telagabiru...
TV dan Radio memainkan peranan penting dalam menyebar serta mempromosikan syarikat, produk dan event. Melihat kepentingan tersebut, Telaga Biru sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan kedua-dua media penyiaran tersebut.

Alhamdulillah, sepanjang berkecimpung dalam dunia penerbitan buku, Telaga Biru telah diberi kemampuan oleh Allah SWT untuk memberi sumbangan yang tidak seberapa kepada beberapa buah rancangan TV dan radio. Untuk pengetahuan anda, Telaga Biru merupakan salah sebuah syarikat yang menjadi sponsor cenderahati untuk rancangan Semanis Kurma yang dihoskan oleh Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah dan suami, Ustaz Wan Aksyah (TV9). Selain itu, kami juga merupakan penaja hadiah untuk rancangan Tanyalah Ustaz (TV9). Syukur, hubungan kami dengan TV9 amat baik sekali. Terima kasih kepada seluruh team TV9 yang sentiasa memberi kepercayaan kepada kami. Terbaru, produk Telaga Biru, kitab al-Matien Mantap Mengaji yang diperkenalkan oleh Ustaz Zamri dan Ustaz Wahid bakal digunakan oleh Ustaz Zamri sebagai bahan rasmi dalam program beliau Mari Mengaji musim akan datang. Jadi kepada anda yang anak-anak/adik-adik/saudara mara anda mengikuti program ini dari awal, jangan lupa dapatkan kitab ini kerana ia dikatakan lebih baik (insyaAllah) dari sistem Iqra' (yang diperkenalkan dari Indonesia) dan sistem Baghdadi. (Sila baca Solusi 8 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem ini) Murah je - RM17. Konsepnya mudah,ceria, berwarna dan berkesan.

Seterusnya, untuk Radio pula, anda boleh mendengar iklan majalah Solusi di station radio ikim.fm. Alaaa... yang...

Abby Fana: Atan, oo Atan...
Dato’ Jamali Shadat: Iye Ibu..
Abby Fana: Atan tengah baca apa tu?
Dato’ Jamali Shadat: Majalah Solusi ibu… Solusi ni majalah fardu ain dan motivasi. Kolumnisnya hebat-hebat tau ibu. Ada Dato’ Fadzilah Kamsah, Ustazah Dato’ Siti Nur Bahyah, Ustaz Zahazan, Dr. Irfan Khairi dan ramai lagi!
Abby Fana: Bagusnya… ada ruangan soal jawab tak?
Dato’ Jamali Shadat: Mestilah ada ibu. Ruangan tip dan petua pun ada. Pendek kata, lengkaplah majalah ni ibu.
Abby Fana: Wah… kalau macam tu, ibu pun nak baca Majalah Solusilah.


Solusi; Panduan Hidup Bersyariat.Majalah
terbaru di pasaran. Hubungi 03-62754070 atau layari
www.telagabiru.net.my


...

Hah, musti pernah dengar kan... Itulah iklan Solusi di radio ikim. 3 kali sehari. Terima kasih kepada Dato' Jamali Shadat, Kak Abby, Dj-dj ikim dan seluruh warga ikim yang tak jemu-jemu memberi sokongan kepada Telaga Biru. Jasa kalian hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Selain tu, saya juga nak meluahkan rasa bangga yang tidak terhingga kepada personaliti-personaliti Telaga Biru yang semakin berkembang akan sayap mereka dalam dunia penyiaran ini. Yang otai macam Dato' Fadzilah Kamsah dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah tu tak payah cakapla... Memang dah menyinar terang benderang pun. Yang saya maksudkan ni yang muda-muda macam Ustaz Zahazan, Ustaz Nidzam, Ustaz Zamri, Hj. Muhammad Zakaria, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Pahrol, dan ramai lagi. Tahniah dari kami kepada anda semua.

Doa saya, Telaga Biru akan lebih menyinar lagi. InsyaAllah, dengan sokongan semua pihak, kami akan dapat kekal dalam dunia dakwah yang indah ini. Doakan kami nooo....

4 Responses
  1. UmmuMukminin Says:

    Tahniah kpd TelagaBiru atas kejayaan dakwah anda di dunia ini. Begitu juga kejayaan pendakwah-pendakwah muda seperti ustaz-ustaz yang dinyatakan diatas.

    Cumanya saya ingin cadangkan agar didekatkan lagi pendakwah pendakwah wanita kepada orang ramai, i.e Ustzah Nik Salida,Ustazah Rubiah,etc(ustzah Siti Norbaiyah memang kita sedia maklum dengan bakat dan dakwah beliau yang sangat berkesan). Jadi wanita-wanita diluar sana akan lebih rapat dan mesra dengan pendakwah-pendakwah dan menjadikan ustazah-ustazah ini sebagai idola mereka. Indirectly, penyampaian dakwah kepada orang ramai akan lebih berkesan.

    Selamat Maju Jaya.


  2. Terima kasih atas cadangan UmmuMukminin. Memang bagus. Saya kena cadangkan pada Ustaz Zahazan nih! Terima kasih ya...



  3. Mokhtar Shaharuddin Says:

    Tahniah kepada Telaga Biru atas sumbangan terbaru. Iklan itu juga kedengarannya berkesan. Suara Dato' Jamali memang berkesan kerana suara itu telah didengari puluhan tahun 'lampau'. Cuma sedikit kedengaran seperti macam memuji diri sendiri ("kolumnisnya hebat-hebat....") Sekalipun skrip itu menggambarkan dialog daripada pihak ketiga (pembaca), hakikatnya iklan datang dari pihak pertama.