Salam semua…
Hari ini (jam 9.30 pagi), saya dan boss (Abg Sani) menemani seorang teman (wartawan) ke rumah Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz di Batu Caves. Tujuannya ialah untuk menemuramah Datuk mengenai buku terbaru yang bakal diterbitkan bersama Telaga Biru (Furu’ al-Masail – karya asal; Syeikh Daud al-Fathani). Menurut Datuk, buku yang bakal diterbitkan dalam bulan Julai ini merupakan sebuah buku yang sangat unik. Ideanya bermula apabila Datuk yang pada satu ketika ingin mencari satu penyelesaian kepada satu permasalahan agama, gagal menjumpainya dalam mana-mana kitab arab mahupun Melayu (untuk pengetahuan semua, Datuk lebih gemar merujuk kitab arab berbanding kitab-kitab Melayu). Setelah lama mancari, beliau akhirnya terjumpa penyelesaian tersebut dalam kitab Melayu, kitab Furu’ al-Masail yang ditulis oleh Syeikh Daud al-Fathani. Menurut Datuk lagi, buku ini sangat menarik kerana walaupun ia telah ditulis lebih dari 100 tahun, isi kandungannya masih sangat kontemporari walaupun ditulis dalam bahasa Melayu klasik (Menurut beliau, ia lebih klasik daripada kitab Matlau’l Badrain).
Justeru, setelah beristiharokh, beliau akhirnya tergerak hati untuk menulis semula buku ini dalam kaedah penulisan yang lebih moden agar dapat difahami oleh pembaca umum. Buku ini bakal berada di pasaran bulan Julai ini dan dijangka mempunyai ketebalan sebanyak lebih daripada 1000 mukasurat.
Selain itu, Datuk juga sedang giat mencari waris Syeikh Daud al-Fathani untuk menunaikan hak mereka di samping memberi acknowledgement kepada para waris kitab tersebut. Doa saya semoga Datuk berjaya!
Selain itu, Datuk juga sempat berkongsi pengalaman dengan kami mengenai hobi beliau iaitu memancing. Menurutnya, hobi yang dipraktikan sejak kecil ini dilakukan bersama anak-anak dan keluarga. Lokasinya tentulah di laut dalam seperti di laut china selatan hinggalah ke oversea. Kami sempat melihat lebih kurang 10 batang pancingnya (custom made tu! Siap ada nama Datuk lagi!) dan lain-lain peralatan pancing bernilai ribuan ringgit. Menurutnya lagi, hobinya ini dapat dipraktikkan dengan lebih kerap setelah beliau bersara dari Istana Negara pada 31 Dis 2006. Kami turut berkesempatan melihat album gambarnya bersama keluarga dan sahabat handai ketika memancing.
Kesimpulan dari ziarah 2 jam ini, bolehlah saya katakan bahawa Datuk Abu Hasan Din merupakan seorang individu yang SUPER ramah dan easy going. Orangnya simple dan sangat penyayang. Saya juga dapat merasakan beliau seorang yang romantik kerana panggilannya terhadapat isteri ialah “Bi”. Selain itu, beliau tidak kekok berhadapan dengan kamera kerana ketika sesi bergambar dijalankan, beliau langsung tidak memerlukan sebarang arahan daripada jurugambar dan dapat bergambar dengan spontan tetapi menjadi.
Faruq: Esok, Datuk akan menunaikan umrah tetapi masih sudi menerima kunjungan kami. Terima kasih Datuk. Jasamu akan sentiasa dikenang.
Assalamualaikum,
saya ingin memohon jasabaik saudara untuk mendapatkan contact nombor Ustaz Datuk Abu Hasan Din atau PA beliau. Tujuannya untuk menjemput Ustaz Datuk memberikan ceramah beliau sempena awal ramadhan yg akan menjelang. Sila hubungi saya sekiranya saudara dapat membantu saya di alamat email: swatie68@gmail.com atau 0192355873
jazakilah khairan..terima kasih diatas budi baik saudara penulis.