telagabiru...
Salam semua...

Baru-baru ini, saya ditegur (melalui cbox) oleh beberapa sahabat blog ini mengenai gambar rehlah yang kurang sesuai diletakkan di sini. Pada masa yang sama, ada juga sahabat lain yang memberi pandangan yang berbeza mengenai persoalan ini. Sebagai seorang yang tidak arif mengenai persoalan aurat ini, saya sebaik mungkin cuba mengelakkan diri dari mengutarakan pandangan saya. Bukan apa, takut-takut pandangan saya tidak selari dengan yang dituntut syara' dan kemudiannya digunakan oleh pembaca yang ilmunya hanyalah 'seangkatan dengan saya.' Tak ke bala tu.... Tambahan pula blog ini akan dibaca oleh masyarakat umum yang terdiri daripada mereka yang berbilang latar belakang.

Justeru, saya pun meminta ulasan ringkas Ustaz Zahazan mengenai perkara ini. Menurut Ustaz Zahazan, aurat manusia (lelaki dan wanita) adalah perkara 'hidup dan mati.' Maka, gambar yang menunjukkan aurat (walaupun mungkin tidak mendatangkan fitnah) haruslah dielak sebaik mungkin.

Menerusi penerangan ini, saya melihat bahawa Islam sangat-sangat mengasihi umatnya. Aurat (yang menjadi lambang maruah) sangat dititik beratkan oleh Islam sehingga ia tidak wajar dipertontonkan kepada sesiapa yang bukan mahram hatta di dalam gambar yang tidak memberahikan sekalipun. Lagipun, soal nafsu ni sangat subjektif. Ada yang boleh "teruja" (ambil kata-kata Amer) walaupun dengan hanya melihat perkara-perkara yang mungkin tidak menjadi masalah kepada orang lain. Justeru, adalah lebih baik kita mengambil pendekatan paling selamat dengan 'menjaga aurat secara maksima' untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik dari berlaku.

Apa-apa pun, saya suka dan gembira dengan perbincangan yang sebegini. Mungkin anda yang berbeza pandangan mempunyai dalil yang sahih dan boleh dikongsi bersama. Ilmu tuh! Yang penting, apa pun tujuan kita, kita di sini sama-sama mahu menjadi penganut Islam yang terbaik. Semoga dengan niat tersebut, kita akan meluaskan minda kita kearah perbincangan yang lebih dinamik dan terbuka.
145 Responses