkaitan dengan sistem kewangan Islam yg saya dapat lantaran bidang kerja saya sekarang ini di bank pelaburan konvensional tapi baru saja berjinak dengan dunia perbankan islam.Dapat jugak saya gunakan ilmu ustaz ini apabila ditanya oleh rakan kerja bukan muslim berkaitan dgn perbankan Islam.
Saya sebenrnya ada cadangan dan sangat berharap kalau ustaz boleh menunaikannya. Berkaitan dengan Dinar Emas yang sering diwar-warkan oleh Tun Dr Mahathir dalam sidang OIC tetapi dipandang sepi dikalangan ahli OIC sendiri.
Banyak kekeliruan timbul dari segi spesifikasinya, kepentingannya, perlaksanaannya, serta kelebihannya jika dibandingkan dengan sistem kewangan sedia ada (fiat money).
Sangat menghargainya kalau ustaz sudi menjelaskan kekeliruan ini dan menyampaikan maklumat berkaitan Dinar Emas ini didalam SOLUSI keluaran akan datang.
Sekian, terima kasih.