telagabiru...

Solusi 7 – Inilah Jalan Yang Lurus


“Kita sering meminta kepadanya, tetapi apabila telah ditunjukkan, kita sendiri yang mensia-siakannya. JAWAPAN ALLAH TIDAK KITA DENGAR. Jalan yang ditunjuki-Nya tidak kita ikuti. Teladan yang ditetapkan kita pinggirkan. Mengapa ini terjadi?”

MENGAPA? MENGAPA? MENGAPAAA???

(Actually, 3 mengapa yang terakhir tu saya tambah sendiri, saja nak bagi dramatik… ahaks)

Gerunkan blurb dia… ahaks… Untuk pengetahuan semua, inilah tajuk Solusi terbaru (isu ke 7) yang bakal berada di pasaran awal bulan 5 ini. Merah tu cover dia! Bak kata-kata yang sering diungkap anak muda masa kini – “Merahnye Mak Ngah!!!”

Sebagai salah seorang yang sudah pun membaca majalah ini, terus terang saya katakan isu yang dikupas kali ini memanglah tersangat menariknya! Topik utama iaitu jalan yang lurus menampilkan 4 tahap dalam jalan yang lurus iaitu memahami syariat (belajar), melaksana tarekat (amal), menemui hakikat (merasai) dan yang terakhir merasai makrifat (mencintai). Setiap tahap dipejelaskan secara terpeinci oleh kolumnis, Jaddal Atiff.

Antara yang menarik lagi ialah kolum Hai Anak! Oleh Rashidah Mustaffa yang bertajuk Suburkan Minda Anak-Anak dengan Kisah Benar dan Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman (Maqam Ibrahim – Bukti nyata ibadah dua insan bergelar Nabi dan Rasul).

Kolum Soal Jawab Fiqah (Ustaz Fadzli Yamani) pula menjawab soalan menarik seperti hukum solat bagi mereka yang nyanyuk, hukum membaca al-Quran ketika haid, salam antara lelaki dan wanita bukan mahram dan banyak lagi.

Ustaz Zaharuddin pula dalam kolum Muamalat telah mengutarakan tajuk Tempahan Kereta Belum Pamer Dibenarkan manakala editor baru kami, Ustaz Baei Jaafar dalam kolumnya Jalan Keluar datang dengan tajuk Pendakwah Tidak Kreatif atau Tiada Pelincirnya?

Buat mereka yang ingin mengetahui protokol serta adab yang harus dipatuhi ketika berada dalam sesuatu majlis pula, Haji Muhammad Zakaria telah membentangkan secara panjang lebar mengenainya di dalam kolum Potensi di bawah tajuk Etika Dalam Majlis.

Dr. Fadzilah Kamsah pula dalam kolumnya, Cerdik Baik telah mengupas Sistem Sokongan Positif dalam Mendidik Anak. Buat mereka yang sedang berjiwa-jiwa, eloklah membaca kolum Soal Cinta oleh Pahrol Mohamad Juoi bertajuk Arafah Cinta Kita.

Pengalaman Dr. Sidek Baba dalam Cetusan juga tidak kurang menariknya apabila beliau berkongsi pengalaman berharga beliau iaitu Hampir-hampir Berhenti Sekolah, manakala dalam Munakahat, Ustaz Badli Shah mengutarakan persoalan Proses Poligami Menyusahkan?

Rohidzir Rais pula dalam bahagian 2 menerobos rahsia lohmahfuz, tampil dengan tajuk Realiti Masa dan Takdir dalam Lohmahfuz. Dalam Hikmah (Ustaz Hasrizal-Saiful Islam) pula mendekati pembaca dengan topik Ujian, antara Berani dan Bijaksana.

Dalam Remaja, Fatimah Syarha mengemukakan tajuk Ambil Inspirasi daripada Kisah Tokoh manakala Dr. Irfan Khairi memberi tips bagaimana Internet Membantu Perniagaan Bukan Internet.

Dalam Maqasidsyarie, Ustaz Nik Abd. Rahim memberi jawapan kepada persoalan adakah Idah Satu Kongkongan? Ustaz Wahid pula dalam Tinnabawi memberi tahu pembaca akan perihal Habbatus Sauda, Raja Ubat.

Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah pula membentangkan Ciri-Ciri Suami Idaman (kena take note nih!) manakala Ustaz Azrul Azlen pula menggariskan apa yang menjadikan Rasullullah SAW sebagai Suami Contoh.

Ustaz Ismail Kamus pula dalam kolum Misteri Alam Ghaib menerangkan mengenai Asal Usul Jin manakala Prof. Dato’ Dr. Mahmoof Zudi menjelaskan Kedudukan Wanita dalam Islam. Ahmad Fadzli Yusuf (Motivator muda dan berwibawa – kagum betul saya kat En Fadzli nih!) memberi petua untuk menjadi Pendengar Yang Hebat.

Tokoh yang dikagumi ramai, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri tampil dalam kolum Jinayat dengan tajuk sensasi, Wajib Kembali kepada Syariat dan Hukum Islam manakala dalam kolum Akhir Zaman, Umar M Noor menjelaskan mengenai Dajal Mata Satu, Setiap Muslim Boleh Mengenalinya. Dalam Fitrah, Hj. Ahmad Salim Omar menanyakan satu soalan menarik, Adakah Anda Seorang Pemimpin?

Nenek pula berpesan, Hidupkan Kembali Tradisi Memberi…

Faruq: Untunglah kepada yang mengunjungi gerai Telaga Biru pada pesta buku yang lalu, dapat beli majalah Solusi 7 seminggu lebih awal dari tarikh edaran di pasaran!
5 Responses
  1. UmmuMukminin Says:

    Faruq, i dah langgan kat booth TB tempoh hari, bile agaknya boleh dapat solusi 7 ni? TKS.


  2. Salam UmmuMukminin,

    saya dimaklumkan Osman dah pun menghantar majalah tersebut pagi tadi. Jadi saya rasa dalam 2-4 hari, InsyaAllah akan sampai ke rumah UmmuMukminin.


  3. UmmuMukminin Says:

    okay, terima kasih. isu-isu sebelum ni dah baca berulang kali. tak sabar rasanya nak dapat isu 7 ni :)


  4. Anonymous Says:

    Dh boleh dapat ke di utara sem?


  5. Anonymous, menurut dealer yang kami lantik, ia sepatutnya memang dah boleh dapat di seluruh semenanjung.