telagabiru...
InsyaAllah, hari ini, En Sani (Head of PR Unit), En. Mat (Head of Sales Department) dan saya akan meneruskan survey kami untuk melihat sejauh manakah perkembangan pengedaran majalah Solusi di Klang Valley. Di KL, saya boleh katakan 70% kedai-kedai buku dan majalah sudahpun menjual Solusi di pasaran. Namun begitu, ia masih belum boleh dibanggakan kerana di MPH sekitar KL yang telah saya lawati, Solusi masih sukar didapati walaupun menurut pengedar kami, ia sepatutnya dijual di kedai buku yang sangat popular itu. (Untuk pengetahuan anda, proses edaran Solusi bermula dari Telaga Biru (penerbit) --> pengedar --> sub pengedar --> kedai-kedai buku dan majalah).

Jadi, tujuan survey sebenarnya adalah untuk menilai sebagus mana performance pengedar-pengedar kami. Hari ini, survey kami akan diadakan di kawasan Bangi. Kawasan yang sudahpun kami lawati ialah sekitar KL, Wangsa Maju dan Shah Alam.
9 Responses
  1. UmmuMukminin Says:

    Tajuk: SOLUSI 7

    Majalah Solusi mmg susah nak dapat,
    Kerna tak dijual di banyak tempat,
    Ku sangka langgan bole dapat cepat,
    Tp sampai skrg pun tak dapat-dapat.


    Terima kasih daun keladi,
    saya jual ni sila lah beli..


  2. UmmuMukminin,

    Saya tak pandai berpantun, tapi masalah UmmuMukminin memang masalah besar. Saya kena 'bancuh' Osman nih! Macam ni, boleh tak UmmuMikminin tinggalkan no phone di email saya faruq@telagabiru.net.my, saya akan mintak Osman call ASAP.

    Serius, saya memang malu sekarang ni. Sorry banyak2 UmmuMukminin.


  3. UmmuMukminin Says:

    okay, no problem! sudah pun email u phone numbr i.
    Thanks.


  4. Anonymous Says:

    Salam sdr.,

    SOLUSI slu lmbt smpai di Kedai Buku Popular TSGombak. Tgh bln baru ada.

    Sy byk juga beli buku2 TBSB di KBP TSG. Diskaun hanya diberi kpd guru2,kenapa ye?

    Dulu saya ahli KBP TSG tapi skrg tak boleh lagi, utk guru saja.

    Masa pesta buku baru ni sy memang borong sakan.


  5. Salam Anonymous, sebenarnya diskaun yang diberi oleh kedai buku tertakluk kepada kedai buku tersebut sendiri dan tidak melibatkan kami penerbit buku. Mungkin kedai buku tersebut ingin menghargai jasa yang diberikan para guru.

    Cadangan saya, memandangkan Anoymous tinggal di TS Gombak yang tidaklah terlalu jauh dengan Sri Damansara Industrial Park (pejabat telaga Biru terletak di situ), apa kata Anoymous terus ke pejabat kami dan dapatkan diskaun sebanyak 10%(kalau bijak berurusan dengan pelayan, mungkin dapat lebih diskaun - face to face kan... Saya rasa ia mungkin akan menguntungkan Anoymous sedikit...

    Berkaitan dengan Solusi lambat sampai, terima kasih atas laporan yang diberi. Saya akan masukkan dalam agenda meeting sales nanti.


  6. Siti Says:

    saya pembaca solusi dr Skudai..susah nak dpt kan majalah solusi disini..hanya sy temui dijual di kedai buku Badan Cemerlang Plaza Angsana, Tampoi.
    Jika bole ingin meminta jasa baik pihak sales telaga biru menempakkan majalah solusi di MPH Jusco Taman Universiti. Selain berdekatan dgn UTM jadi kedai buku ini menjadi pilihan ramai pelajar n pensyarah universiti.majalah ini memberi byk informasi ilmiah menjadi salah satu sumber rujukan yg amat berguna.
    Harap dapat dipertimbangkan cadangan saya ini.


  7. Salam Siti. Saya pasti akan mengutarakan cadangan baik ini kepada wakil pengedar tbsb di bahagian Selatan. Harap dia akan take note perkara ini...


  8. Kak Nisha Says:

    Assalamualaikum en/cik,

    Nak tumpang tanya, macammana nak jadi agen/pengedar majalah Solusi? Kat seremban ni memang susah nak dapat. Dah ada ke agen/pengedarnya?

    Wassalam


  9. adam Says:

    assalamualaikum.....tumpang tanya...area shah alam, di mana saya nak dapatkan majalah solusi ni? terima kasih...looking forward for the reply...assalamualaikum...